SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Thursday, September 30, 2010

PENYAKIT TOP 10 KE EMPAT: OBESITI , THE NOISY KILLER

Salam semua sahabat saya. 

Kali ni saya nak bincang tentang gemuk. Cuba tengok badan anda sekarang? Anda rasa anda gemuk ke tak? Syyyyy…jawab dalam hati je.

Gemuk atau nama glamernya obesiti telah menjadi masalah kesihatan dunia. Bukan sahaja di Malaysia, bahkan seluruh dunia terutama di Eropah gemuk manjadi punca masalah kesihatan. Mungkin anda juga salah seorang daripadanya..:) jangan marah aaaa.

Kalau darah tinggi dipanggil The Silent Killer,  maka Gemuk saya gelarkan Noisy Killer. Sebab gemuk ni pembunuh yang kecoh. Semua orang bising-bising pasal gemuk, anda sendiri pun tahu bahaya gemuk tetapi masih ramai yang masih sakit sebab gemuk.


Sapa yang dipanggil gemuk?

Apa punya soalan da….kalau tanya budak-budak pun tahu. Saya amat pasti anda tahu bezakan sapa yang gemuk dan sapa yang kuruskan.
Kalau ikut WHO kena kira BMI( Body Mass Index ) =

     
        
     Berat Badan( Kg )
     Tinggi(m) x Tinggi(m)
  

  Cuba kira BMI anda, lepas tu rujuk bacaan kat sebelah  . Tengok anda dalam kategori mana? Kalau gemuk dan obesiti kena jaga-jaga.Tapi kalau dah masuk zon BAHAYA cepat-cepat minta tolong.                                            

Indeks Jisim Badan
StatusBMI
KurusKurang 20.6
Normal20.7 - 26.4
Gemuk26.5 - 30.9
Obesiti31.0 - 45.2
BahayaLebih 45.3













Punca gemuk

Sebenarnya gemuk ialah hasil daripada usaha sendiri. Gemuk tak terjadi kalau kita tak berusaha sungguh-sungguh untuk gemuk. Kadang-kadang saya pelik, selalunya kita akan gembira kalau impian kita tercapai selepas susah payah berusaha. Tetapi dalam kes gemuk ita marah dengan apa yang kita usahakan. Seperti ramainya orang nak masuk syurga, tapi buat jga perbuatan yang membawa ke neraka.




1. Makan

Anda rasa apa puncanya? Cuba fikir? Yaaaa…betul. MAKAN. Gemuk ialah hasil daripada usaha kita makan. Kita makan bersunggh-sungguh maka tercapailah hasrat menjadi gemuk. Maknanya kalau kita makan makanan untuk gemuk, maka gemuklah, kalau kita makan untuk kurus maka kuruslah. Sebenarnya kita yang pilih.

Gemuk terhasil daripada pengambilan jumlah kalori berlebihan daripada keperluan badan. Maknanya kita amat pemurah, bagi makan badan makan berlebihan daripada apa yang perlu.




2. Kurang aktiviti fizikal
Gemuk ni terhasil juga daripada anda tidak aktif fizikal. Seperti kita pam tayar kereta, makin dipam makin kembung tayar tu. Sebab apa? Sebab angin yang masuk tak keluar, angin masuk ada, angin keluar takda. Cuba kita cucuk tayar tadi, tayar akan jadi kempis sebab angin tadi dah keluar.

Macam juga gemuk ni, angin masuk tu ialah makan dan tayar pecah tu ialah aktiviti fizikal. Kalau kita makan melebihi yang keluar maka gemuklah kita. Sebab tu kalau anda nak kempiskan tayar  kena pecahkan tayar, maknanya kena banyak aktiviti fizikal, senaman.



3.Genetik/keturunan

Ini pun satu sebab gemuk. Ada keluarga yang semua ahlinya gemuk. Kalau emak ayah gemuk, anak-anak pun boleh gemuk. Mungkin ada dikalangan  kenalan anda yang makan sikit tetapi hasil banyak. Ada juga yang makan banyak tetapi tetap kurus. Jeleskan? Selalunya kalau gentik ni, makan sikit tetapi badan kussssss semangat.



Kenapa takut gemuk?

1.    1.   Tak cantik- saya rasa inilah yang paling orang takut. Kalau anda nak kurus atau gemuk? Tak payah jawab, dah tahu jawapannya. Sebab itu terlalu banyak produk pelansingan,pusat pelansingan dan alat bantuan pelansingan dalam pasaran. Semuanya dakwa boleh jadi kurus dan cantik.

Dah berapa ramai yang menjadi mangsa kesan sampingan ubat, tak berjaya, putus asa.  Saya nak beri pandangan saya, kalau anda nak kurus tidak ada jalan singkat dan mudah. Rahsianya anda kurangkan makan yangmenggemukkan dan tingkatkan aktiviti fizikal. Bagi saya tidak ada satu produk yang berkesan kalau anda tidak amalkan rahsia ini.Produk ni hanya membantu sahaja.

Sebab tu saya amat tidak setuju kalau ada pihak kata makan ubat saya ni anda jadi kurus tanpa perlu berdiet dan bersenam. Piiiiirahhhh….( maaf emosional sikit ).

  1. Sakit jantung- gemuk akan menambahkan beban kepada jantung. Yelah kalau badan dah besar, maka beban lagi tinggi. Maka jantung terpaksa bekerja kuat. Dahla kuat salur darah plak tersumbat. Sebab itulah gemuk saja boleh menyebabkan jantung sakit.

   3. Masalah tidur- kalau anda perasan, orang gemuk ni selalu mengantuk. Pagi-pagi dah takda mood, letih je. Sebab apa? Bila gemuk, salur pernafasan akan menyempit, udara dan oksigen tak lancer masuk ke badan dan seterusnya ke otak. Sebab tu mereka kuat berdengkur. Ada satu penyakit dipanggil sleep apnea- berhenti bernafas ketika tidur banyak terjadi pada orang gemuk. Bila oksigen tak cukup ke otak sebab tu mereka mengantuk dan letih saja.




