SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................
Showing posts with label TIPS SIHAT. Show all posts
Showing posts with label TIPS SIHAT. Show all posts

Tuesday, October 26, 2010

TUJUH PERKARA “JANGAN” UNTUK CEGAH PENYAKIT MAKAN

1.       Jangan biarkan perut anda terlalu kenyang

Secara mudahnya, makanan yang dimakan selepas rasa kenyang menjadi racun dan tidak bermanfaat kepada badan kita. Makanan yang dimakan sebelum kenyang itulah menjadi ubat dan penawar.
Cubalah disiplinkan diri selama seminggu tidak biarkan perut terlalu kenyang, anda akan rasa perubahan yang hebat kepada diri anda. Cubalah kalau tak percaya

2.       Jangan jalan berlenggang-lenggang

Satu masalah dengan orang kita, bila berjalan suka berlenggang. Ambil kesempatan semasa anda berjalan, jalan cepat kerana berjalan boleh menjadi terapi badan. Banyak lemak akan dibakar semasa jalan cepat. Tetapi hati-hati takut terlanggar orang pulak.

3.       Jangan makan daging merah melebihi ikan

Dalam seminggu, pastikan anda makan ikan lebih banyak daripada daging. Empat hari ikan tiga hari ayam paling kurang. Kerana ikan lebih sihat kerana kurang lemak dan tinggi protein.

4.       Jangan tinggalkan sayur dan buah-buahan

Ini satu kemestian untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda tak suka makan, kena cari jalan dan ikhtiar untuk makan. Makanlah apa saja asalkan makan. Tapi makan sayuran dan buahan terus lebih baik daripada dibuat jus kerana jus akan mengurangkan serat.

5.       Jangan terlalu stress

Hidup ini adalah stress. Tak mungkin hidup ini bebas stress. Tanpa stress manusia beku. Yang jadi masalah ialah terlalu stress. Anda perlu bijak tangani stress. Bagaimana? Terpulang. Bercuti, berzikir, menjerit dan apa saja cara. Asalkan dapat meredakan stres.

6.       Jangan minum air sebarangan

Air adalah nadi kehidupan. Manusia tak mungkin hidup tanpa air. Pastikan air yang diminum adalah selamat dan bermanfaat. Elak air berkabonat dan  air tidak dimasak. Kalau boleh pastikan air Reverse Osmosis kerana itu sahaja air yang paling selamat.  

7.       Jangan tinggal sarapan

Sarapan ialah sumber tenaga mulakan tugasan harian kita. Jangan sesekali tinggalkan sarapan. Badan perlukan tenaga untuk bekerja. Berilah badan anda makanan yang terbaik. Sebaiknya ambik karbohidrat komplek sebab boleh bekal tenaga berpanjangan. Juga boleh ambik madu sebab boleh beri tenaga segera untuk mulakan hari anda

Saturday, October 16, 2010

TIPS JAGA KAKI PESAKIT KENCING MANIS: Doktor Ikan

Salah satu komplikasi pesakit kencing manis ialah kaki gangrene( kaki buruk ). Sebab itu semua pesakit diabetes, dinasihatkan sangat-sangat supaya menjaga kaki bagaikan menjaga muka.

Kaki amat mudah luka sebab peskit kadang-kadang hilang deria rasa kaki menyebabkan mereka tidak mengetahui kaki tercedera. Kalau dah luka, susah nak sembuh. Justeru panjagaan kaki bagi pesakit kencing manis amat penting.

Baru-baru ni saya pergi ke Lake Town Bukit Merah. Di sana saya jumpa satu spa yang menawarkan khidmat cuci kaki. Yang menariknya mereka gunakan ikan untuk cuci kaki.

Ikan tu namanya Chin Chin Yu,diimport dari China. Cuma hulurkan kaki dalam kolam tu dan ikan-ikan Chin Chin Yu akan mulakan tugas membuang kulit-kulit mati dan kotoran kaki. Tak sakit tapi geli. Eeeiiii…eeiii. Tapi lama kelamaam enjoy pengurut ikan.

Saya berpendapat semua pesakit diabetes patut dapatkan khidmat ikan ni untuk jaga kaki. sebab  fun dan berkesan.




