1. Saya masih teringat satu peristiwa semasa saya bertugas malam dalam bulan Ramadhan tahun lalu. Semasa saya melawat pesakit di wad Unit Rawatan Rapi, ada seorang pesakit, umurnya masih muda dalam lingkungan 30 an,bekerja sebagai guru, terlantar atas katil tidak bermaya, Apabila dia ternampak saya melangkah masuk ke dalam wad terus dia menggamit memanggil saya, lantas saya menghampiri dia. Dalam keadaan amat berharap separa menangis, “ Tolonglah saya doctor, saya ada satu permintaan, saya tak fakir apa sekarang ni, pada ketika ini melainka saya minta kepada doctor tolonglah benarkan saya meneguk seteguk air”.
2. Rupanya, pesakit ini mengalami sakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir (End Stage Renal Failure ). Dia perlu dialysis ( cuci darah ) kerana buah pinggang dia sudah tak mampu bekerja lagi. Dia dating ke hospital sebab mengalami sesak nafas disebabkan paru-paru sudah dimasuki air( pulmonary oedema ) kesan daripada kegagalan buah pinggang . Dalam pesakit begini, mereka hanya boleh minum air total dalam satu hari 500ml sahaja( botol kecil air mineral ). Kemudianya keesokan harinya pesakit telah meninggal
3. Masih terngiang-ngiang kata-kata si sakit tadi di telinga saya. Lantas saya mula berfikir, betapa nikmatnya kesihatan tubuh badan ini. Kita tidak pernah berfikir betapa setiap teguk air yang kita minum adalah nikmat yang begitu besar sebab kita tidak sakit. Sampai ke peringkat kita boleh kencing, buang angin ( bahasa kasar ” kentut ” ), dan buang air besar adalah nikmat. Cuba bayangkan apa akan terjadi kalau kita tak kencing, kentut dan ” melabur ” cukup satu hari. Apa macam?
4. Secara mudahnya, saya nak tegaskan di sini, apa yang kita mampu buat, lakukan kalau kita tidak punya kesihatan? Anda cuba jawab sekarang. Anda sibuk bercakap tentang keusahawanan, nak melahirkan usahawan berjaya, betapa banyak buku yang ditulis untuk membimbing masyarakat untuk menjadi usahawan terbilang dalam pasaran, tetapi kalau anda tidak sihat apa projek yang anda mampu lakukan. Atau anda sibuk merangka strategi untuk menjadi jutawan, anda pakar dalam selok belok pelaburan, pengurusan kewangan, pandai memanipulasi internet untuk jadi jutawan, tetapi anda sakit, anda fikir anda mampu lahir sebagai jutawan. Kalau sungguh anda jutawan, anda tidak mampu untuk menikmati hidup ini. Duit banyak tetapi macam-macam tidak boleh makan, nak makan manis anda ada kencing manis, nak makan masin dan berlemak anda sakit darah tinggi dan jantung . ( Penyakit orang kaya ). Yanh lebih parah, anda terpaksa menggunakan semua kekayaan untuk membayar kos rawatan sakit anda. Apa ertinya hidup anda?
5. Justeru kesihatan adalah modal atau aset tidak ternilai yag mesti dijaga sepenuhnya dengan baik. Kesihatan adalah prasyarat kepada apa saja perkara yang anda ingin capai dalam hidup ini. Benarlah sabda Nabi : Rebut lima sebelum datangnya lima, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit. Dan dalam pesanan Nabi yang lain: Ada dua nikmat yang paling banyak memperdayakan manusia; Kesihatan dan Kelapangan masa.
6. Suka saya sebut di sini contoh hidup yang kita boleh lihat di depan mata kita, mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dari aspek kesihatan. Dalam usia emas, melebihi 80 tahun beliau masih cergas berjalan serata dunia, masih mampu mempengerusikan mesyuarat, masih tajam pemikirannya dan masih berkebolehan untuk menyumbang idea kepada negara. Dalam masa yang sama pada umur 80 an kebanyakkan daripada kita sudah tidak mampu melakukan apa-apa, mugkin terlantar atas katil kerana strok atau lemah jantung. Saya pernah terbaca betapa beliau amat menitik beratkan aspek kesihatan dalam kehidupan hariannya.
7. Kesimpulannya, kita tidak boleh berkompromi dalam masalah kesihatan. Kita harus menanamkan dalam minda dan jiwa kita kesihatan adalah anugerah yag amat penting untuk kita berusaha menjaganya kerana anugerah ini boleh lenyap jika kita tidak menjaganya. Persoalannya bagaimana hendak menjaga kesihatan dengan berkesan ? Teruskan pembacaan anda
No comments:
Post a Comment