SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Thursday, September 23, 2010

PINTU PENYAKIT PERTAMA: MAKAN- Bab 2 : HATI-HATI DENGAN SNEK

Salam semua…..harap terus sihat hendaknya.

Di dalam posting lepas, saya dah terangkan bagaimana penyakit daripada bencana mulut ni terjadi dan secara umum 3 strategi untuk makan yang sihat. ( Anda boleh baca posting yang lalu )


Kali ini saya fokuskan kepada punca utama diet kita gagal. Ramai pesakit yang saya jumpa selalu berkata, mereka cukup jaga makan. Manis-manis tak makan, gula langsung tak makan, makan tawar-tawar je. Daging dah lama tak makan. Masak pun tak pakai minyak. Semua rebus dan bakar saja. Tapi badan montel jugak, gula dalam darah tak terkawal juga, darah tinggi tak turun jugak.


Itulah antara keluhan yang acapkali saya berhadapan. Ada yang dah putus asa dah. Ada seorang pak cik datang kat saya suatu hari. Dia mengidap kencing manis dan darah tinggi. Saya periksa gula dan tekanan darah dia , MasyaAllah, gerun tengok. Saya tanya dia, pakcik makan ubat tak? Dengan penuh selamba dia jawab; “ Pak cik malas dah makan ubat, makan pun sama, tak makan pun sama”. Saya tanya pak cik lagi,” Pak cik jaga makan tak? Dengan penuh rasa tak bersalah.” Tak doktor, selera sekarang ni bertambah, lalu makan, badan pun dah naik. Semalam pun pak cik makan 4 biji buah durian besar kepaa budak” Apa yang patut saya kata? Kesimpulannya pak cik ni tak pernah jaga makan dia sebab dah fed up.


Saya berfikir panjang, di mana silapnya diet kita ni. Apa cara yang paling mudah bagi kebanyakkan masyarakat, anda dan saya untuk mudah jaga makan kita semua. Jom tengok apa yang kita makan setiap hari

1.       Breakfast( makan pagi) – Roti canai/nasi lemak/the tarik ( makanan paling popular )
2.       Tea time ( selepas breakfast ) – kuih dan the@kopi
3.       Lunch( tengahari )   - makan berat
4.       Makan petang ( sambIl tengok sinetron)- cucur pisang dan teh
5.       Dinner (makan malam)- makan berat
6.       Supper ( sebelum tidur) – kuih dan teh

Itulah rutin makan kebanyakan rakyat Malaysia, mungkin juga anda, tapi bukan saya…J( dulu yelah ). Soalan pertama saya, siapa yang atur jadual makan 6 kali sehari ni? Samapai sekarang saya pun tak tahu. Nabi tak pernah ajar gitu. Kalau anda tahu tolong bagitahu saya sama ye.

Baik kalau kita tengok gaya makan di atas, sebenarnya ,pada pandangan saya punca utama masalah makan  bukan terletak pada makanan utama tetapi makan sampingan. Atau istilahnya SNEK.
Bagi saya disitulah punca paling utama terjadinya masalah makan ni. Makanan utama, makan pagi, tengahari dan malam sebenarnya keperluan badan. Tetapi makan snek yang jadi masalah utama. Kebanyakan kita tak perlu makan snek pun tetapi dah jadi kebiasaan kita. Makan tea time, supper, makan petang kalau tak makan pun tak cacat fungsi badan kita.

Saya bagi panduan begini, anda kena tahu bila badan anda perlukan makanan. Agak-agak anda bila? Cuba fikir sejenak. Ya bila kita rasa lapar. Bila perut kita berbunyi dan berkeroncong. Itulah signal badan perlukan makanan untuk terus bekerja.

Tetapi jika kita makan sebelum perut lapar, maknanya kita memberi badan makanan yang tidak diperlukan. Maka badan akan simpan makanan yang tak diperlukan di dalam bentuk lemak. Biasanya disekeliling pinggang dan lengan. Cuba anda pegang  dan cubit perut anda, ada isi lebih? Tayar basikal ka? Tayar motorsikal ka? Tayar kereta? Jawab sendiri.

Selalunya kita makan makanan sampingan ini semasa kita tak lapar pun, betul tak? Tapi kenapa kita makan? Entahlah, anda jawab sendiri.

Cukup sekadar tu dulu, kesimpulannya tengok-tengok snek harian anda. Pastikan apa yang anda makan. Nanti saya akan terangkan lagi. Semoga ada manfaatnya

Sebarang cadangan, tulis bahagian komen@emelkan saya ya…..



                                                  

No comments:

Post a Comment