SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Monday, September 27, 2010

PENYAKIT TOP 10 KE DUA : DARAH TINGGI

Saya amat-amat pasti bahawa anda pernah dengar Darah Tinggi. Saya rasa semua orang tahu sedikit sebanyak , paling kurang pernah dengar tentang darah tinggi. Sejauh mana kita faham , saya tak tahu. Semua orang takut dengan darah tinggi. Saya selalu pesakit dating ke klinik minta periksa tekanan darah sebab rasa pening-pening. Kira oklah tu sebab ada kesedaran kesihatan. Syabas, tapi tak cukup.

Kalau kencing manis dianugerahkan Mother of All Diseases, Darah Tinggi saya panggil The Silent Killer      ( Pembunuh Senyap). Berapa ramai  orang yang ada darah tinggi tapi tak pernah tahu dia ada darah tinggi. Sebab  awalnya kita tak rasa apa-apa atau dipanggil asymptomatic.Ada pesakit yang sdah kena strok baru tahu dia ada darah tinggi.


Apa itu Darah Tinggi?

Ada kawan-kawan yang kata darah banyak kat kepala sebab tu panggil darah tinggi, kalau darah bayak kat kaki dipanggil darah rendah. Senang je mereka fikir.

 Saudara pernah siram pokok dengan getah hos. Bila kita buka air paip, air pun mengalir lancar. Cuba kita tutup hujung hos dengan jari semasa air mengalir. Apa jadi? Tekanan dalam hos akan meningkat dan akan tercabut hos dari kepala paip.

Sama juga dengan darah tinggi, sebenarnya yang tinggi tu ialah TEKANAN DARAH dalam salur darah. Tekanan normal darah ialah kurang daripada 140/90. Selalunya yang paling ideal 120/80.

Tekanan diperlukan untuk menggerakkan darah ke seluruh badan untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada badan. Kalau darah tekanan darah rendah sangat, darah lambat samapai ke badan terutamanaya otak maka kita akan berasa pening. Mesti ada antara anda yang pernah gelap mata apabila nak berdiri daripada duduk atau tunduk? Tu disebabkan oleh darah lambat sampai ke otak.


Bila dikatakan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi pulak terjadi apabila tekanan darah melebihi 140/90( hafal nombor ni ) di dalam dua bacaan yang berlainan. Sebab itu jika tekanan darah yang diambil kali pertama melebihi 140/90, tak boleh kata ada darah tinggi lagi. Kena ulang sekali lagi pada masa yang lain, dalam keadaan relax dan tenang. Kalau tinggi juga, YA baru boleh dikatakan ada Darah Tinggi.


Apa punca darah tinggi?

Terus terang cakap 90% daripada pesakit darah tinggi doktor tak tahu punca, kita panggil “Essential Hypertension” . Baki 10% lagi ada punca kemungkinan masalah jantung, buah pinggang atau hormon. Selalu berlaku pada pesakit muda

Namun ada beberapa keadaan yang boleh membawa kepada terjadinya Darah Tinggi.

  1.  Faktor keturunan- kalau ibubapa ada darah tinggi, anak-anak pun kena berhati-hati sebab berisiko. Kena check selalu.

      2.   Kelahiran tidak cukup berat-kajian menunjukkan bayi yang lahir tak cukup bulan apabila besar
                                                          akan  dapat darah tinggi.

     3.   Faktor persekitaran- ini adalah faktor paling utama terjadinya darah tinggi dalam masyarakat.
    3.1- Gemuk/Obesiti – badan gemuk akan menyebabkan lebih tekanan darah diperlukan untuk menggerakkan darah.

    3.2- Pengambilan garam- garam akan menyebabkan air disimpan di dalam badan. Bila air bertambah, tekanan bertambah. Seperti isi air dalam belon, lagi diisi air lagi besar belon.

    3.3- Stress-ini antara punca utama sekarang. Di dalam zaman serba laju ni, semua nak cepat. Maka stress pun bertambah

    3.4-Alkohol- pengambilan alcohol boleh menyebabkan darah tinggi. Kita sebagai umat Islam amat bertuah sebab Islam mengharamkan alkohol. Tapi kalau minum juga, tanggung sendirilah.


    Kenapa takut sangat darah tinggi?

    Sama seperti kencing manis, Darah tinggi pun boleh menyebabkan komplikasi yang amat digeruni. Komplikasi darah tinggi ini terjadi boleh jadi tiba-tiba( acute).

    ·         Strok- apabila tekanan terlalu tinggi, salur darah boleh pecah. Macam belon yang diisi air tadi, makin diisi makin besar sampai satu ketika belon pecah. Ini menyebabkan strok berdarah. Selalunya jadi tiba-tiba, tengah makan nasi boleh pengsan, tengah tengok TV boleh jatuh, dalam tidur boleh terjadi.

    ·         Jantung gagal pam darah- ini pun boleh jadi tiba-tiba. Jantung gagal untuk pam darah sebab tekanan terlalu tinggi. Pesakit tiba-tiba sesak nafas yang teruk kerana air melimpah masuk paru-paru.

    ·         Kegagalan buah pinggang-Ini disebabkan oleh buah pinggang bocor. Lama kelamaan buah pinggang akan rosak dan gagal berfungsi

    ·         Buta-kerosakan salur darah ke mata rosakdisebabkan oleh darah tinggi tak terkawal



     
    PERINGATAN!!!! Dengar baik-baik.
    Kalau anda atau ahli keluarga seorang lelaki yang masih muda ada darah tinggi . Cuba elakkan mengambil ubat darah tinggi jenis nama LOL kat belakang; Metoprolol, Atenolol. Sebab ubat jenis ni boleh menyebabkan MATI PUCUK.




    Cukup sekadar tu dulu, tak boleh tulis banyak-banyak, kesian anda nak baca, ye tak? Jumpa lagi....




    6 comments:

    1. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    2. 40% rakyat dewasa Malaysia mempunyai darah tinggi.. Setuju dgn komen ttg darah tinggi sbg Silent Killer..

      ReplyDelete
    3. Thanx on your comment...so pakat-pakat check selalu tekanan darah. mana tahu anda juga sedang diburu oleh The Silent Killer

      ReplyDelete
    4. yep. we hv 1 BP machine in the office too to measure the BP at different times of day !

      ReplyDelete
    5. good...should everybody seroius in preventing disease...well done

      ReplyDelete
    6. Assalamualaikum Dr Nazil..
      Sy puan siti ibu kepada ank prempuan yg berumur 15 thun..ank sy ada pnyakit buah pinggang multicystic kidney CKD stage 4..

      Dah operate buang kidney yg ada cyst tu masa umurnya 7 tahun..skrg tinggal sebelah shj..tp yg sbelah tu juga x berapa sihat..

      Dari kecil karotininnya 200 lebih..tp 18/2 tempohari naik ke 575..dktr itu juga beritahu yg dlm badan ank sy bnyak asid..

      Dan semalam dktor tukar ubat dari enalapril ke atenolol 100mg..mkn 1/2 biji 1x sehari..

      Dah jadi kebiasaan sy jika dpt ubat sy akan search di internet untuk cari maklumat tentang ubat tersebut..

      Dan sy dapati ada 1 blog beritahu jika ada masalah buah pinggang yg banyak asid dlm badan tidak sesuai mkn ubat atenolol ni..

      Sy sebagai ibu susah hati sgt..😭
      Minta sgt2 tolong dari doktor untuk mndapatkan kepastian..

      Sekian..
      Terima kasih..

      ReplyDelete