Kalau anda atau keluarga anda pesakit kencing manis, pergilah dapatkan rawatan kaki yang ringkas, berkesan dan enjoy…




Jumpa lagi………   




Ikan Chin Chin Yu sedang kerumun kat kaki. Geliiiiiii.......


Cepat-cepat kerja, buang semua kotoran celah-celah kaki tu
Habis bulu kaki pun nak gigit. Rajin
Dah bersih dah, sebab dah penat kerja

Tuesday, September 21, 2010

TIPS SIHAT: CEGAH DEMAM SELSEMA MEREBAK

Pernah anda kena demam selsema? Tak pernah? Anda bukan manusia. Inilah punca paling ramai orang pergi ke klinik. Dikalangan doctor kita panggil Upper Respiratory Tract Infection( URTI ). Nama je gempak, takde apa yang hebat pun,  cuma jangkitan kat bahagian kerongkong. Bila dijangkiti, sel tekak akan hasilkan cecair lendir , itu yang jadi batuk kahak, selsema. Demam pulak disebabkan oleh Badan sedang lawan kuman tu. Yang teruknya, sakit ni tangkap sendi. Itu yang tak larat nak jalan tu. So ambik MC…J . Betul?

v  Bagaimana boleh berpindah kepada orang lain?

  Apabila pesakit menyedut cecair bersin atau batuk daripada pesakit yang dijangkiti. Terus masuk dalam hidung dan kerongkong.

   Ataupun kontak tangan pesakit yg dijangkiti kepada pesakit lain. Maknanya pesakit mungkin menutup hidung dan mulut semasa bersin, maka kuman tu melekat kat tanga, selepas tu pergi pulak sentuh orang lain.


v   Bagaimana nak elak/cegah merebak?
Baru-baru ini, saya pun kena demam selsema. Teruk gak le. Saya ni, Cuma nak bagitau bukan nak bangga, tapi kembang hidung sikit je..:) jarang kena demam. Setahun sekali dua saje kena. Maknanya imun badan kental jugak la. Kalau kena jangkit ni, kira kuman tu kuatla. Selalunya kalau saya kena maka seluruh keluarga akan kena jugak sebelum ini. Saya berazam cuba nak elak dari merebak kepada orang lain. Alhamdulillah menjadi. Hatta anak saya nak berumur sebulan pun tak kena. Saya kongsi di sini dengan anda.
 
·         Jauhi orang ramai semasa bersin dan batuk

  Kalau kita nak bersin, lari jauh-jauh dari orang. Paling kurang sedepa. Sebab semasa bersin dan batuklah kuman tu tersebar dan berpindah kepada orang lain. Kuman ni hanya boleh hidup dalam badan manusia, ia akan mati kalau diluar badan manusia.

·         Tutup hidung dan mulut semasa batuk

Ini satu cara yang berkesan. Tutup hidung dan mulut semasa bersin dan mulut supaya kuman tu tak tersebar jauh. Tapi tutup rapat-rapat tangan tu, jangan pula renggang jari.

·         Memakai topeng muka

Kalau anda mampu, pakailah topeng( mask ). Juga agak berkesan. Tapi lemaslah, saya dah cuba.

·         Sentiasa membasuh tangan setiap kali selesai membersihkan hidung selepas bersin dan batuk

 Ini perkara yang paling penting. Basuh tangan selalu. Tangan adalah agen pemindahan kuman yang paling efektif. Inilah punca utama kenapa demam selsema merebak dengan cepat. Selepas besin dan batuk, kita pegang pulak anak-anak. Mana mereka tak dijangkiti.

·         Basuh tangan dengan disinfection solution

 Ini satu cara yang mungkin jarang kita gunakan. Kalau di hospital, setiap kali doktor periksa seorang pesakit, kena basuh dengan cecair hapus kuman. Saya amat syorkan anda gunakan di rumah juga. Senang, tak payah pergi bilik air. Penat oooo nak pergi bilik basuh tangan. So simpanlah satu dalam poket anda, kereta dan tandas. Guna je apa jenama pun, Dettol, Protex, Lifebouy. Tetapi saya gunakan Dettol sebab saya selesa dan yakin.

Semoga ada manfaatnya kepada kita bersama. War-warkanlah kepada sahabat-sahabat yang lain ye....