4. Sakit sendi- bila badan dah berat, beban yang terpaksa di tanggung oleh sendi, terutamanya lutut bertambah. Sebab itu orang gemuk lutut mereka tak tahan lama. Jadi osteoarthiris.
    Banyak lagi komplikasi gemuk ni, cukuplah ini sebagai perhatian sebab inilah komplikasi biasa yang berlaku.





    Semua sakit ini boleh dicegah sebab obesity boleh dicegah. Bagaimana, sabar ye…selalulah melawat blog ini ye dan war-warkan kepada kawan-kawan. Saya akan dedahkan tips untuk kurangkan berat badan yang saya amalkan nanti.
    Tungguuuuuu









    Tuesday, September 28, 2010

    KUIZ SIHAT : CUBA TEKA?


    Salam semua. Bagaimana badan anda...sihat ke? Harapnya sihat semua.....

    Cuba anda semua tengok betul-betul gambar ini? Cuba teka, apakah ini?

    Klu : penyakit kulit

    Apa jawapan anda? Apa yang anda fikirkan? Tulis jawapan, pandangan anda di kolum komen ye. Kita tengok siapa yang kena...... 

    PENYAKIT TOP 10 KE TIGA: KOLESTEROL TINGGI

    Hari ni saya dapati banyak pesakit amat prihatin dan ambil berat tentang kolesterol. Kadang-kadang soalan pertama pesakit yang jumpa saya di klinik, “ Macamana kolesterol saya doc ”. Bagus-bagus getus hati saya. Harini dah ramai orang cakna mengena tahap kolesterol mereka

    Apa itu kolesterol?

    Kolesterol mudah cakapnya sejenis lemak dalam badan. Badan kita pun perlukan lemak sebenarnya untuk fungsi badan tetapi dalam kuantiti yang kecil sahaja. Masalahnya kita terlalu pemurah, selalu terlebih beri kolesterol pada badan.

    Untuk pengetahuan umumnya, kolesterol ni ada 2 jenis, JAHAT DAN BAIK.

    1.       Kolesterol jahat
    -          ada 2 jenis pula, LDL( Low density lipid ) dan TG( Triglyceride).

    2.       Koleterol baik
    -          Di panggil HDL( High Density Lipid )


     Anda tak payahlah tahu apa semua tu, cukup anda tahu LDL & TG tu jahat. HDL tu baik.Tugas kita kurangkan kolesterol jahat dan tingkatkan olesterol baik.

    Bagaimana tahu kolesterol tinggi dalam badan?

    Tahap kolesterol dalam badan hanya boleh diketahui melalui ujian darah. Selain daripada itu takda jalan lain. Anda tidak akan berasa apa-apa walaupun kolesterol anda tinggi. Ini pun jenis Silent Killer.

    Satu tanda yang anda boleh tahu kolesterol tinggi atau tak, anda tengok sekeliling mata. Ada tak semacam tompok putih. Itu di panggil xanthelasma. ( tengok gambar ), tompok kolesterol.



    Kenapa takut sangat kolesterol ni?

    Kolesterol ni adalah bahan utama penyebab salur darah tersumbat( atherosclerosis ). Macam longkang rumah kita, kalau longkang tu licin dan tidak ada sampah, airnya lancar saja meluncur pergi membawa kotoran. Tetapi apabila ada bahagian longkng yang pecah atau sumbing, maka sampah mudah tersekat. Mulanya lidi kecil saja lekat, lepas tu akan terkumpulnya sampah yang lain, plastik, sisa makanan dan akhirnya kalau tak buang akan tersekat seluruh longkang. Mulalah nyamuk membiak dan jadi penyakit.

    Serupa juga dengan kolesterol. Kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi adalah sahabat karib, TheTthree Stooges.  Kencig manis dan darah tinggi adalah penyebab utama cedera salur darah semacam longkang pecah dan sumbing. Apabila salur darah cedera, kolesterol jahat akan berkumpul di tempat cedera dan membentuk plag. Makin lama dibiarkan makin besar plag dan salur darah makin tersumbat dan akhirnya darah tersekat. Kalau darah tersekat di jantung maka jadi serangan jantung. Kalau darah tersekat di otak jadi strok. Kalau darah tersekat di kaki maka jadi kaki gangrene.

    Sebab itulah kita kena jaga paras kolesterol betul-betul


    Punca kolesterol tinggi?

    1.     1.   Makanan- memang makananlah sumber utama kolesterol. Apatahlagi makanan orang Malaysia terutama  Melayu dan India. Nasi Kandar, Rendang, Gulai, lauk goreng dan tumis, semuanya mengandungi kolesterol.
    Ada satu tempat di Kelantan menjual lemak lembu bakar. MasyaAllah kesian jantung kita weh!!!

    2.     2.   Keturunan- ini satu punca utama juga, tetapi tak berlaku selalu. Kalau berlaku, susah nak control. Saya pernah jumpa satu keluarga, seluruh ahli dari emak, ayah, anak-anak semuanya kolesterol tinggi. Tengok badan semuanya slim-slim. Dan semua ahli keluarga yang meninggal disebabkan serangan jantung. Kalau keluarga anda ada, anda semua kena sabar.

    Saya rasa kalau anda faham apa yang saya tulis dah memadai. Selebihnya terlalu akademik, pening nak terang. Macamana nak cegah kolesterol tinggi ni? Anda kena tunggu dulu, jangan marah haaaa…nanti stress. Tapi percayalah kolesterol tinggi ni boleh dicegah. Wa cakap lu…. 

    Monday, September 27, 2010

    PENYAKIT TOP 10 KE DUA : DARAH TINGGI

    Saya amat-amat pasti bahawa anda pernah dengar Darah Tinggi. Saya rasa semua orang tahu sedikit sebanyak , paling kurang pernah dengar tentang darah tinggi. Sejauh mana kita faham , saya tak tahu. Semua orang takut dengan darah tinggi. Saya selalu pesakit dating ke klinik minta periksa tekanan darah sebab rasa pening-pening. Kira oklah tu sebab ada kesedaran kesihatan. Syabas, tapi tak cukup.

