Hari ni saya dapati banyak pesakit amat prihatin dan ambil berat tentang kolesterol. Kadang-kadang soalan pertama pesakit yang jumpa saya di klinik, “ Macamana kolesterol saya doc ”. Bagus-bagus getus hati saya. Harini dah ramai orang cakna mengena tahap kolesterol mereka
Apa itu kolesterol?
Kolesterol mudah cakapnya sejenis lemak dalam badan. Badan kita pun perlukan lemak sebenarnya untuk fungsi badan tetapi dalam kuantiti yang kecil sahaja. Masalahnya kita terlalu pemurah, selalu terlebih beri kolesterol pada badan.
Untuk pengetahuan umumnya, kolesterol ni ada 2 jenis, JAHAT DAN BAIK.
1. Kolesterol jahat
- ada 2 jenis pula, LDL( Low density lipid ) dan TG( Triglyceride).
2. Koleterol baik
- Di panggil HDL( High Density Lipid )
Anda tak payahlah tahu apa semua tu, cukup anda tahu LDL & TG tu jahat. HDL tu baik.Tugas kita kurangkan kolesterol jahat dan tingkatkan olesterol baik.
Bagaimana tahu kolesterol tinggi dalam badan?
Tahap kolesterol dalam badan hanya boleh diketahui melalui ujian darah. Selain daripada itu takda jalan lain. Anda tidak akan berasa apa-apa walaupun kolesterol anda tinggi. Ini pun jenis Silent Killer.
Satu tanda yang anda boleh tahu kolesterol tinggi atau tak, anda tengok sekeliling mata. Ada tak semacam tompok putih. Itu di panggil xanthelasma. ( tengok gambar ), tompok kolesterol.
Kenapa takut sangat kolesterol ni?
Kolesterol ni adalah bahan utama penyebab salur darah tersumbat( atherosclerosis ). Macam longkang rumah kita, kalau longkang tu licin dan tidak ada sampah, airnya lancar saja meluncur pergi membawa kotoran. Tetapi apabila ada bahagian longkng yang pecah atau sumbing, maka sampah mudah tersekat. Mulanya lidi kecil saja lekat, lepas tu akan terkumpulnya sampah yang lain, plastik, sisa makanan dan akhirnya kalau tak buang akan tersekat seluruh longkang. Mulalah nyamuk membiak dan jadi penyakit.
Serupa juga dengan kolesterol. Kolesterol tinggi, kencing manis dan darah tinggi adalah sahabat karib, TheTthree Stooges. Kencig manis dan darah tinggi adalah penyebab utama cedera salur darah semacam longkang pecah dan sumbing. Apabila salur darah cedera, kolesterol jahat akan berkumpul di tempat cedera dan membentuk plag. Makin lama dibiarkan makin besar plag dan salur darah makin tersumbat dan akhirnya darah tersekat. Kalau darah tersekat di jantung maka jadi serangan jantung. Kalau darah tersekat di otak jadi strok. Kalau darah tersekat di kaki maka jadi kaki gangrene.
Sebab itulah kita kena jaga paras kolesterol betul-betul
Punca kolesterol tinggi?
1. 1. Makanan- memang makananlah sumber utama kolesterol. Apatahlagi makanan orang Malaysia terutama Melayu dan India. Nasi Kandar, Rendang, Gulai, lauk goreng dan tumis, semuanya mengandungi kolesterol.
Ada satu tempat di Kelantan menjual lemak lembu bakar. MasyaAllah kesian jantung kita weh!!!
2. 2. Keturunan- ini satu punca utama juga, tetapi tak berlaku selalu. Kalau berlaku, susah nak control. Saya pernah jumpa satu keluarga, seluruh ahli dari emak, ayah, anak-anak semuanya kolesterol tinggi. Tengok badan semuanya slim-slim. Dan semua ahli keluarga yang meninggal disebabkan serangan jantung. Kalau keluarga anda ada, anda semua kena sabar.
Saya rasa kalau anda faham apa yang saya tulis dah memadai. Selebihnya terlalu akademik, pening nak terang. Macamana nak cegah kolesterol tinggi ni? Anda kena tunggu dulu, jangan marah haaaa…nanti stress. Tapi percayalah kolesterol tinggi ni boleh dicegah. Wa cakap lu….
thanks doc...nice point ..jemput datang rumah saya ye... Mama Aqil
ReplyDeletetq doc.sangat terang dan jelas, mudah faham.
ReplyDeleteTak pernah lagi cek kolesterol ok ke tak ni..huuu kena cek gak la kan. Mana tau, yg kurus pon tak terkecuali kan..
ReplyDelete