Salam sihat semua....
Baik sekarang, seperti yang saya janjikan dalam posting Top 10 Penyakit Pintu Pertama : Makan, saya akan bincangkan semua 10 penyakit utama makan. Saya mulakan dengan ibu segala penyakit. Penyakit ini dianugerahkan gelaran Mother of All Diseases. Kenapa? Kerana kencing manis akan membawa kepada malapetaka yang lain;strok,serangan jantung, kegagalan buah pinggang dan banyak lagi.
Apa itu kencing manis?
Ramai yang kata, kencing manis ni, air kencing rasa manis ke? Ramai yang sebut, sana sini iklan suruh kurang gula sebab takut kencing manis. Yang lebih parah pesakit kencing manis sendiri pun tak tahu apa itu kencing manis.
Baik saya nak terang begini saja,, gula banyak daripada biasa dalam darah. Pelikkan, walaupun namanya kencing manis, tetapi sebenarnya gula tu dalam darah .
Bagaimana kencing manis terjadi?
Kencing manis ni berlaku serupa macam kita isi kereta dengan petrol kat stesen. Biasanya bila kita isi minyak, pam minyak tu akan berjalan sampailah tangki kereta penuh dia automatik berhenti. Apa akan jadi kalau pam minyak tu tak berhenti? Anda jawab. Minyak akan memancut melimpah keluar. Saya pernah alami pengalaman tersebut. Habis busuk petrol kereta dan berminyak kereta.
Macam tulah juga kencing manis, ia terjadi sebab ada kerosakan pada sistem automatik berhenti gula. Gula yang kita ambil datangnya daripada makanan kita. Selepas makan, gula akan diserap dalam darah dan paras gula meningkat. Tapi paras gula akan berhenti bila dah penuh. Sistem automatik berhenti gula tu dipanggil INSULIN. Kalau Insulin ni ada problem, maka paras gula akan sentasa tinggi.
Satu lagi konsep yang anda perlu tahu, insulin ini dihasilkan oleh sel-sel pancreas. Sel-sel pancreas ini hanya ada stok terhad.Seperti wang simpanan kita, makin lama kita gunakan, makin habis. Apabila habis digunakan maka tidak ada lagi insulin. Sebab itu jika gula dalam darah sentiasa tinggi, banyak insulin yang dihasilkan, sampilah satu ketika, semua stok telah digunakan berakhir dengan kencing manis.
Jenis Kencing manis
Ada 2 jenis. Bergantung pada masalah Insulin. Masalah insulin ini serupa pagar rumah. Pagar rumah kita bina untuk melindungi rumah daripada pencuri, lembu, kambing dan benda-benda yang boleh merosakkan rumah. Apa jadi kalau pagar tak ada? Nescaya rumah dalam bahaya. Memudahkan kerja pencuri, lembu kambing masuk rumah dengan mudah, maka rosak rumah kita.
Sama juga kalau pagar rumah ada, tapi reput, tidak kukuh atau rosak. Sama saja, rumah akan rosak jugak. Walaupun berpagar tetapi tidak berguna.
Begitu juga dengan kencing manis.
1. Jenis 1 ( Insulin dependant ) – jenis ni disebabkan oleh tiada insulin dalam badan. Badan tak menghasilkan insulin. Pnyakit jenis ni kena cucuk insulin seumur hidup.
2. Jenis 2 ( Non Insulin Dependant )- jenis ni , insulin ada, tapi tak berfungsi dengan baik seperti ada pagar tapi tak kukuh . Jenis inilah yang banyak berlaku
Apa punca kencing manis?
Saya fokuskan kepada jenis 2 kerana inilah faktor terbesar
- 1. Keturunan- kalau ayah atau ibu mengidap kencing manis, maka anak juga berisiko untuk dapat
- 2. Makanan- inilah faktor terbesar terjadinya kencing manis. Walaupun keturunan ada kencing manis , tetapi kalau kawal makan, kencing manis boleh dielak. Apabila kita makan manis, badan akan terus guna stok insulin yang ada. Semakin manis kita makan semakin banyak insulin yang digunakan, semakin cepat kencing manis terjadi. Ada kanak-kanak yang mengidap kencing manis kerana terlalu minum air berkarbonat.
- 3. Obesiti- orang gemuk, insulin dihasilkan tetapi tidak boleh berfungsi dengan baik
- 4. Kurang bersenam- gula dalam darah akan digunakan apabila kita bekerja. Kalau tak bekerja, relaks saja, maka gula akan bertakung dalam badan.
- 5. Tidak cukup berat semasa kelahiran- stok insulin pun sedikit, tidak dapat menampung seumur hidup
Kenapa takut sangat kencing manis ni?
Kalau tanya orang ramai, takut tak kencing manis, semua akan kata TAKUUUTTTT!!!!. Kenapa? Takut kena potong kaki. Itulah yang banyak orang cakap.
Memang betul pun, kencing manis boleh jadi potong kaki. Ya kita amat takut kencing manis kerana komplikasinya. Strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang, buta, kaki gangren, mati pucuk, kebas kaki. Ini semua adalah disebabkan oleh kencing manis yang tidak terkawal.
Dengar baik-baik apa yang saya nak katakan ini. Barangsiapa yang mengidap kencing manis, nescaya dia pasti 100% akan mendapat komplikasi. Kalau anda ada kencing manis, anda pasti akan kena salah satu atau lebih komplikasi yang saya sebutkan tadi. Tak percaya? Cuba ada kencing manis tengok.
Komplikasi tidak dapat dielak, hanya boleh dilambatkan prosesnya. Kalau ajal awal sebelum kena komplikasi mujur. Tidak ada cara paling baik melainkan CEGAH SEBELUM PARAH. Cegah kencing manis sebelum terjadi lagi…Bagaimana? Tunggu ye
Cukup sekadar ini dulu kita berkenalan dengan penyakit. Bagaimana nak mencegahnya, nanti saya akan tulis selepas kita berkenalan dengan TOP 10 penyakit pintu pertama:MAKAN
No comments:
Post a Comment