    Kalau kencing manis dianugerahkan Mother of All Diseases, Darah Tinggi saya panggil The Silent Killer      ( Pembunuh Senyap). Berapa ramai  orang yang ada darah tinggi tapi tak pernah tahu dia ada darah tinggi. Sebab  awalnya kita tak rasa apa-apa atau dipanggil asymptomatic.Ada pesakit yang sdah kena strok baru tahu dia ada darah tinggi.


    Apa itu Darah Tinggi?

    Ada kawan-kawan yang kata darah banyak kat kepala sebab tu panggil darah tinggi, kalau darah bayak kat kaki dipanggil darah rendah. Senang je mereka fikir.

     Saudara pernah siram pokok dengan getah hos. Bila kita buka air paip, air pun mengalir lancar. Cuba kita tutup hujung hos dengan jari semasa air mengalir. Apa jadi? Tekanan dalam hos akan meningkat dan akan tercabut hos dari kepala paip.

    Sama juga dengan darah tinggi, sebenarnya yang tinggi tu ialah TEKANAN DARAH dalam salur darah. Tekanan normal darah ialah kurang daripada 140/90. Selalunya yang paling ideal 120/80.

    Tekanan diperlukan untuk menggerakkan darah ke seluruh badan untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada badan. Kalau darah tekanan darah rendah sangat, darah lambat samapai ke badan terutamanaya otak maka kita akan berasa pening. Mesti ada antara anda yang pernah gelap mata apabila nak berdiri daripada duduk atau tunduk? Tu disebabkan oleh darah lambat sampai ke otak.


    Bila dikatakan darah tinggi?

    Tekanan darah tinggi pulak terjadi apabila tekanan darah melebihi 140/90( hafal nombor ni ) di dalam dua bacaan yang berlainan. Sebab itu jika tekanan darah yang diambil kali pertama melebihi 140/90, tak boleh kata ada darah tinggi lagi. Kena ulang sekali lagi pada masa yang lain, dalam keadaan relax dan tenang. Kalau tinggi juga, YA baru boleh dikatakan ada Darah Tinggi.


    Apa punca darah tinggi?

    Terus terang cakap 90% daripada pesakit darah tinggi doktor tak tahu punca, kita panggil “Essential Hypertension” . Baki 10% lagi ada punca kemungkinan masalah jantung, buah pinggang atau hormon. Selalu berlaku pada pesakit muda

    Namun ada beberapa keadaan yang boleh membawa kepada terjadinya Darah Tinggi.

    1.  Faktor keturunan- kalau ibubapa ada darah tinggi, anak-anak pun kena berhati-hati sebab berisiko. Kena check selalu.

          2.   Kelahiran tidak cukup berat-kajian menunjukkan bayi yang lahir tak cukup bulan apabila besar
                                                              akan  dapat darah tinggi.

         3.   Faktor persekitaran- ini adalah faktor paling utama terjadinya darah tinggi dalam masyarakat.
      3.1- Gemuk/Obesiti – badan gemuk akan menyebabkan lebih tekanan darah diperlukan untuk menggerakkan darah.

      3.2- Pengambilan garam- garam akan menyebabkan air disimpan di dalam badan. Bila air bertambah, tekanan bertambah. Seperti isi air dalam belon, lagi diisi air lagi besar belon.

      3.3- Stress-ini antara punca utama sekarang. Di dalam zaman serba laju ni, semua nak cepat. Maka stress pun bertambah

      3.4-Alkohol- pengambilan alcohol boleh menyebabkan darah tinggi. Kita sebagai umat Islam amat bertuah sebab Islam mengharamkan alkohol. Tapi kalau minum juga, tanggung sendirilah.


      Kenapa takut sangat darah tinggi?

      Sama seperti kencing manis, Darah tinggi pun boleh menyebabkan komplikasi yang amat digeruni. Komplikasi darah tinggi ini terjadi boleh jadi tiba-tiba( acute).

      ·         Strok- apabila tekanan terlalu tinggi, salur darah boleh pecah. Macam belon yang diisi air tadi, makin diisi makin besar sampai satu ketika belon pecah. Ini menyebabkan strok berdarah. Selalunya jadi tiba-tiba, tengah makan nasi boleh pengsan, tengah tengok TV boleh jatuh, dalam tidur boleh terjadi.

      ·         Jantung gagal pam darah- ini pun boleh jadi tiba-tiba. Jantung gagal untuk pam darah sebab tekanan terlalu tinggi. Pesakit tiba-tiba sesak nafas yang teruk kerana air melimpah masuk paru-paru.

      ·         Kegagalan buah pinggang-Ini disebabkan oleh buah pinggang bocor. Lama kelamaan buah pinggang akan rosak dan gagal berfungsi

      ·         Buta-kerosakan salur darah ke mata rosakdisebabkan oleh darah tinggi tak terkawal



       
      PERINGATAN!!!! Dengar baik-baik.
      Kalau anda atau ahli keluarga seorang lelaki yang masih muda ada darah tinggi . Cuba elakkan mengambil ubat darah tinggi jenis nama LOL kat belakang; Metoprolol, Atenolol. Sebab ubat jenis ni boleh menyebabkan MATI PUCUK.




      Cukup sekadar tu dulu, tak boleh tulis banyak-banyak, kesian anda nak baca, ye tak? Jumpa lagi....




      CERPEN SIHAT 3: PERGINYA SEORANG IBU

      Minggu ini, bermulanya tugasan aku menjaga pesakit nephrology( buah pinggang ) di ICU. Kata rakan-rakan ku in charge pesakit nephrology di ICU ni penat.  Adoiyai, bak kata Nabil Raja Lawak. Aku dah mula letih mendengarnya. Tetapi demi tugas aku kuatkan semangat.

