SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................
Showing posts with label CERPEN SIHAT. Show all posts
Showing posts with label CERPEN SIHAT. Show all posts

Friday, October 22, 2010

CERPEN 4: TUJUH KEMATIAN

Hari ini 18 Oktober 2010, aku membelek jadual ON CALL. Tertera namaku sebagai Medical Officer on call ke -2, jaga wad. Baru aku tersedar dari lamunan. Biasalah antara tugas paling berat dikalangan doctor ni ialah on call. Sebab semua nak kena buat sendiri, semua keputusan kita terpaksa buat, nyawa pesakit ditangan doktor. Besarnya tanggungjawab bermain dengan nyawa manusia. Hidup dan mati.

Selepas jam 5 maka bermulalah tugasku. Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Aku angkat dan kedengaran suara rakanku Dr Azira dihujung talian.” Nazil nak pass over ni, dua patient dalam wad Nephro keadaan tak elok, tekanan darah rendah . Hang tolong review ya.” Katanya padaku. Aku hanya mengiyakan saja.

Tak lama kemudian telefonku derbunyi lagi. Biasalah kalau on call cukup popular mengalahkan menteri kadang-kadang. “ Doktor ada pesakit collapse” kedengaran suara nurse. Aku pun bergegas ke sana.
Sesampainya aku ke sana, kelihatan House Officerku sedang lakukan CPR. Kes apa? Tanyaku pada nurse. Kegagalan hati ( liver failure ). Ku lihat anak mata pesakit, takdak tindak balas. Monitor jantung pun straight line. Tak dapat diselamatkan lagi. Aku pun terus memberitahu waris pesakit, yang pesakit telah meninggal. Meraung waris tadi. Kesian, tapi dah sampai masanya .

Tak lama selepas itu hanponku menjerit lagi. “ Ada patient asystole doctor kat wad Nephro( Buah pinggang )” kedengaran suara HO ku. Aku bergegas ke sana pula. Sesampai aku ke sana, suasana kecoh. Penuh waris pesakit menunggu di situ. Pesakit sedang menjalani dialysis tiba-tiba tak bernafas. Tetapi sudah ada jangkitan yan teruk dalam darahnya. Waris pesakit dah dimaklumkan keadaan pesakit kritikal dan waris tidak berhajat untuk CPR. Jadi dah dua pesakit dah pergi tak kembali.

Tiba-tiba aku merasakan malaikat Maut sedang berlegar dekat denganku. “ setakat ni dah 2 orang, berapa orang lagi yang Malaikat Maut nak jemput? Kata hatiku.

Sesudah solat Maghrib, aku pun bercadang nak makan malamku. Perutku dah mula bising minta diiisi. Belum sempat ku ke kantin, Nurse dari wad Umum pula telefon, ada pesakit nadi rendah dan oksigen tak elok. Aku terus ke wad berkenaan, ku tengok pesakit, seorang perempuan Cina tua. Ku buka failnya, tertera sakitnya, Kanser Otak. Apa yang aku boleh tawarkan lagi. Kanser tiada penawarnya. Aku segera dapatkan waris dan menerangkan keadaannya nazak. Waris pesakit faham dan tidak mahu active resusciatation. Sebaik selesai bercakap dengan waris, pesakit dah pergi. Sudah tiga orang mati ditanganku hari ni.

Belum sempat ku habis menulis repot kematian ada lagi nurse beritahu pesakit collapse lagi di wad Gastro( Perut ). Tetapi pesakit dah dimaklumkan kepada waris, dan tidak perlu buat apa-apa. Dalam beza 5 minit sudah empat orang meninggal. Malaikat maut belum mahu pulang.

Selepas selesai semua urusan rumah mayat, maka aku pun isi perutku dengan sedikit roti dan minuman. Sedang aku menikmati hirupan minuman ku, sekali lagi telefonku berbunyi. Apa lagi ni? Getus hatiku. Ada yang nak mati lagi ka? Terusku menjawab, ada pesakit asystole lagi doctor. Kedengaran suara nurse. MasyaAllah . Sesampainya aku ke sana kelihatan HO dan 3 orang nurse sedang melakukan CPR. Aku tanya dah berapa lama. “20 minit” jawab mereka ringkas. Ku periksa pesakit , dah tiada. Ini yang ke 5 pesakit mati. Aku terus mengajar Kalimah Syahadah ditelinga pesakit. Syahdu.

