SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Friday, September 17, 2010

IKTIBAR DARI HOSPITAL

     Masih ku ingat, pada malam itu, aku bertugas malam( on call ). Kurang lebih jam 11 malam aku diberitahu oleh jururawat utuk mengambil darah seorang pesakit. Aku bergegas ke wad 7 untuk melangsaikan tugas yang diarahkan. Apatah lagi malam semakin galak dan kesejukan malam menggamit rasa mengantukku.
.
      Sesampainya aku kepada pesakit tersebut, ku lihat seorang perempuan muda, cantik rupa parasnya, putih kulitnya, memandang kepadaku. Mungkin tertanya apa lagi yang nak diperbuat kepadanya. Namun dia nampak sedikit penat, nafasnya laju namun masih mampu berkata-kata dalam ayat yang sempurna dan melemparkan senyuman manisnya. Di sekelilingnya wayar bersimpang siur mengalirkan cecair ubat ke dalam pembuluh darahnya, ku baca tulisan pada pump srynge tertera Aminophylline( ubat yag digunakan untuk pesakit asma yag teruk ). Lalu aku menghampirinya dan menyapa; Macamana kak, sihat?. Bolehlah tahan; jawabnya. Saya nak ambik darah kak ni; pinta ku keizinannya.

    Dia lantas menghulurkan tangannya seperti sudah biasa, masakan tidak, sudah lebih 5 kali diambil darahnya. Timbul rasa kagumku terhadap dia, bertapa bersabarnya kakak ini menghadapi cubaan  Tuhan . Aku terus membenamkan jarum ke dalam lengannya dan menyedut darah merah pekatnya, Alhamdulillah sekali saja dah dapat, getus hatiku. Ada pesakit aku terpaksa cucuk berkali-kali. Aku tahu, sakit mengambil darah ABG ini tetapi sedikit pun tidak ada riak pada wajahnya. Terima kasih doc, katanya kepadaku. Pelik pula aku fikirkan, ambik darah pun dia ucap terima kasih kepadaku. Namu menambahkan lagi kekaguman aku kepadanya.

     Apabila aku berpaling ke belakang, kulihat seoarang lelaki sedang memerhatikan aku melakukan kerjaku, mungkin kurang percaya membiarkan aku bersama isterinya, telah hatiku. ” Kami ada anak kecil kat rumah, baru 3 bulan, anak sulung” katanya kepadaku tanpa ku pinta. ” Oooo...aku mengakuka saja. Lantas aku menerangkan keadaan isteri dia yang keadaanya tidak begitu baik, kerana dia telah diberikan ubat yang maksimum namun responnya tidak begitu berkesan. Maknanya isteri dia menghadapi asma peringkat teruk. Apapun kita cuba yang terbaik; janjiku kepada si suami. Si suami mengiyakan saja tanpa banyak bicara. Lantas aku terfikir, betapa bahagianya pasangan ini. Selepas itu aku pun terus masuk ke guaku dan.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

       Nasibku baik, tidak ada pesakit yang masuk awal pagi sampailah terbit fajar. Hari ini adalah hari Jumaat, cuti hujung minggu. Apa lagi aku langsaikan semua tugasku seawal mungkin untuk balik awal. Aku pass over kes kakak tersebut kepada kawanku yang on call menggantikan aku. Selepas itu apa lagi CA.. ALIF.. BUT... CABUT.

       Selang 2 hari, dalam perhimpunan pagi dengan semua MO dan Pakar, rakanku menceritakan yang kakak asma telah pun meninggal. Inna Lillah wa inna ilaihiraajiuun..terpacul dari mulutku spontan. Katanya kakak tersebut semakin susah bernafas pada pagi itu da telah pun diberi bantuan pernafasan, intubated Bacaan ABG darahnya pun sudah type 2 failure. Keadaan semakin kritikal pada tengahari walaupun telh diberi ubat yang maksimum. Semasa melakukan CPR; kaedah tekan dada untuk resussitasi, terpancar susu putih dari buah dadanya, membasahi baju. Lagi ditekan dada, lagi banyak yang terpancut. Mendengar begitu hatiku sayu, pilu. Sudah pasti anaknya sudah jadi yatim. Ibu yang belum sempat memberikan kasih sayang kepada anaknya, dan si anak yang empunya susu yang terpancar, sudah pun tidak dapat merasai dakapan seorang ibu. Tidak dapat meneguk susu ibu keran ibu sudah pergi.

    Si suami menitiskan air mata yang tidak kunjung henti, meraung meratapi pemergian insan tercinta. Tetapi itulah takdirnya.............................   

No comments:

Post a Comment