      Sesampainya aku di hospital terus aku menaiki lift ke tingkat 3 dimana wad ICU ditempatkan. Aku pun terus berjalan sambil bermain difikiranku berapa banyak pesakit nephrology di ICU.” Minta-mintalah tak banyak” doaku.

      Apabila tiba di depan pintu ICU, terus aku menggunakan kad ID aku untuk buka pintu. Aku berjalan masuk ke wad ICU. Di sana aku melihat pesakit-pesakit yang tenat semuanya. Ada yang perlukan bantuan pernafasan, dengan tiub simpang siur mengalirkan ubat ke dalam pembuluh darah pesakit. Ada yang ditebuk paru-paru, ada yang sedang dialysis.

      Dari jauh aku melihat seorang wanita, pertengahan umur terbaring di katil 3.Aku menghampiri seorang staff nurse yang berada berdekatan disitu dan bertanya” Patient nephro ke ni?” Lantas dia mengiyakan.
       Lalu aku pun membuka computer dan melihat sejarah pesakit. Tertera disitu senarai panjang diagnosis . Post SVD day 7, Active SLE, sepsis secondary pneumonia, acute renal failure secondary to sepsis, DIVC, hypokalemia 2 diarrhea, acute hepatitis 2 ischemia/sepsis. “MasyaAllah banyaknya ujian pesakit ini.

      Secara mudahnya, pesakit ini mengalami Systemic Lupus Erythromatosis, baru lepas bersalin  tetapi mendapat jangkitan paru-paru. Kesan jangkita kuman ini menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi.

      Ku lihat wanita, hatiku sayu kerana dia baru seminggu melahirkan anak, mesti anaknya memerlukan kasih sayang dan belaian si ibu. Namun telah diuji hebat sebegini.  Mukanya nampak tosik, kekuningan disebabkan hepatitis tetapi masih sedar. “Kak!” panggilku. “Macamana sekarang?” Dia sekadar mengangukkan kepala tanda bertahan.

      Ku lihat sukatan air kencingnya, sangat sikit. Ku lihat bacaan fungsi buah pinggangnya, makin kotor. “ Ni dah kena start dialysis ni” telah hatiku.

      Aku berbincang dengan Pakar Nephrology, dia setuju untuk mulakan dialysis kepada pesakit ini. Maka aku pun dengan penuh tanggungjawab memasukkan femoral chatheter( tiub untuk dialysis yang dimasukan melalui salur darah paha). Sakit memang sakit, tetapi apakan daya aku terpaksa demi keselamatan pesakit.”Alhamdulillah” ucapku selepas semuanya selesai. Maka wanita itu pun menjalani dialysis.
      Aku tinggalkan wanita itu dengan harapan InsyaAllah dia akan beransur pulih esoknya.

      Esok datang lagi, seperti biasa aku pun pergi ke wad ICU, aku terus cari wanita kelmarin.”Mana dia?” kata hatiku. Aku meninjau-ninjau ke segenap wad ICU, tiada. Aku pun bertanya kepada staff nurse” Mana pesakit nephro yang ada SLE buat dialysis kelmarin?”. “ Dah meninggal” jawab si staff nurse. “ Innalillah wa Inna ilaihiraajiuun. Spontan terpacul dari mulutku.” Bila dia meninggal?” tanyaku lagi. “Semalam dalam pukul 11 malam. Sempat buat dialysis. Tetapi keadaannya makin kritikal semalam dan terus tiada”jawabnya.  Allah Maha Besar.

      Aku terus berfikir, inilah kehidupan manusia. Macam iklan Chipsmore, kejap ada, kejap tak ada. Hari ini kita ketawa esok kita mungkin tiada. Tiada siapa yang boleh mendabik dada, aku masih boleh hidup sampai esok pagi.

      Namun aku puas kerana aku telah menyumbangkan tenagaku dalam menyelamatkan pesakit. Harapanku itu menjadi sebahagian ibadatku.

      Kepada keluarga si mati, terutama anak yang baru lahir, tiada sebaik perkataan melainkan SABAR. Ya sabar  atas ujian. Pasti ada hikmah disebalik semua ini……mudah ditutur tapi sukar dibuat.
        

      Sunday, September 26, 2010

      PENYAKIT PERTAMA TOP 10 : KENCING MANIS; IBU SEGALA PENYAKIT

      Salam sihat semua....

      Baik sekarang, seperti yang saya janjikan dalam posting Top 10 Penyakit Pintu Pertama : Makan, saya akan bincangkan semua 10 penyakit utama makan. Saya mulakan dengan ibu segala penyakit. Penyakit ini dianugerahkan gelaran Mother of All Diseases. Kenapa? Kerana kencing manis akan membawa kepada malapetaka yang lain;strok,serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan banyak lagi.

      Apa itu kencing manis?
      Ramai yang kata, kencing manis ni, air kencing rasa manis ke? Ramai yang sebut, sana sini iklan suruh kurang gula sebab takut kencing manis. Yang lebih parah pesakit kencing manis sendiri pun tak tahu apa itu kencing manis.

      Baik saya nak terang begini saja,, gula banyak daripada biasa dalam darah. Pelikkan, walaupun namanya kencing manis, tetapi sebenarnya gula tu dalam darah .

      Bagaimana kencing manis terjadi?

      Kencing manis ni berlaku serupa macam kita isi kereta dengan  petrol kat stesen. Biasanya bila kita isi minyak, pam minyak tu akan berjalan sampailah tangki kereta penuh dia automatik berhenti. Apa akan jadi kalau pam minyak tu tak berhenti? Anda jawab. Minyak akan memancut melimpah keluar. Saya pernah alami pengalaman tersebut. Habis busuk petrol kereta dan berminyak kereta.