Nampak gayanya tak tidur aku malam ni kataku. Namun syukur, daripada jam 11 aku telah cepat-cepat ambil kesempatan tidur, takut-takut ada lagi kes kematian. Sedang nyenyak aku tidur , telefonku menjerit. Aku bingkas bangun dan menjawab, Hello? “Doktor ada pesakit  stop breathing. Tepat tekaanku, apa yang aku sangka dah terjadi.

Maka bergegas aku berjalan ke wad. Dalam perjalanan ke wad satu lagi panggilan sampai. Pesakit dah meninggal sorang lagi. MasyaAllah, hari ni saja dah 7 nyawa dicabut. Dalam satu masa dua pesakit pergi tak kembali.

Ku fikirkan kembali, begitulah kehidupan. Hidup pasanganya mati.  Semua akan mati. Cuma caranya bagaimana dan bila adalah rahsia. Ku lihat kematian hari-hari. Kadang-kadang sudah kebal hatiku dengan kematian. Sudah hilang sensitive dengan kematian.

Apa pun, ini rekod baruku oncall, 7 kematian…..akan ku ingat sampai bila-bila

Monday, September 27, 2010

CERPEN SIHAT 3: PERGINYA SEORANG IBU

Minggu ini, bermulanya tugasan aku menjaga pesakit nephrology( buah pinggang ) di ICU. Kata rakan-rakan ku in charge pesakit nephrology di ICU ni penat.  Adoiyai, bak kata Nabil Raja Lawak. Aku dah mula letih mendengarnya. Tetapi demi tugas aku kuatkan semangat.

Sesampainya aku di hospital terus aku menaiki lift ke tingkat 3 dimana wad ICU ditempatkan. Aku pun terus berjalan sambil bermain difikiranku berapa banyak pesakit nephrology di ICU.” Minta-mintalah tak banyak” doaku.

Apabila tiba di depan pintu ICU, terus aku menggunakan kad ID aku untuk buka pintu. Aku berjalan masuk ke wad ICU. Di sana aku melihat pesakit-pesakit yang tenat semuanya. Ada yang perlukan bantuan pernafasan, dengan tiub simpang siur mengalirkan ubat ke dalam pembuluh darah pesakit. Ada yang ditebuk paru-paru, ada yang sedang dialysis.

Dari jauh aku melihat seorang wanita, pertengahan umur terbaring di katil 3.Aku menghampiri seorang staff nurse yang berada berdekatan disitu dan bertanya” Patient nephro ke ni?” Lantas dia mengiyakan.
 Lalu aku pun membuka computer dan melihat sejarah pesakit. Tertera disitu senarai panjang diagnosis . Post SVD day 7, Active SLE, sepsis secondary pneumonia, acute renal failure secondary to sepsis, DIVC, hypokalemia 2 diarrhea, acute hepatitis 2 ischemia/sepsis. “MasyaAllah banyaknya ujian pesakit ini.

Secara mudahnya, pesakit ini mengalami Systemic Lupus Erythromatosis, baru lepas bersalin  tetapi mendapat jangkitan paru-paru. Kesan jangkita kuman ini menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Ku lihat wanita, hatiku sayu kerana dia baru seminggu melahirkan anak, mesti anaknya memerlukan kasih sayang dan belaian si ibu. Namun telah diuji hebat sebegini.  Mukanya nampak tosik, kekuningan disebabkan hepatitis tetapi masih sedar. “Kak!” panggilku. “Macamana sekarang?” Dia sekadar mengangukkan kepala tanda bertahan.

Ku lihat sukatan air kencingnya, sangat sikit. Ku lihat bacaan fungsi buah pinggangnya, makin kotor. “ Ni dah kena start dialysis ni” telah hatiku.

