Salam semua....harap semua sihat-sihat belaka. Posting kali ni saya fokuskan satu tajuk yang banyak sangat diperkatakan tetapi sikit yang faham.
Pernah anda dengar perkataan ini, antioxidant? Pernah?Tak pernah? Apa pun jawapannya sebenarnya apa sebenarnya antioxidant ni? Sejenis kuih?Ubat? Penawar? Atau apa? Banyak sungguh pertanyaan.
Di dalam kerja sebagai doktor , amat jarang dan hampir tak disebut hal-hal atau pun jenis ubat yang diberikan kepada pesakit di dalam wad yang dipangil ‘ antioxidant ‘ . Betul, saya tak tipu.
Tapi kalau kita berjumpa dengan penjual makanan kesihatan, perkataan antioxidant amat popular. Semua blame oxidant sebagai punca penyakit. Ramai yang mendakwa produk mereka mampu menyahkan oxidant dalam badan sekaligus kekal sihat. Ye ke? Ada yang kata kulit manggis, biji anggur,spirulina, kurma, adalah potent antioxidant. Mungkin anda pun percaya dan menjadi pengamal produk –produk ni. Betul?
Jadi apa sebenarnya antioxidant ni?
Saya ada merujuk beberapa buku Pharmacology dan Internal Medicine. Tak banyak sangat dibicarakan mengenai antioxidant ini.
Fungsi normal sel badan
Sebelum anda nak kenal antioxidant ini, anda kena faham sikit mengenai fungsi sel badan. Badan manusia terdiri daripada jutaan sel-sel sebagai unit terkecil binaan. Sekumpulan sel menjadi tisu, sekumpulan tisu menjadi organ dan seterusnya sistem. Masih ingat lagi pelajaran Sains anda?
SELàTISUàORGANàSISTEM
Sel ini mempunyai dinding sel yang melindungi sel daripada unsur-unsur yang boleh merosakkan sel. Unsur perosak ini dipanggil radikal bebas oxida (oxygen free radical ) seperti hydrogen peroxide,superoxide.
Bahan antioxida ini ialah bahan yang mempunyai fungsi melawan radikal bebas oxida. Antioxida ini melindungi sel daripada rosak.
Apakah jenis bahan antioksida?
Ada dua unsur yang selalu disebutkan sebagai antioxida. 1) Vitamin E 2) Vitamin C. Maknanya apa-apa bahan yang mempunyai vitamin E dan C adalah antioxida. Kebanyakan sumber vitamin ini datangnya daripada tumbuh-tumbuhan. Sayur-sayuran, kacang soya, Saffron, bunga matahari, kekacang ialah sumber utama vitamin E. Sayuran dan buah-buahan segar adalah sumber utama vitamin C. Harus diingat bahawa Vitamin C mudah hilang jika sayuran dan buahan dimasak atau disimpan. Mesti dinikmati segar.
Berapa banyak antioxida diperlukan oleh badan?
Setakat yang saya baca, kita hanya perlukan sedikit sahaja antioxida. Bagi vitamin E hanya 7-10mg sehari diperlukan . Purata diet harian majoriti daripada kita sudah mencukupi. Jadi tidak perlu kepada makanan tambahan jika kita mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam diet seharian kita.
Bila diperlukan antioxsida tambahan?
Setakat yang saya baca, tidak ada satu kajian yang menyokong kuat secara klinikal untuk mengambil antioxida tambahan. Cuma setakat pengalaman dan bacaan saya ada 2 keadaan terdapat doktor amalkan
1. Vitamin E – disyorkan kepada pesakit yang berisiko dan telah pun mengidap serangan jantung kerana Vitamin E dapat membantu menstabilkan sumbat di dalam salur darah jantung. Ini memang ada Pakar Jantung yang praktis. Saya masih tidak dapat jumpa kajian yang dibuat. Kalau saya jumpa saya bagitau ye.
2. Vitamin C- Dos yang tinggi 1-2g sehari vitamin C dapat mencegah selsema. Namun tidak ada data yang menyokong. Apa pun memang ada doktor yang praktis dan ada yang condem. Bagi saya apa yang baik boleh teruskan. Kalau ambik pun tidak memudaratkan.
Inilah dua keadaan di dalam praktis perubatan yang dapat saya nyakan. Selain daripada itu, terserah pada anda semua. Adakah perlu anda mengambil antioxida tambahan atau tidak.
Pendapat peribadi saya, kalau anda dah makan sayur dan buahan di dalam diet seharian, tak ambil pun tak mengapa. Tetapi kalau anda ambil pun tak memudaratkan.
Tepuk dada tanya badan……
Assalamu'alaikum Dr Nazil..
ReplyDeleteSalam sejahtera..
Sy nak minta izin share artikel ni boleh ?