      Macam tulah juga kencing manis, ia terjadi sebab ada kerosakan pada sistem automatik berhenti gula. Gula yang kita ambil datangnya daripada makanan kita. Selepas makan, gula akan diserap dalam darah dan paras gula meningkat. Tapi paras gula akan berhenti bila dah penuh. Sistem automatik berhenti gula tu dipanggil INSULIN. Kalau Insulin ni ada problem, maka paras gula akan sentasa tinggi.

      Satu lagi konsep yang anda perlu tahu, insulin ini dihasilkan oleh sel-sel pancreas.  Sel-sel pancreas ini hanya ada stok terhad.Seperti wang simpanan kita, makin lama kita gunakan, makin habis. Apabila habis digunakan maka tidak ada lagi insulin. Sebab itu jika gula dalam darah sentiasa tinggi, banyak insulin yang dihasilkan, sampilah satu ketika, semua stok telah digunakan berakhir dengan kencing manis.


      Jenis Kencing manis

      Ada 2 jenis. Bergantung pada masalah Insulin. Masalah insulin ini serupa pagar rumah. Pagar rumah kita bina untuk melindungi rumah daripada pencuri, lembu, kambing dan benda-benda yang boleh merosakkan rumah. Apa jadi kalau pagar tak ada? Nescaya rumah dalam bahaya. Memudahkan kerja pencuri, lembu kambing masuk rumah dengan mudah, maka rosak rumah kita.

      Sama juga kalau pagar rumah ada, tapi reput, tidak kukuh  atau rosak. Sama saja, rumah akan rosak jugak. Walaupun berpagar tetapi  tidak berguna.
      Begitu juga dengan kencing manis.

      1.       Jenis 1 ( Insulin dependant ) – jenis ni disebabkan oleh tiada insulin dalam badan. Badan tak menghasilkan insulin. Pnyakit jenis ni kena cucuk insulin seumur hidup.

      2.       Jenis 2 ( Non Insulin Dependant )- jenis ni , insulin ada, tapi tak berfungsi dengan baik seperti ada pagar tapi tak kukuh . Jenis inilah yang banyak berlaku


      Apa punca kencing manis?
      Saya fokuskan kepada jenis 2 kerana inilah faktor terbesar

      1. 1.       Keturunan- kalau ayah atau ibu mengidap kencing manis, maka anak juga berisiko untuk dapat


      1. 2.       Makanan- inilah faktor terbesar terjadinya kencing manis. Walaupun keturunan ada kencing manis , tetapi kalau kawal makan, kencing manis boleh dielak. Apabila kita makan manis, badan akan terus guna stok insulin yang ada. Semakin manis kita makan semakin banyak insulin yang digunakan, semakin cepat kencing manis terjadi. Ada kanak-kanak yang mengidap kencing manis kerana terlalu minum air berkarbonat.


      1. 3.       Obesiti-  orang gemuk, insulin dihasilkan tetapi  tidak boleh berfungsi dengan baik


      1. 4.       Kurang bersenam- gula dalam darah akan digunakan apabila kita bekerja. Kalau tak bekerja, relaks saja, maka gula akan bertakung dalam badan.


      1. 5.       Tidak cukup berat semasa kelahiran- stok insulin pun sedikit, tidak dapat menampung seumur hidup


      Kenapa takut sangat kencing manis ni?

      Kalau tanya orang ramai, takut tak kencing manis, semua akan kata TAKUUUTTTT!!!!. Kenapa? Takut kena potong kaki. Itulah yang banyak orang cakap.

      Memang betul pun, kencing manis boleh jadi potong kaki. Ya kita amat takut kencing manis kerana komplikasinya.  Strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, buta, kaki gangren, mati pucuk, kebas kaki. Ini semua adalah disebabkan oleh kencing manis yang tidak terkawal.

      Dengar baik-baik apa yang saya nak katakan ini. Barangsiapa yang mengidap kencing manis, nescaya dia pasti 100% akan mendapat komplikasi. Kalau anda ada kencing manis, anda pasti akan kena salah satu atau lebih komplikasi yang saya sebutkan tadi. Tak percaya? Cuba ada kencing manis tengok.

      Komplikasi tidak dapat dielak, hanya boleh dilambatkan prosesnya. Kalau ajal awal sebelum kena komplikasi mujur.  Tidak ada cara paling baik melainkan CEGAH SEBELUM PARAH. Cegah kencing manis sebelum terjadi lagi…Bagaimana? Tunggu ye

      Cukup sekadar ini dulu kita berkenalan dengan penyakit. Bagaimana nak mencegahnya, nanti saya akan tulis selepas kita berkenalan dengan TOP 10 penyakit pintu pertama:MAKAN

      Saturday, September 25, 2010

      SOALAN PEMBACA: APA ITU URI BAWAH( PLACENTA PREVIA )

      Terima kasih kepada pembaca sahabat sihat yang bertanya...

      Ada satu soalan yang diajukan kepada saya baru-baru ni mengenai uri bawah atau nama perubatannya placenta previa. Ia merupakan salah satu sebab yang paling ditakuti semsa mengandung terutama di akhir kandungan.

      Apa itu uri bawah?

      Uri bawah merujuk kepada uri di dalam kandungan yang melekat pada dinding rahim dan menutupi pintu servik( pintu keluar bayi). Faham tak? Maknanya uri tu menghalang pintu keluar bayi. Bayi tak boleh keluar sebab uri tu halang.

      Uri ini terdiri daripada salur darah. Fungsi utama uri ialah membekalkan bayi dalam kandungan dengan semua unsur yang diperlukan baby melalui darah.

      Jenis-jenis  uri bawah?

      Ada 4 jenis, bergantung kepada lokasi uri

      Jenis 1 : Low lying-   uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu
                                             servik( OS )
      Jenis 2: Marginal-      uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pinu servik
      Jenis 3: Partial –        uri menutupi sebahagian pintu servik
      Jenis 4: Complete-   uri menutupi keseluruhan pintu servik





      Siapa yang berisiko?