Aku berbincang dengan Pakar Nephrology, dia setuju untuk mulakan dialysis kepada pesakit ini. Maka aku pun dengan penuh tanggungjawab memasukkan femoral chatheter( tiub untuk dialysis yang dimasukan melalui salur darah paha). Sakit memang sakit, tetapi apakan daya aku terpaksa demi keselamatan pesakit.”Alhamdulillah” ucapku selepas semuanya selesai. Maka wanita itu pun menjalani dialysis.
Aku tinggalkan wanita itu dengan harapan InsyaAllah dia akan beransur pulih esoknya.

Esok datang lagi, seperti biasa aku pun pergi ke wad ICU, aku terus cari wanita kelmarin.”Mana dia?” kata hatiku. Aku meninjau-ninjau ke segenap wad ICU, tiada. Aku pun bertanya kepada staff nurse” Mana pesakit nephro yang ada SLE buat dialysis kelmarin?”. “ Dah meninggal” jawab si staff nurse. “ Innalillah wa Inna ilaihiraajiuun. Spontan terpacul dari mulutku.” Bila dia meninggal?” tanyaku lagi. “Semalam dalam pukul 11 malam. Sempat buat dialysis. Tetapi keadaannya makin kritikal semalam dan terus tiada”jawabnya.  Allah Maha Besar.

Aku terus berfikir, inilah kehidupan manusia. Macam iklan Chipsmore, kejap ada, kejap tak ada. Hari ini kita ketawa esok kita mungkin tiada. Tiada siapa yang boleh mendabik dada, aku masih boleh hidup sampai esok pagi.

Namun aku puas kerana aku telah menyumbangkan tenagaku dalam menyelamatkan pesakit. Harapanku itu menjadi sebahagian ibadatku.

Kepada keluarga si mati, terutama anak yang baru lahir, tiada sebaik perkataan melainkan SABAR. Ya sabar  atas ujian. Pasti ada hikmah disebalik semua ini……mudah ditutur tapi sukar dibuat.
  

Friday, September 24, 2010

CERPEN 2: MENGHADAPI MAUT

Aku memandang jam di dinding wad, menunjukkan sudah 4.30 petang. Maknanya  setengah jam lagi aku akan mulakan “ On call “. Semua rakan-rakanku mesti gembira sebab boleh pulang ke rumah. Tapi aku, Ya!!! terpaksa terus berjuang merawat pesakit-pesakit sampai esok pagi. Kadang-kadang rasa malas datang meliputi tubuh. Apatahlagi melihat admission pesakit bertali arus . Makan entah ke mana, mandi entah kemana. Seluruh diri diperhambakan kepada urusan wad dan pesakit.

Namun cepat-cepat aku mengherdik diriku, Hey Nazil!!! Tahukah engkau, setiap pesakit yang datang membawa harapan setinggi Everest, sedalam jurang lautan, seluas lautan tiada tebing harapan memohon pertolongan dan perhatian doktor untuk meringankan derita penyakit mereka. Tahukah kamu betapa besarnya pahala yang diganjarkan kepada kamu jika kamu ikhlas menolong mereka?

Ohhh Allah, berikan ku kekuatan untuk terus berkhidmat kepada pesakit-pesakitku. Aku adalah hambaMu yang lemah dan kerdil. Letih , penat dalam menunaikan tanggungjawa ini. Itulah cara aku memujuk hati ini. Kalau tak dek kerana iman, aku rasa mahu aku marah pesakit hari-hari. Penat oooooooooo…tapi muliakan kerja doktor ni..tersenyum aku sendiri.

Tiba-tiba aku tersentak, handphoneku berdering.” Hello” kataku. “ Doktor cepat datang wad, ada patient collapse” terdengar suara staff nurse kecemasan. Lantas aku pun terus melangkah pantas ke wad . Sampai sahaja di cubicle satu, aku terlihat beberapa orang staff nurse dan attendan sedang kerumuni pesakit disamping  emergency troli sudah siap sedia menanti kedatanganku.

