SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Friday, September 24, 2010

CERPEN 2: MENGHADAPI MAUT

Aku memandang jam di dinding wad, menunjukkan sudah 4.30 petang. Maknanya  setengah jam lagi aku akan mulakan “ On call “. Semua rakan-rakanku mesti gembira sebab boleh pulang ke rumah. Tapi aku, Ya!!! terpaksa terus berjuang merawat pesakit-pesakit sampai esok pagi. Kadang-kadang rasa malas datang meliputi tubuh. Apatahlagi melihat admission pesakit bertali arus . Makan entah ke mana, mandi entah kemana. Seluruh diri diperhambakan kepada urusan wad dan pesakit.

Namun cepat-cepat aku mengherdik diriku, Hey Nazil!!! Tahukah engkau, setiap pesakit yang datang membawa harapan setinggi Everest, sedalam jurang lautan, seluas lautan tiada tebing harapan memohon pertolongan dan perhatian doktor untuk meringankan derita penyakit mereka. Tahukah kamu betapa besarnya pahala yang diganjarkan kepada kamu jika kamu ikhlas menolong mereka?

Ohhh Allah, berikan ku kekuatan untuk terus berkhidmat kepada pesakit-pesakitku. Aku adalah hambaMu yang lemah dan kerdil. Letih , penat dalam menunaikan tanggungjawa ini. Itulah cara aku memujuk hati ini. Kalau tak dek kerana iman, aku rasa mahu aku marah pesakit hari-hari. Penat oooooooooo…tapi muliakan kerja doktor ni..tersenyum aku sendiri.

Tiba-tiba aku tersentak, handphoneku berdering.” Hello” kataku. “ Doktor cepat datang wad, ada patient collapse” terdengar suara staff nurse kecemasan. Lantas aku pun terus melangkah pantas ke wad . Sampai sahaja di cubicle satu, aku terlihat beberapa orang staff nurse dan attendan sedang kerumuni pesakit disamping  emergency troli sudah siap sedia menanti kedatanganku.

“Pesakit ni sakit apa?” tanyaku kepada staff nurse in charge. “Unstable angina with sepsis. Dah complete  Clexane” Katanya padaku. Ku pandang cardiac monitor, brady, getus hatiku. “Bagi Atropine” arahku. Sebelum sempat staff nurse memberi ubat yang aku suruh, pesakit  menjadi asystole( jantung berhenti berdegup ). “ Intubate dan CPR!!!” jeritku separa suara. Lalu aku meluru ke hujung kepala pesakit, mendongakkan kepalanya. Lantas terus mencapai ETT tiub dan terus memasukkan ke dalam salur pernafasan pesakit.  Salah seorang staff nurse terus naik ke katil dan terus lakukan tekan dada. Aku lantas pergi mendapatkan ahli keluarga. Aku memanggil waris pesakit.

Tak berapa lama, datang seorang perempuan, masih muda, mungkin awal 30 an tekaku, memakai baju ketat persis baju adik dia warna merah belang-belang menampakkan seluruh geometri, lekuk   dan garisan tubuhnya. Jelas !!!. Berseluar jean ketat bewarna  biru( kesian jin tak pakai seluar ), bertumit tinggi datang meluru kepada ku. Tergambar wajah cemas menanti penuh tanda tanya apa yang bakal muncul daripada mulutku.  

“ Cik ni siapa dengan pesakit?” tanyaku. “Saya anak dia, bagaimana keadaan ayah saya doc?” balasnya. Lalu dengan penuh tanggungjawab aku menerangkan bahawa keadaan ayahnya kritikal dan kita terpaksa beri bantuan CPR kerana jantungnya berhenti.

Sepantas kilat dia meluru ke katil bapanya, sambil bercucuran airmata kesedihan meratapi bapanya sambil berkata, “ Come on abah, come on!!! You can do it. Berkali-kali dia memberi  semangat kepada ayahnya.
Aku menggeleng-geleng kepala tanda tidak setuju. “Kesian pesakit, mempunyai anak sebegini” getus hatiku. Sepatutnya hadiah yang terbesar semasa nazak ialah ucapan Syahadah di telinga. Pesakit sedang berhadapan dengan sakaratulmaut. Ini tidak,  memberi semangat  persis bertarung di gelanggang gusti.
Lantas aku terus mendapatkan pesakit, melakukan CPR, memberi semua inotrope dan memberi  bantuan pernafasan.  Sempat aku mengajar syahadah ditelinga si sakit. Tetapi Allah Maha Berkuasa, Dia telah menetapkan ajal pesakit, tiada siapa yang dapat melambatkan dan mempercepatkan walaupun sesaat. Maka pergilah dia.

Selepas semuanya berakhir, aku masih berfikir mengenai sikap anak pesakit tadi. “Kenapalah jadi begitu” tanya diriku. Kesian si mati. Di mana silapnya? Pendidikan yang diberi atau pengaruh persekitaran. Entahlah, apa pun aku berdoa agar semasa saat kematian ku nanti, yang aku inginkan ialah anak-anak ku dan isteriku berada disamping dan mengajar aku bersyahadah,membaca ayat suci agar mudahkan terpisah roh daripada jasad. Dapat menghadapi sakaratulmaut dengan tenang dan ditempatkan bersama orang yang soleh. Itulah impian dan harapanku………
……………………………………………………………………………………………………………

Collapse=keadaan pesakit menjadi kritikal           
Emergency trolley= troli yang menempatkan alatan bantuan kecemasan
Unstable angina=serangan jantung
Sepsis = jangkitan kuman dalam badan
Brady/bardycardia=denyutan nadi perlahan
Clexane=nama ubat yang digunakan untuk penyakit jantung
Intubate=perlakuan memasukkan tiub ke salur pernafasan pesakit
CPR= proses member bantuan kecemasan,tekan dada dan bantuan pernafasan
ETT tiub= nama kepada tiub abntuan pernafasan


No comments:

Post a Comment