      • .       Sejarah kelahran secara Caeserian( pembedahan) sebelum ini
      • .       Wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang banyak
      • .       Wanita muda di bawah umur 20
      • .       Kandungan kembar
      • .       Wanita yang menggunakan dadah-cocaine


      Apakah risiko uri bawah?

      ·         Risikonya amat besar, bergantung kepada jenis uri bawah. Kalau uri ini berdarah, susah nak berhenti, bak air paip. Ubatnya hanyalah pembedahan buang uri dan terus kelahiran.

      ·         Praktis di hospital, jika uri bawah pada awal kandungan, doktor akan pantau sahaja. Kebanyakkannya uri akan naik ke atas

      ·         Tetapi jika uri masih di bawah pada akhir kandungan, maka pesakit akan berkampung di wad hospital sampai bersalin

      ·         Cara bersalin ialah pembedahan
      -------------------------------------------------

      Sebarang komen dan pandangan sila tulis di bawah@emelkan.......

      FOKUS SEMASA: APA ITU " ANTIOXIDANT"?

      Salam semua....harap semua sihat-sihat belaka. Posting kali ni saya fokuskan satu tajuk yang banyak sangat diperkatakan tetapi sikit yang faham. 

      Pernah anda dengar perkataan ini, antioxidant? Pernah?Tak pernah? Apa pun jawapannya sebenarnya apa sebenarnya antioxidant ni? Sejenis kuih?Ubat? Penawar? Atau apa? Banyak sungguh pertanyaan.
      Di dalam kerja  sebagai doktor , amat jarang dan hampir tak disebut hal-hal atau pun jenis ubat yang diberikan kepada pesakit di dalam wad yang dipangil ‘ antioxidant ‘ . Betul, saya tak tipu.


      Tapi kalau kita berjumpa dengan penjual makanan kesihatan, perkataan antioxidant amat popular. Semua blame oxidant sebagai punca penyakit. Ramai yang mendakwa produk mereka mampu menyahkan oxidant dalam badan sekaligus kekal sihat. Ye ke? Ada yang kata kulit manggis, biji anggur,spirulina, kurma, adalah potent antioxidant. Mungkin anda pun percaya dan menjadi pengamal produk –produk ni. Betul?
      Jadi apa sebenarnya antioxidant ni? 

      Saya ada merujuk beberapa buku Pharmacology  dan Internal Medicine. Tak banyak sangat dibicarakan mengenai antioxidant ini.

      Fungsi normal sel badan

      Sebelum anda nak kenal antioxidant ini, anda kena faham sikit mengenai fungsi sel badan. Badan manusia terdiri daripada jutaan sel-sel sebagai unit terkecil binaan. Sekumpulan sel menjadi tisu, sekumpulan tisu menjadi organ dan seterusnya sistem. Masih ingat lagi pelajaran Sains anda?

      SELàTISUàORGANàSISTEM

      Sel ini mempunyai dinding sel yang melindungi sel daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan sel. Unsur perosak ini dipanggil radikal bebas oxida (oxygen free radical ) seperti hydrogen peroxide,superoxide.
      Bahan antioxida ini ialah bahan yang mempunyai fungsi melawan radikal bebas oxida. Antioxida ini melindungi sel  daripada rosak.

      Apakah jenis bahan antioksida?

      Ada dua unsur yang selalu disebutkan sebagai antioxida. 1) Vitamin E  2) Vitamin C. Maknanya apa-apa bahan yang mempunyai  vitamin E dan C adalah antioxida. Kebanyakan sumber vitamin ini datangnya daripada tumbuh-tumbuhan. Sayur-sayuran, kacang soya, Saffron, bunga matahari, kekacang ialah sumber utama vitamin E. Sayuran dan buah-buahan segar adalah sumber utama vitamin C. Harus diingat bahawa Vitamin C mudah hilang jika sayuran dan buahan dimasak atau disimpan. Mesti dinikmati segar.

      Berapa banyak antioxida diperlukan oleh badan?

      Setakat yang saya baca, kita hanya perlukan sedikit sahaja antioxida. Bagi vitamin E hanya  7-10mg  sehari diperlukan . Purata diet harian majoriti daripada kita sudah mencukupi. Jadi tidak perlu kepada makanan tambahan jika kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet seharian kita.

      Bila diperlukan antioxsida tambahan?

      Setakat yang saya baca, tidak ada satu kajian yang menyokong kuat secara klinikal untuk mengambil antioxida tambahan. Cuma setakat pengalaman dan bacaan saya ada 2 keadaan terdapat doktor amalkan

      1.       Vitamin E – disyorkan kepada pesakit yang berisiko dan telah pun mengidap serangan jantung kerana Vitamin E dapat membantu menstabilkan sumbat di dalam salur darah jantung. Ini memang ada Pakar Jantung yang praktis. Saya masih tidak dapat jumpa kajian yang dibuat. Kalau saya jumpa saya bagitau ye.


      2.       Vitamin C- Dos yang tinggi 1-2g sehari vitamin C dapat mencegah selsema. Namun tidak ada data yang menyokong. Apa pun memang ada doktor yang praktis dan ada yang condem. Bagi saya apa yang baik boleh teruskan. Kalau ambik pun tidak memudaratkan.

      Inilah dua keadaan di dalam praktis perubatan yang dapat saya nyakan. Selain daripada itu, terserah pada anda semua. Adakah perlu anda mengambil antioxida tambahan atau tidak.

      Pendapat peribadi saya, kalau anda dah makan sayur dan buahan di dalam diet seharian, tak ambil pun tak mengapa. Tetapi kalau anda ambil pun tak memudaratkan.

      Tepuk dada tanya badan……

      TOP 10 PENYAKIT PINTU PERTAMA: MAKAN

      Salam semua sahabat sihat…kali ni saya nak senaraikan 10 penyakit yang berpunca daripada perut. Kalau nak senaraikan terlalu banyak, tetapi saya akan senaraikan penyakit yang menjadi fokus utama saya untuk saya bincangkan.