“Pesakit ni sakit apa?” tanyaku kepada staff nurse in charge. “Unstable angina with sepsis. Dah complete  Clexane” Katanya padaku. Ku pandang cardiac monitor, brady, getus hatiku. “Bagi Atropine” arahku. Sebelum sempat staff nurse memberi ubat yang aku suruh, pesakit  menjadi asystole( jantung berhenti berdegup ). “ Intubate dan CPR!!!” jeritku separa suara. Lalu aku meluru ke hujung kepala pesakit, mendongakkan kepalanya. Lantas terus mencapai ETT tiub dan terus memasukkan ke dalam salur pernafasan pesakit.  Salah seorang staff nurse terus naik ke katil dan terus lakukan tekan dada. Aku lantas pergi mendapatkan ahli keluarga. Aku memanggil waris pesakit.

Tak berapa lama, datang seorang perempuan, masih muda, mungkin awal 30 an tekaku, memakai baju ketat persis baju adik dia warna merah belang-belang menampakkan seluruh geometri, lekuk   dan garisan tubuhnya. Jelas !!!. Berseluar jean ketat bewarna  biru( kesian jin tak pakai seluar ), bertumit tinggi datang meluru kepada ku. Tergambar wajah cemas menanti penuh tanda tanya apa yang bakal muncul daripada mulutku.  

“ Cik ni siapa dengan pesakit?” tanyaku. “Saya anak dia, bagaimana keadaan ayah saya doc?” balasnya. Lalu dengan penuh tanggungjawab aku menerangkan bahawa keadaan ayahnya kritikal dan kita terpaksa beri bantuan CPR kerana jantungnya berhenti.

Sepantas kilat dia meluru ke katil bapanya, sambil bercucuran airmata kesedihan meratapi bapanya sambil berkata, “ Come on abah, come on!!! You can do it. Berkali-kali dia memberi  semangat kepada ayahnya.
Aku menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju. “Kesian pesakit, mempunyai anak sebegini” getus hatiku. Sepatutnya hadiah yang terbesar semasa nazak ialah ucapan Syahadah di telinga. Pesakit sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Ini tidak,  memberi semangat  persis bertarung di gelanggang gusti.
Lantas aku terus mendapatkan pesakit, melakukan CPR, memberi semua inotrope dan memberi  bantuan pernafasan.  Sempat aku mengajar syahadah ditelinga si sakit. Tetapi Allah Maha Berkuasa, Dia telah menetapkan ajal pesakit, tiada siapa yang dapat melambatkan dan mempercepatkan walaupun sesaat. Maka pergilah dia.

Selepas semuanya berakhir, aku masih berfikir mengenai sikap anak pesakit tadi. “Kenapalah jadi begitu” tanya diriku. Kesian si mati. Di mana silapnya? Pendidikan yang diberi atau pengaruh persekitaran. Entahlah, apa pun aku berdoa agar semasa saat kematian ku nanti, yang aku inginkan ialah anak-anak ku dan isteriku berada disamping dan mengajar aku bersyahadah,membaca ayat suci agar mudahkan terpisah roh daripada jasad. Dapat menghadapi sakaratulmaut dengan tenang dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Itulah impian dan harapanku………
……………………………………………………………………………………………………………

Collapse=keadaan pesakit menjadi kritikal           
Emergency trolley= troli yang menempatkan alatan bantuan kecemasan
Unstable angina=serangan jantung
Sepsis = jangkitan kuman dalam badan
Brady/bardycardia=denyutan nadi perlahan
Clexane=nama ubat yang digunakan untuk penyakit jantung
Intubate=perlakuan memasukkan tiub ke salur pernafasan pesakit
CPR= proses member bantuan kecemasan,tekan dada dan bantuan pernafasan
ETT tiub= nama kepada tiub abntuan pernafasan


