SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Saturday, September 25, 2010

SOALAN PEMBACA: APA ITU URI BAWAH( PLACENTA PREVIA )

Terima kasih kepada pembaca sahabat sihat yang bertanya...

Ada satu soalan yang diajukan kepada saya baru-baru ni mengenai uri bawah atau nama perubatannya placenta previa. Ia merupakan salah satu sebab yang paling ditakuti semsa mengandung terutama di akhir kandungan.

Apa itu uri bawah?

Uri bawah merujuk kepada uri di dalam kandungan yang melekat pada dinding rahim dan menutupi pintu servik( pintu keluar bayi). Faham tak? Maknanya uri tu menghalang pintu keluar bayi. Bayi tak boleh keluar sebab uri tu halang.

Uri ini terdiri daripada salur darah. Fungsi utama uri ialah membekalkan bayi dalam kandungan dengan semua unsur yang diperlukan baby melalui darah.

Jenis-jenis  uri bawah?

Ada 4 jenis, bergantung kepada lokasi uri

Jenis 1 : Low lying-   uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu
                                       servik( OS )
Jenis 2: Marginal-      uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pinu servik
Jenis 3: Partial –        uri menutupi sebahagian pintu servik
Jenis 4: Complete-   uri menutupi keseluruhan pintu servik





Siapa yang berisiko?

  • .       Sejarah kelahran secara Caeserian( pembedahan) sebelum ini
  • .       Wanita yang melahirkan anak secara kerap dan bilangan yang banyak
  • .       Wanita muda di bawah umur 20
  • .       Kandungan kembar
  • .       Wanita yang menggunakan dadah-cocaine


Apakah risiko uri bawah?

·         Risikonya amat besar, bergantung kepada jenis uri bawah. Kalau uri ini berdarah, susah nak berhenti, bak air paip. Ubatnya hanyalah pembedahan buang uri dan terus kelahiran.

·         Praktis di hospital, jika uri bawah pada awal kandungan, doktor akan pantau sahaja. Kebanyakkannya uri akan naik ke atas

·         Tetapi jika uri masih di bawah pada akhir kandungan, maka pesakit akan berkampung di wad hospital sampai bersalin

·         Cara bersalin ialah pembedahan
-------------------------------------------------

Sebarang komen dan pandangan sila tulis di bawah@emelkan.......

1 comment:

  1. aduhai...seram gak ek..Noris nie hiper aktif sungguh masa awal mengandung..ingatkan takde pape..nie pun dah takut nak aktif sesangat.mungkin faktor geografi kawasan ni yang berbukit dan tinggi so banyak kena turun naik tangga...

    emm..sekarang dah kurang sikit sakit kat ari2..lau tak memang sakit sangat...anyway tq sesangat untuk penjelasan yang amat jelas..

    ReplyDelete