SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Wednesday, September 15, 2010

GERBANG KATA

Sidang pembaca budiman,

     Kenapa artikel ini ditulis? Ya selepas saya melihat betapa ramainya pesakit yang sakit. Saya menyaksikan saban kematian yang telah meragut kebahagiaan anak-anak kecil,  yang telah menjandakan ramai wanita-wanita yang masih mengharapakan kasih sayang suami, yang telah mengosongkan jiwa lelaki-lelaki pasrah. Berapa banyak hujan airmata yang tertumpah, bukan sedikit mengiringi pemergian insan tercinta yang pergi takkan kembali lagi.
    
      Berapa ramai pesakit yang hampir gila dan telah pun gila kerana tidak dapat menerima hakikat kematian insan tersayang. Serangan jantung, strok ( angin ahmar ), sepsis, kegagalan buah pinggang, COAD merupakan senarai sebab kematian. Mungkin anda dikalangan pembaca pernah mengharungi pengalaman dan detik yang memedihkan ini.

     Persoalannya, tidak ada jalan atau ikhtiarkah untuk menghentikan dan mencegah semua ini? Memang takdir mati, jodoh maut di tangan Tuhan, tetapi Tuhan tidak zalim, seperti yang difirmankan; ” Tidak berubah nasib satu kaum itu melainkan mereka mengubah dengan tangan mereka sendiri”. Sebenarnya kita yang memilih jalan yang kita lalui, apa yang berlaku adalah hasil polihan kita, usaha kita.

     Secara mudah, dengan sedikit ilmu yang Tuhan kurniakan kepada saya, boleh saya katakan lebih daripada 80% penyakit manusia mampu dicegah. Maknanya kita tidak perlu merasai derita penyakit jika kita tahu cara bagaimana untuk mencegahnya. Saya mahu bertanya kepada ada semua, jika diberi pilihan untuk sakit atau sihat, yang mana anda pilih? Kanak-kanak tadika pun tahu memilih, SIHAT!!!!

     Justeru blog ini ku tulis berdasarkan pengalaman, pengamatan dan berlatarbelanag jurusan perubatan yang saya tuntut dan praktiskan. Dengan hasrat ingin berkongsi sedikit ilmu dan memeberi panduan kepada seluruh masyarakat, kalau mampu semua manusia kerana persoalan kesihatan menjangkaui batasan geografi, warna kulit, bangsa dan status miskin atau kaya. Bagaimana kita mampu mencegah penyakit, menikmati hidup sepuas-puasnya dan menjadi warga dunia dan masyarakat yag bermanfaatkepada orang lain.
     Semoga blog ini dapat memberi sedikit panduan untuk kita lebih cakna@ ambil berat persoalan kesihatan tubuh badan kita. Besar harapan saya agar kita semua akan melakukan perubahan sebelum dan selepas membaca buku ini.

 Sekian,

SIHAT SEPANJANG HAYAT

DR NAZIL NUHAIRI B ISMAIL      

No comments:

Post a Comment