Friday, September 17, 2010

IKTIBAR DARI HOSPITAL

     Masih ku ingat, pada malam itu, aku bertugas malam( on call ). Kurang lebih jam 11 malam aku diberitahu oleh jururawat utuk mengambil darah seorang pesakit. Aku bergegas ke wad 7 untuk melangsaikan tugas yang diarahkan. Apatah lagi malam semakin galak dan kesejukan malam menggamit rasa mengantukku.
.
      Sesampainya aku kepada pesakit tersebut, ku lihat seorang perempuan muda, cantik rupa parasnya, putih kulitnya, memandang kepadaku. Mungkin tertanya apa lagi yang nak diperbuat kepadanya. Namun dia nampak sedikit penat, nafasnya laju namun masih mampu berkata-kata dalam ayat yang sempurna dan melemparkan senyuman manisnya. Di sekelilingnya wayar bersimpang siur mengalirkan cecair ubat ke dalam pembuluh darahnya, ku baca tulisan pada pump srynge tertera Aminophylline( ubat yag digunakan untuk pesakit asma yag teruk ). Lalu aku menghampirinya dan menyapa; Macamana kak, sihat?. Bolehlah tahan; jawabnya. Saya nak ambik darah kak ni; pinta ku keizinannya.

    Dia lantas menghulurkan tangannya seperti sudah biasa, masakan tidak, sudah lebih 5 kali diambil darahnya. Timbul rasa kagumku terhadap dia, bertapa bersabarnya kakak ini menghadapi cubaan  Tuhan . Aku terus membenamkan jarum ke dalam lengannya dan menyedut darah merah pekatnya, Alhamdulillah sekali saja dah dapat, getus hatiku. Ada pesakit aku terpaksa cucuk berkali-kali. Aku tahu, sakit mengambil darah ABG ini tetapi sedikit pun tidak ada riak pada wajahnya. Terima kasih doc, katanya kepadaku. Pelik pula aku fikirkan, ambik darah pun dia ucap terima kasih kepadaku. Namu menambahkan lagi kekaguman aku kepadanya.

     Apabila aku berpaling ke belakang, kulihat seoarang lelaki sedang memerhatikan aku melakukan kerjaku, mungkin kurang percaya membiarkan aku bersama isterinya, telah hatiku. ” Kami ada anak kecil kat rumah, baru 3 bulan, anak sulung” katanya kepadaku tanpa ku pinta. ” Oooo...aku mengakuka saja. Lantas aku menerangkan keadaan isteri dia yang keadaanya tidak begitu baik, kerana dia telah diberikan ubat yang maksimum namun responnya tidak begitu berkesan. Maknanya isteri dia menghadapi asma peringkat teruk. Apapun kita cuba yang terbaik; janjiku kepada si suami. Si suami mengiyakan saja tanpa banyak bicara. Lantas aku terfikir, betapa bahagianya pasangan ini. Selepas itu aku pun terus masuk ke guaku dan.......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

       Nasibku baik, tidak ada pesakit yang masuk awal pagi sampailah terbit fajar. Hari ini adalah hari Jumaat, cuti hujung minggu. Apa lagi aku langsaikan semua tugasku seawal mungkin untuk balik awal. Aku pass over kes kakak tersebut kepada kawanku yang on call menggantikan aku. Selepas itu apa lagi CA.. ALIF.. BUT... CABUT.

       Selang 2 hari, dalam perhimpunan pagi dengan semua MO dan Pakar, rakanku menceritakan yang kakak asma telah pun meninggal. Inna Lillah wa inna ilaihiraajiuun..terpacul dari mulutku spontan. Katanya kakak tersebut semakin susah bernafas pada pagi itu da telah pun diberi bantuan pernafasan, intubated Bacaan ABG darahnya pun sudah type 2 failure. Keadaan semakin kritikal pada tengahari walaupun telh diberi ubat yang maksimum. Semasa melakukan CPR; kaedah tekan dada untuk resussitasi, terpancar susu putih dari buah dadanya, membasahi baju. Lagi ditekan dada, lagi banyak yang terpancut. Mendengar begitu hatiku sayu, pilu. Sudah pasti anaknya sudah jadi yatim. Ibu yang belum sempat memberikan kasih sayang kepada anaknya, dan si anak yang empunya susu yang terpancar, sudah pun tidak dapat merasai dakapan seorang ibu. Tidak dapat meneguk susu ibu keran ibu sudah pergi.

    Si suami menitiskan air mata yang tidak kunjung henti, meraung meratapi pemergian insan tercinta. Tetapi itulah takdirnya.............................