1. Sebelum anda semua mahu mencegah penyakit, anda perlu faham konsep 6 pintu penyakit. Ini amat penting supaya anda tahu bagaimana untuk bertindak mencegah penyakit. Kita perlu faham musuh kita dahulu jika mahu menewaskannya.
2. Saya andaikan badan kita sebagai sebuah tasik yang dihubungkan dengan 6 sungai yang mengalir tenang. Molek atau buruk tasik bergantung kepada sungai. Jika bersih air sungai yang mengalir, makan bersihlah tasik. Namun jika air yang mengalir telah tercemar, dengan toksiknya, sampahnya, keruh airya, maka busuklah tasik, sakitlah tasik, tak siapa yang sudi berkunjung, bahkan tiada ikan dan hidupan yang hidup aman.
3. Begitulah ibarat badan kita, kalau 6 pintu atau sungai penyakit ini dapat dipastikan bersih , maka sihatlah badan kita. Tetapi kalau racun yang diberi maka rosaklah badan, bermulalah penyakit yang mengancam kehidupan bahagia manusia.
1. Pintu makan
2. Pintu kuman
3. Pintu imun gila
4. Pintu cari penyakit
5. Pintu keturunan
6. Pintu jiwa kacau
Nah sekarang cuba renung dan hafal 6 pintu ini. Jangan bimbang tidak faham kerana memang anda tidak akan faham sebab saya belum menerangkannya lagi. Saya akan bincang setiap satu pintu penyakit di lain posting.
Bila anda dah tahu setiap pintu penyakit ini barulah anda akan nampak apa yang perlu lakukan untuk mencegah penyakit.
Sabar menunggu di lain posting.............
No comments:
Post a Comment