1. Apa perasaan anda kalau saya katakana anda akan mendapat strok esok pagi? Ataupun buah pinggang anda akan rosak dan perlu di cuci minggu hadapan. Ataupun, anda disahkan mendapat kanser tahun hadapan.

3. Baik dengar betul –betul rahsia ini, Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati “. Anda pernah dengar? Tidak, saya tak pasti anda datang daripada planet mana. Saya amat yakin 151% anda sudah pernah dengar ungkapan ini. Tetapi itulah rahsia untuk kekal sihat. Berapa ramai daripada kita yang acap mendengar ungkapan ini tetapi buta maknanya. Kita hanya melihat dengan mata tetapi tidak melihat dengan ilmu. Kita tidak tahu apa makna CEGAH. Kita perlu ada ilmu untuk mencegah penyakit.
4. Kita amat arif tentang merawat penyakit. Demam ubatnya Panadol. Kalau sakit gigi makan Pain killer. Kalau batuk makan ubat batuk. Kalau selsema makan ubat selsema. Semua orang tahu ilmu ini. Tetapi anda pernah terfikir bagaimana hendak mencegah demam, batuk selsema, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.
5. Saya akan sebut secara eksklusif di sini daripada pandangan saya, lebih daripada 80% penyakit manusia dapat dicegah. Anda tidak perlu menderita kesakitan penyakit. Kalau anda mengambil langkah-langkag pencegahan, hampir lebih 80% penyakit dapat dielakkan. Cuba anda tengok senarai penyakit yang dilingdungi oleh mana-mana syarikat insuran ataupun Takaful. Ada 32 jenis penyakit yang menjadi ancaman kepada manusia yang paling ditakuti sehingga pihak insuran sanggup menawarkan skim perlindungan membawa maksud penyakit ini amat ditakuti oleh manusia. Pihak insuran hanya bermodalkan perasaan bimbang kita untuk berniaga. Dan sememangnya anda takut untuk berhadapan dengan penyakit ini.

7. Justeru terdapat ungkapan “life begin at 40 “. Memang benar, angka 40 adalah angka penting kepada hidup kita. Nabi junjungan besar kita, dibangkitkan menjadi Rasul pada umur 40. Juga pada umur 40 dikatakan kematangan kita bermula. Seseorang pemimpin mula kematangannya pada umur 40. Tetapi awas umur 40 juga boleh menjadi permulaan kepada penderitaan hidup kita disebabkan stork, sakit jantung, gagal buah pinggang dan sebagainya.
8. Ini disebabkan proses terjadinya penyakit sudah pun berlaku 10 ke 15 tahun dahulu. Mungkin pada umur 30 kita sudah biarkan proses situ berlaku tanpa ada apa-apa tindakan hentikannya. Nanti saya akan bincangkan apa faktor penyebab penyakit yang membawa kita kepada penyakit tersebut.
No comments:
Post a Comment