SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Wednesday, September 22, 2010

PINTU PENYAKIT PERTAMA: MAKAN- Bab 1

    Seperti  di dalam posting terdahulu, saya telah katakan pintu penyakit yang pertama ni ialah punca paling utama yang menyumbang  kepada terjadinya penyakit.

Makan , semua manusia kena makan. Hari-hari kita makan. Mahu tak mahu kita kena makan sebab perlu teruskan hidup. Tetapi makan jugalah yang menjadi punca kebinasaan badan kita.Strok, serangan jantung, kaki gangrene( busuk ), kencing manis( diabetes mellitus ), darah tinggi( hypertension ), gout, kegagalan buah pinggang( Ed Stage Renal Failure ) antara penyakit yang amat menggerunkan manusia. Anda nak sakit yang saya sebut tadi? Nak? Tahu pun tak nak.

Namun, tahukah anda, mungkin  sekarang ni anda  tengah membiarkan penyakit menular dan membiak dalam badan anda. Untuk pengetahuan anda, penyakit kronik ini mengambil masa 15 ke 20 tahun untuk matang. Kalau pesakit kena serangan jantung pada umur 40 tahun, maknanya proses penyakit telah pun berlaku semasa umurnya 20 atau 25 tahun lepas.

Maknanya kalau kita boleh perlahankan atau berhentikan proses penyakit ini, maka kita dapat elak penyakit kronik tu. Bestkan? Tapi kenapa masih ramai pesakit yang terkena penyakit ni? Jawapannya sebab tidak ada ilmu.  Ilmu inilah yang saya nak kongsi dengan saudara semua.


KEPERLUAN NORMAL BADAN?

Sebelum anda semua nak tahu bagaimana penyakit berlaku, anda semua kena tahu keadaan normal badan dan keperluan makan. Ada pepatah kata kita perlu makan untuk hidup. Itulah sebenarnya matlamat makan.
Kita semua perlu makan untuk dapatkan tenaga, pembesaran badan, mengekalkan badan untuk terus berfungsi dengan baik. Kita dapatkn tenaga dan semua keperluan badan seperti protein, lemak, vitamin dan mineral semuanya daripada makanan.  Maknanya kita kena terus makan sepanjang hayat untuk terus hidup. Kalau tak makan, jawabnya kita mati.

Perkara seterusnya yang anda perlu tahu, apa jenis makanan yang badan perlu. Kalau anda masih ingat semasa belajar subjek sains dulu, ada 5 unsur penting keperluan badan;

  1. Karbohidrat – untuk haslkan tenaga
  2. Protein – bina sel-sel badan
  3. Lemak- mengekalkan  fungsi sel badan
  4. Vitamin- membantu tubuh kekal fungsi dan melawan penyakit
  5. Mineral- penting untuk   metabolism badan

Semua unsur tadi diperlukan oleh badan dalam kadar yang tertentu sahaja, mengikut keperluan setiap individu. Kalau anda jenis yang aktif seperti atlet, anda perlukan banyak tenaga dan protein untuk kekal cergas. Kalau anda jenis yang suka bersukan atas katil je, keperluan tenaga anda kurang. Faktor umur, saiz badan, gaya hidup juga mempengaruhi kadar keperluan badan. Saya rasa tak perlulah saya terangkan terlalu detail sebab terlalu kompleks .

Cukuplah kalau anda faham setakat sekarang ni bahawa badan kita perlukan 5 unsur penting untuk terus berfungsi daripada makanan, tetapi di dalam kadar yang tertentu bergantung kepada individu.


BILA PENYAKIT TERJADI?

Berbalik kepada soalan, bila penyakit terjadi? Soalan yang cukup cantik. Secara mudahnya saya katakan di sini supaya mudah anda faham, 2 faktor paling utama terjadinya penyakit;

  1. Apabila hilang keseimbangan pengambilan 5 unsur badan
-          Umpama golongan vegetarian, mereka akan mengalami kurang protein

  1. Kadar pengambilan unsur  keperluan badan samada terlebih( over ) atau terkurang ( deficient )
-          Terlebih pengambilan lemak – penyebab obesity dan salur darah tersumbat( atherosclerosis
-          Terlebih karbohidrat- juga penyebab gula tinggi dan obesity
-          Terkurang protein- badan jadi kurus( Kwarshikor )

Apabila kita mengambil makanan melebihi keperluan badan, apa yang terjadi ialah badan akan menukar makanan berlebihan di dalam bentuk lemak dan disimpan di dalam badan. Makanan berlebihan inilah yang menjadi racun kepada badan.

Saya tidak berhasrat untuk terangkan di sini terlalu detail. Nanti saya akan detailkan apabila saya bincang mengenai setiap penyakit yang di sebabkan makan nanti.


APAKAH STRATEGI UNTUK MAKAN SECARA SIHAT?

Kita akan jadi sihat apabila kita mengambil semua 5 unsur keperluan badan pada kadar yang diperlukan badan tanpa berlebihan. Semua makanan yang kita ambil semuanya digunakan oleh badan.

Masalah besar yang terjadi ialah bagaimana kita nak tahu banyak mana perlu kita makan?. Bukan senang. Ada orang suruh kira kalori badan, saya rasa berapa orang yang kira kalori badan dia. Tak praktikal.
Fikir punya fikir, akhirnya cara paling mudah nak makan ialah

1. Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang

Balik kepada cara Nabi: Makan bila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Inilah nasihat yang paling berharga untuk kekal sihat. Nak tahu kenapa? Sebab makanan yang diambil selepas lapar dan berhenti sebelum kenyang inilah yang menjadi ubat kepada badan. Adapun makanan yang diambil sebelum lapar dan selepas kenyang itulah yang menjadi racun kepada badan. Amacam boleh buat? Susah, memang susah tapi cubalah.

2. Rahsia pinggan bayangan


Ini jurus ke dua untuk makan sihat. Setiap kali anda nak ambil makanan, bayangkan anda bahagikan pinggan anda kepada 4 bahagian.Cedukkan ¼-1/2 untuk nasi, ¼ untuk daging@ayam@ikan, 1/4 untuk sayur-sayuran dan ¼ lain-lain.

Saya pernah tengok, ada orang isikan sepinggan penuh pinggan hanya dengan nasi, macam gunung jerai daaa. Habis tu, kat mana nak letak sayur,ikan atau daging. Saya amat pasti makanan mamat ni tak seimbang. Tengok badan memang padan.

3. Bayangan perut pertiga

Ini strategi yang ketiga. Anda kena seimbangkan perut anda kepada 3 bahagian. 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk angin. Kadang-kadang kita isikan perut penuh dengan makanan, bila minum je, dah sampai tekak. Kalau lepas ikan pun boleh hidup ikan. Mesti anda akan rasa mengah. Takdak ruang untuk  angin. Yang pasti makan yang sebegitu pasti membawa mudarat dan menjadi racun kepada badan.

Inilah tiga cara umum yang paling mudah sebagai panduan untuk makan. InsyaAllah saya akan usahakan cara yang lebih detail untuk mengetahui apa yang perlu anda makan, tetapi melibatkan banyak matematik. Nanti kalau dah siap saya bagitau ye.


Cukuplah setakat ini dulu, saya akan sambung lagi nanti. Kesian kat anda semua nanti tak larat baca pulak. Apa pun paling kurang anda dapat tahu sedikit sebanyak punca terjadinya penyakit makan dan cara umum untuk kekal sihat.

Jumpa lagi...semoga kita semua mampu tersenyum sepanjang hayat


No comments:

Post a Comment