SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Tuesday, September 21, 2010

SOALAN LAZIM : PERLU KE ANTIBIOTIK KALAU DEMAM SELSEMA?

Itu soalan yang diajukan kepada saya. Selalu sangat. Ini jawapan saya.


Jawapannya YA dan TIDAK bergantung kepada tahap sakit. Terdapat salah faham di kalangan masyarakat mengenai antibiotik.  Ada dikalangan pesakit yang label “ Doktor tidak pandai @ kata kasarnya doktor bodoh ( kesiannnn.. doktor ..:( ) jika doktor tidak beri antibiotik kepada mereka. Kadang-kadang doctor pun dalam dilema, diluah mati bapa ditelan mati emak, akhirnya kemam/kulum sajalah..:)

Antibiotik ialah ubat yang digunakan untuk membunuh bakteria. Kalau sakit yang disebabkan oleh virus, antibiotik tidak akan berkesan dan salah untuk digunakan.

Demam selsema 90% adalah disebabkan oleh virus. Oleh itu diperingkat awal tidak memerlukan antibiotik. Jangan cepat menyalahkan  doktor jika doktor tidak memberikan antibiotik, sebab antibiotik sendiri ada kesan sampingannya.

 Walaubagaimanapun, jika demam selsema berlarutan, kalau saya ambil jangkamasa 3 hari atau batuk berkahak berwarna hijau atau kuning( bukan putih lagi ), maka secara klinikalnya perlu mengambil antibiotik kerana sudah melibatkan jangkitan bakteria. 

Semoga anda menjadi pesakit yang bijak selepas ini yeeee…….

Sebarang soalan boleh emelkan ke jagabadan@gmail.com.

1 comment:

  1. apa beza ubat selsema yang mengantuk & tidak mengantuk...kandungannya....tq

    ReplyDelete