SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Tuesday, September 21, 2010

FOKUS SEMASA: PROGRAM VAKSIN KANSER SERVIK, PERLU KE?

  Kanser Servik adalah pembunuh nombor dua wanita selepas kanser payudara. Kanser ini hanya menyerang kaum Hawa sebab wanita sahaja yang ada servik..:)

Kenapa kanser servik terjadi?  Ini ada kaitan dengan virus Human Papillo Virus( HPV). Anda kenal sapa virus ini? Jom saya cerita serba sedikit siapa itu irus HPV?

HPV ni ada banyak jenis atau istilahnya TYPE, contoh HPV type 16,18 dan banyak lagi. Terdapat lebih 200 type HPV ni, tetapi dalam banyak-banyak type ini yang paling ditakuti ialah HPV type 16 dan 18 sebab kedua-dua type ini yang boleh menyebabkan kanser servik. Adapun type yang lain tidak merbahaya, ada yang boleh menyebabkan ketuat( wart ). Mungkin ada di antara anda yang ada ketuat kan? Cuma tak cantik je lah,tapi tak bahaya.

Agak-agak bagaimana virus HPV ni boleh sampai kat servik? Cuba anda fikirkan. Ya jawapannya melalui hubungan seks. So dalam erti kata lain orang yang sudah melakukan seks adalah golongan yang berisiko. Itu pun seks rambang. Golongan yang belum pernah melakukan seks tidak boleh dijangkiti oleh virus ini.
Sekarang ni kerajaan sedang melaksanakan program vaksin untuk Kanser Servik di sekolah kepada pelajar tingkatan 3, asasnya bagi mencegah jangkitan virus HPV ini. Terdapat banyak respon Pro dan Kontra daripada masyarakat.Ada yang setuju dan ada yang tidak? Anda bagimana?

Ini adalah hasil perbincangan saya dengan Pakar Sakit Puan Hospital Kulim, Dr Kamal. Secara amnya vaksin ini bagus dan baik untuk diambil. Cuma perlu diperinci golongan mana yang betu-betul perlu.

1.      1. Golongan yang “naughty” ( adik beradik Jin Notti )

Kalau anda bukanlah jenis golongan “naughty”, terlibat dalam seks rambang,  anda tak ambik pun tak mengapa kerana anda tidak berisiko. Cuma anda perlu melakukan ujian PAP smear secara berdisiplin.

2.       2. Golongan yang tidak berdisiplin buat PAP Smear

Saya rasa ramai saja yang termasuk golongan ni, betul tak? Bagus mengaku, angguk-angguk kepala. Dah berapa kali anda lakukan PAP smear? Ni cadangan daripada Dr Kamal. Kalau anda dah berkahwin dinasihati buat ujian PAP smear 3 tahun berturut-turut. Kalau negative, buat 3 tahun sekali sampailah umur 65.Tetapi walaupun and telah divaksinkan, masih perlu lakukan ujian PAP smear.

Ada kesan sampingan ke?
Itulah yang menjadi pertikaian sesetengah pihak, sebab ada kes kematian disebabkan oleh vaksin ini di US. Tetapi berdasarkan pengalaman Dr Kamal, so far semua wanita yang ambil tidak ada kesan sampingan. Kira itu kes terpencil.

Cara nak ambil vaksin sebanyak  3 dos.
      Dos pertama
      Dos kedua : selepas sebulan
       Dos ketiga : selepas 6 bulan

Jadi anda fikirkanlah sendiri, perlu ke tak anda ambil vaksin ini.  Kalau tanya saya ada peluang lebih baik ambil sebab MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. CEGAH SEBELUM PARAH  

No comments:

Post a Comment