SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Thursday, September 16, 2010

ERTI SIHAT

Add caption
1.    Apa yang anda faham tentang kesihatan? Saya pernah berjumpa kepada seorang mak cik yang datang ke klinik saya, dia ada hipertensi( darah tinggi ). Setelah diambil tekanan darahnya, gerun saya tengok 220/120. Tetapi si mak cik masih mampu tersenyum. Dengan rasa langsung tidak bersalah dan selamba dia jawab: biasalah tu doktor makcik tak rasa sakit apa pun, pening tidak, sakit apa pun tidak. Sebab tu mak cik tak ambik ubat yang doktor bagi.Dah terjawab segala persoalan, dia tak ambik ubat.


     2.  Selepas itu saya terfikir, itulah kefahaman ebahagian daripada orang kita ,  masyarakat kita, dan tak keterlaluan kebanyakan daripada kita, mungkin juga anda, tapi bukan saya J. Sihat maknanya tidak merasai sakit, walaupun tekanan darahnya melambung tinggi seperti  menara KLCC.  Si makcik tadi tak sedar yang dia boleh kena strok bila-bila masa, di mana jua dia berada.


      3. Saya juga pernah berjumpa dengan seorang pak cik yang baru dapat tahu ada kencing manis. Bukan setakat kencing manis bahkan dah mula terdapat komplikasi, buah pinggang mula rosak dan jantung pun dah mula bengkak. Saya tanya pada dia, pak cik tak periksa ka sebelum ni? Dia jawab; “ Pak cik takut nak periksa sebab takut tahu pak cik ada penyakit”. Apa komen anda? Atau pun anda juga seperti pak cik tadi.


      4. Ini pun satu masalah, orang kita takut nak periksa kesihatan sebab takut tahu dia ada penyakit. Biar dia tak tahu, supaya dia rasa dia sihat.


     5.  Jadi apa makna kesihatan? Kalau dirujuk kepada definisi sihat WHO ( World Helth Organisation ) Sihat bermaksud : Health is a state of complete physical, mental and social well-being and not merely the absence of disease or infirmity.  


     6.   Maksudnya badan kita bebas daripada sebarang penyakit samada kita tahu  ataupun tidak, Sebab banyak penyakit kita tidak akan tahu melainkan kita buat pemeriksaan seperti darah tinggi, kencing manis, kanser rahim, kolesterol tinggi. Kalau dah mula rasa sakit maknanya dah diperingkat serius.


      7. Rohani juga mesti dalam keadaan sihat. Apa maknanya? Kita mampu mengawal emosi kita daripada melakukan perkara-perkara di luar norma kemanusiaan. Anda tahu sebab apa manusia sanggup membunuh? Bukan senang kita hendak membunuh orang, Perlu ada satu daya tolak yang cukup kuat. Hanya orang yang ada penyakit rohani yang sanggup melakukannya, sudah rosak nilai kemanusiaannya.


    8. Kita juga perlu sihat mental. Mampu berfikir secara waras dan mampu menangani tekanan perasaan yang berlaku. Sihat mental telah menjadi cabaran baru kepada dunia. Mania dan depressi telah menunjukkan peningkatan kes yang amat ketara apatahlagi di dalam dunia serba moden yang penuh dengan tekanan dan mengejar masa. Kadang-kadang terlupa kita adalah manusia yang perlu kepada ketenangan fikiran. Kita perlu bijak mengangani stress. 

No comments:

Post a Comment