Minggu ini, bermulanya tugasan aku menjaga pesakit nephrology( buah pinggang ) di ICU. Kata rakan-rakan ku in charge pesakit nephrology di ICU ni penat. Adoiyai, bak kata Nabil Raja Lawak. Aku dah mula letih mendengarnya. Tetapi demi tugas aku kuatkan semangat.
Sesampainya aku di hospital terus aku menaiki lift ke tingkat 3 dimana wad ICU ditempatkan. Aku pun terus berjalan sambil bermain difikiranku berapa banyak pesakit nephrology di ICU.” Minta-mintalah tak banyak” doaku.
Apabila tiba di depan pintu ICU, terus aku menggunakan kad ID aku untuk buka pintu. Aku berjalan masuk ke wad ICU. Di sana aku melihat pesakit-pesakit yang tenat semuanya. Ada yang perlukan bantuan pernafasan, dengan tiub simpang siur mengalirkan ubat ke dalam pembuluh darah pesakit. Ada yang ditebuk paru-paru, ada yang sedang dialysis.
Dari jauh aku melihat seorang wanita, pertengahan umur terbaring di katil 3.Aku menghampiri seorang staff nurse yang berada berdekatan disitu dan bertanya” Patient nephro ke ni?” Lantas dia mengiyakan.
Lalu aku pun membuka computer dan melihat sejarah pesakit. Tertera disitu senarai panjang diagnosis . Post SVD day 7, Active SLE, sepsis secondary pneumonia, acute renal failure secondary to sepsis, DIVC, hypokalemia 2 diarrhea, acute hepatitis 2 ischemia/sepsis. “MasyaAllah banyaknya ujian pesakit ini.
Secara mudahnya, pesakit ini mengalami Systemic Lupus Erythromatosis, baru lepas bersalin tetapi mendapat jangkitan paru-paru. Kesan jangkita kuman ini menyebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi.
Ku lihat wanita, hatiku sayu kerana dia baru seminggu melahirkan anak, mesti anaknya memerlukan kasih sayang dan belaian si ibu. Namun telah diuji hebat sebegini. Mukanya nampak tosik, kekuningan disebabkan hepatitis tetapi masih sedar. “Kak!” panggilku. “Macamana sekarang?” Dia sekadar mengangukkan kepala tanda bertahan.
Ku lihat sukatan air kencingnya, sangat sikit. Ku lihat bacaan fungsi buah pinggangnya, makin kotor. “ Ni dah kena start dialysis ni” telah hatiku.
Aku berbincang dengan Pakar Nephrology, dia setuju untuk mulakan dialysis kepada pesakit ini. Maka aku pun dengan penuh tanggungjawab memasukkan femoral chatheter( tiub untuk dialysis yang dimasukan melalui salur darah paha). Sakit memang sakit, tetapi apakan daya aku terpaksa demi keselamatan pesakit.”Alhamdulillah” ucapku selepas semuanya selesai. Maka wanita itu pun menjalani dialysis.
Aku tinggalkan wanita itu dengan harapan InsyaAllah dia akan beransur pulih esoknya.
Esok datang lagi, seperti biasa aku pun pergi ke wad ICU, aku terus cari wanita kelmarin.”Mana dia?” kata hatiku. Aku meninjau-ninjau ke segenap wad ICU, tiada. Aku pun bertanya kepada staff nurse” Mana pesakit nephro yang ada SLE buat dialysis kelmarin?”. “ Dah meninggal” jawab si staff nurse. “ Innalillah wa Inna ilaihiraajiuun. Spontan terpacul dari mulutku.” Bila dia meninggal?” tanyaku lagi. “Semalam dalam pukul 11 malam. Sempat buat dialysis. Tetapi keadaannya makin kritikal semalam dan terus tiada”jawabnya. Allah Maha Besar.
Aku terus berfikir, inilah kehidupan manusia. Macam iklan Chipsmore, kejap ada, kejap tak ada. Hari ini kita ketawa esok kita mungkin tiada. Tiada siapa yang boleh mendabik dada, aku masih boleh hidup sampai esok pagi.
Namun aku puas kerana aku telah menyumbangkan tenagaku dalam menyelamatkan pesakit. Harapanku itu menjadi sebahagian ibadatku.
Kepada keluarga si mati, terutama anak yang baru lahir, tiada sebaik perkataan melainkan SABAR. Ya sabar atas ujian. Pasti ada hikmah disebalik semua ini……mudah ditutur tapi sukar dibuat.
No comments:
Post a Comment