SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Tuesday, September 21, 2010

TIPS SIHAT: CEGAH DEMAM SELSEMA MEREBAK

Pernah anda kena demam selsema? Tak pernah? Anda bukan manusia. Inilah punca paling ramai orang pergi ke klinik. Dikalangan doctor kita panggil Upper Respiratory Tract Infection( URTI ). Nama je gempak, takde apa yang hebat pun,  cuma jangkitan kat bahagian kerongkong. Bila dijangkiti, sel tekak akan hasilkan cecair lendir , itu yang jadi batuk kahak, selsema. Demam pulak disebabkan oleh Badan sedang lawan kuman tu. Yang teruknya, sakit ni tangkap sendi. Itu yang tak larat nak jalan tu. So ambik MC…J . Betul?

v  Bagaimana boleh berpindah kepada orang lain?

  Apabila pesakit menyedut cecair bersin atau batuk daripada pesakit yang dijangkiti. Terus masuk dalam hidung dan kerongkong.

   Ataupun kontak tangan pesakit yg dijangkiti kepada pesakit lain. Maknanya pesakit mungkin menutup hidung dan mulut semasa bersin, maka kuman tu melekat kat tanga, selepas tu pergi pulak sentuh orang lain.


v   Bagaimana nak elak/cegah merebak?
Baru-baru ini, saya pun kena demam selsema. Teruk gak le. Saya ni, Cuma nak bagitau bukan nak bangga, tapi kembang hidung sikit je..:) jarang kena demam. Setahun sekali dua saje kena. Maknanya imun badan kental jugak la. Kalau kena jangkit ni, kira kuman tu kuatla. Selalunya kalau saya kena maka seluruh keluarga akan kena jugak sebelum ini. Saya berazam cuba nak elak dari merebak kepada orang lain. Alhamdulillah menjadi. Hatta anak saya nak berumur sebulan pun tak kena. Saya kongsi di sini dengan anda.
 
·         Jauhi orang ramai semasa bersin dan batuk

  Kalau kita nak bersin, lari jauh-jauh dari orang. Paling kurang sedepa. Sebab semasa bersin dan batuklah kuman tu tersebar dan berpindah kepada orang lain. Kuman ni hanya boleh hidup dalam badan manusia, ia akan mati kalau diluar badan manusia.

·         Tutup hidung dan mulut semasa batuk

Ini satu cara yang berkesan. Tutup hidung dan mulut semasa bersin dan mulut supaya kuman tu tak tersebar jauh. Tapi tutup rapat-rapat tangan tu, jangan pula renggang jari.

·         Memakai topeng muka

Kalau anda mampu, pakailah topeng( mask ). Juga agak berkesan. Tapi lemaslah, saya dah cuba.

·         Sentiasa membasuh tangan setiap kali selesai membersihkan hidung selepas bersin dan batuk

 Ini perkara yang paling penting. Basuh tangan selalu. Tangan adalah agen pemindahan kuman yang paling efektif. Inilah punca utama kenapa demam selsema merebak dengan cepat. Selepas besin dan batuk, kita pegang pulak anak-anak. Mana mereka tak dijangkiti.

·         Basuh tangan dengan disinfection solution

 Ini satu cara yang mungkin jarang kita gunakan. Kalau di hospital, setiap kali doktor periksa seorang pesakit, kena basuh dengan cecair hapus kuman. Saya amat syorkan anda gunakan di rumah juga. Senang, tak payah pergi bilik air. Penat oooo nak pergi bilik basuh tangan. So simpanlah satu dalam poket anda, kereta dan tandas. Guna je apa jenama pun, Dettol, Protex, Lifebouy. Tetapi saya gunakan Dettol sebab saya selesa dan yakin.

Semoga ada manfaatnya kepada kita bersama. War-warkanlah kepada sahabat-sahabat yang lain ye....

2 comments:

  1. adui En Dok...saya skrg mengandung lagi..tiap kali mengandung mesti senang selsema..yg kelakar leh lak berjangkit dengan cucu sedara yg baru je 6bulan..huhuhu..

    ada pape tips tak untuk ibu mengandung...

    ReplyDelete
  2. orang mengandung ni imun badan lemah sikit. sebab tu senang kena jangkitan.
    ada 2 strategi
    1)Halang kuman tu merebak- paling efektif pakai mask dan selalu basuh tangan.
    2) Kena tingkatkan imun badan. Boleh amalkan secara istiqamah, kurma @ madu @ habbatus sauda. Tapi kena makan berpanjanglah, bukan sehari dua. Juga baik untuk baby.

    ReplyDelete