       Penyakit ini saya yakin anda semua pernah dengar, mungkin juga anda salah seorang pesakit, ataupun ibu dan bapa anda menjadi mangsa sakit, ataupun orang tersayang, rakan-rakan,sahabat-sahabat,guru-guru atau siapa saja kenalan yang menjadi kerakusan perut mereka.


         1. Diabetes mellitus(kencing manis)
             2. Darah tinggi ( hypertension )
             3. Kolesterol tinggi ( hypercholesterolemia /dyslipidemia )
             4. Obesiti ( kegendutan )
             5. Serangan jantung
             6. Strok
             7. Kaki gangrene ( kaki busuk )
             8. Kegagalan buah pinggang ( End Stage Renal Failure )
             9. Batu karang
           10. Gaut ( gout )


      Cukuplah 10 penyakit pilihan ini dahulu. Inilah yang menjadi punca ramainya pesakit masuk hospital dan menjadi ketakutan masyarakat. Tetapi sebenarnya boleh dicegah, dengan syarat kena ada ilmu.Siapa tahu, anda mangsa seterusnya, minta dijauhkan.  
      Saya akan bincangkan satu persatu dan langkah mencegahnya. Nak tahu? Tungguuuuuuuuu….

      -------------------------------------------------------------------------------------------

      Satu permintaan kecil saya, kalau anda suka artikel saya, tandakan SUKA pada petak dibawah   ye. Sebagai motivasi kepada saya terus menulis.
      Sebarang komen tuliskan dalam petak KOMEN.
      Sebarang masalah, boleh emelkan kepada saya.

      Friday, September 24, 2010

      CERPEN 2: MENGHADAPI MAUT

      Aku memandang jam di dinding wad, menunjukkan sudah 4.30 petang. Maknanya  setengah jam lagi aku akan mulakan “ On call “. Semua rakan-rakanku mesti gembira sebab boleh pulang ke rumah. Tapi aku, Ya!!! terpaksa terus berjuang merawat pesakit-pesakit sampai esok pagi. Kadang-kadang rasa malas datang meliputi tubuh. Apatahlagi melihat admission pesakit bertali arus . Makan entah ke mana, mandi entah kemana. Seluruh diri diperhambakan kepada urusan wad dan pesakit.

      Namun cepat-cepat aku mengherdik diriku, Hey Nazil!!! Tahukah engkau, setiap pesakit yang datang membawa harapan setinggi Everest, sedalam jurang lautan, seluas lautan tiada tebing harapan memohon pertolongan dan perhatian doktor untuk meringankan derita penyakit mereka. Tahukah kamu betapa besarnya pahala yang diganjarkan kepada kamu jika kamu ikhlas menolong mereka?

      Ohhh Allah, berikan ku kekuatan untuk terus berkhidmat kepada pesakit-pesakitku. Aku adalah hambaMu yang lemah dan kerdil. Letih , penat dalam menunaikan tanggungjawa ini. Itulah cara aku memujuk hati ini. Kalau tak dek kerana iman, aku rasa mahu aku marah pesakit hari-hari. Penat oooooooooo…tapi muliakan kerja doktor ni..tersenyum aku sendiri.

      Tiba-tiba aku tersentak, handphoneku berdering.” Hello” kataku. “ Doktor cepat datang wad, ada patient collapse” terdengar suara staff nurse kecemasan. Lantas aku pun terus melangkah pantas ke wad . Sampai sahaja di cubicle satu, aku terlihat beberapa orang staff nurse dan attendan sedang kerumuni pesakit disamping  emergency troli sudah siap sedia menanti kedatanganku.

      “Pesakit ni sakit apa?” tanyaku kepada staff nurse in charge. “Unstable angina with sepsis. Dah complete  Clexane” Katanya padaku. Ku pandang cardiac monitor, brady, getus hatiku. “Bagi Atropine” arahku. Sebelum sempat staff nurse memberi ubat yang aku suruh, pesakit  menjadi asystole( jantung berhenti berdegup ). “ Intubate dan CPR!!!” jeritku separa suara. Lalu aku meluru ke hujung kepala pesakit, mendongakkan kepalanya. Lantas terus mencapai ETT tiub dan terus memasukkan ke dalam salur pernafasan pesakit.  Salah seorang staff nurse terus naik ke katil dan terus lakukan tekan dada. Aku lantas pergi mendapatkan ahli keluarga. Aku memanggil waris pesakit.

      Tak berapa lama, datang seorang perempuan, masih muda, mungkin awal 30 an tekaku, memakai baju ketat persis baju adik dia warna merah belang-belang menampakkan seluruh geometri, lekuk   dan garisan tubuhnya. Jelas !!!. Berseluar jean ketat bewarna  biru( kesian jin tak pakai seluar ), bertumit tinggi datang meluru kepada ku. Tergambar wajah cemas menanti penuh tanda tanya apa yang bakal muncul daripada mulutku.  

      “ Cik ni siapa dengan pesakit?” tanyaku. “Saya anak dia, bagaimana keadaan ayah saya doc?” balasnya. Lalu dengan penuh tanggungjawab aku menerangkan bahawa keadaan ayahnya kritikal dan kita terpaksa beri bantuan CPR kerana jantungnya berhenti.

      Sepantas kilat dia meluru ke katil bapanya, sambil bercucuran airmata kesedihan meratapi bapanya sambil berkata, “ Come on abah, come on!!! You can do it. Berkali-kali dia memberi  semangat kepada ayahnya.
      Aku menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju. “Kesian pesakit, mempunyai anak sebegini” getus hatiku. Sepatutnya hadiah yang terbesar semasa nazak ialah ucapan Syahadah di telinga. Pesakit sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Ini tidak,  memberi semangat  persis bertarung di gelanggang gusti.
      Lantas aku terus mendapatkan pesakit, melakukan CPR, memberi semua inotrope dan memberi  bantuan pernafasan.  Sempat aku mengajar syahadah ditelinga si sakit. Tetapi Allah Maha Berkuasa, Dia telah menetapkan ajal pesakit, tiada siapa yang dapat melambatkan dan mempercepatkan walaupun sesaat. Maka pergilah dia.

      Selepas semuanya berakhir, aku masih berfikir mengenai sikap anak pesakit tadi. “Kenapalah jadi begitu” tanya diriku. Kesian si mati. Di mana silapnya? Pendidikan yang diberi atau pengaruh persekitaran. Entahlah, apa pun aku berdoa agar semasa saat kematian ku nanti, yang aku inginkan ialah anak-anak ku dan isteriku berada disamping dan mengajar aku bersyahadah,membaca ayat suci agar mudahkan terpisah roh daripada jasad. Dapat menghadapi sakaratulmaut dengan tenang dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Itulah impian dan harapanku………
      ……………………………………………………………………………………………………………

      Collapse=keadaan pesakit menjadi kritikal           
      Emergency trolley= troli yang menempatkan alatan bantuan kecemasan
      Unstable angina=serangan jantung
      Sepsis = jangkitan kuman dalam badan
      Brady/bardycardia=denyutan nadi perlahan
      Clexane=nama ubat yang digunakan untuk penyakit jantung
      Intubate=perlakuan memasukkan tiub ke salur pernafasan pesakit
      CPR= proses member bantuan kecemasan,tekan dada dan bantuan pernafasan
      ETT tiub= nama kepada tiub abntuan pernafasan


      Thursday, September 23, 2010

      PINTU PENYAKIT PERTAMA: MAKAN- Bab 2 : HATI-HATI DENGAN SNEK

      Salam semua…..harap terus sihat hendaknya.

      Di dalam posting lepas, saya dah terangkan bagaimana penyakit daripada bencana mulut ni terjadi dan secara umum 3 strategi untuk makan yang sihat. ( Anda boleh baca posting yang lalu )


      Kali ini saya fokuskan kepada punca utama diet kita gagal. Ramai pesakit yang saya jumpa selalu berkata, mereka cukup jaga makan. Manis-manis tak makan, gula langsung tak makan, makan tawar-tawar je. Daging dah lama tak makan. Masak pun tak pakai minyak. Semua rebus dan bakar saja. Tapi badan montel jugak, gula dalam darah tak terkawal juga, darah tinggi tak turun jugak.


      Itulah antara keluhan yang acapkali saya berhadapan. Ada yang dah putus asa dah. Ada seorang pak cik datang kat saya suatu hari. Dia mengidap kencing manis dan darah tinggi. Saya periksa gula dan tekanan darah dia , MasyaAllah, gerun tengok. Saya tanya dia, pakcik makan ubat tak? Dengan penuh selamba dia jawab; “ Pak cik malas dah makan ubat, makan pun sama, tak makan pun sama”. Saya tanya pak cik lagi,” Pak cik jaga makan tak? Dengan penuh rasa tak bersalah.” Tak doktor, selera sekarang ni bertambah, lalu makan, badan pun dah naik. Semalam pun pak cik makan 4 biji buah durian besar kepaa budak” Apa yang patut saya kata? Kesimpulannya pak cik ni tak pernah jaga makan dia sebab dah fed up.


      Saya berfikir panjang, di mana silapnya diet kita ni. Apa cara yang paling mudah bagi kebanyakkan masyarakat, anda dan saya untuk mudah jaga makan kita semua. Jom tengok apa yang kita makan setiap hari

      1.       Breakfast( makan pagi) – Roti canai/nasi lemak/the tarik ( makanan paling popular )
      2.       Tea time ( selepas breakfast ) – kuih dan the@kopi
      3.       Lunch( tengahari )   - makan berat
      4.       Makan petang ( sambIl tengok sinetron)- cucur pisang dan teh
      5.       Dinner (makan malam)- makan berat
      6.       Supper ( sebelum tidur) – kuih dan teh

      Itulah rutin makan kebanyakan rakyat Malaysia, mungkin juga anda, tapi bukan saya…J( dulu yelah ). Soalan pertama saya, siapa yang atur jadual makan 6 kali sehari ni? Samapai sekarang saya pun tak tahu. Nabi tak pernah ajar gitu. Kalau anda tahu tolong bagitahu saya sama ye.

      Baik kalau kita tengok gaya makan di atas, sebenarnya ,pada pandangan saya punca utama masalah makan  bukan terletak pada makanan utama tetapi makan sampingan. Atau istilahnya SNEK.
      Bagi saya disitulah punca paling utama terjadinya masalah makan ni. Makanan utama, makan pagi, tengahari dan malam sebenarnya keperluan badan. Tetapi makan snek yang jadi masalah utama. Kebanyakan kita tak perlu makan snek pun tetapi dah jadi kebiasaan kita. Makan tea time, supper, makan petang kalau tak makan pun tak cacat fungsi badan kita.

      Saya bagi panduan begini, anda kena tahu bila badan anda perlukan makanan. Agak-agak anda bila? Cuba fikir sejenak. Ya bila kita rasa lapar. Bila perut kita berbunyi dan berkeroncong. Itulah signal badan perlukan makanan untuk terus bekerja.

      Tetapi jika kita makan sebelum perut lapar, maknanya kita memberi badan makanan yang tidak diperlukan. Maka badan akan simpan makanan yang tak diperlukan di dalam bentuk lemak. Biasanya disekeliling pinggang dan lengan. Cuba anda pegang  dan cubit perut anda, ada isi lebih? Tayar basikal ka? Tayar motorsikal ka? Tayar kereta? Jawab sendiri.

      Selalunya kita makan makanan sampingan ini semasa kita tak lapar pun, betul tak? Tapi kenapa kita makan? Entahlah, anda jawab sendiri.

      Cukup sekadar tu dulu, kesimpulannya tengok-tengok snek harian anda. Pastikan apa yang anda makan. Nanti saya akan terangkan lagi. Semoga ada manfaatnya

      Sebarang cadangan, tulis bahagian komen@emelkan saya ya…..