1. Jangan biarkan perut anda terlalu kenyang
Secara mudahnya, makanan yang dimakan selepas rasa kenyang menjadi racun dan tidak bermanfaat kepada badan kita. Makanan yang dimakan sebelum kenyang itulah menjadi ubat dan penawar.
Cubalah disiplinkan diri selama seminggu tidak biarkan perut terlalu kenyang, anda akan rasa perubahan yang hebat kepada diri anda. Cubalah kalau tak percaya
2. Jangan jalan berlenggang-lenggang
Satu masalah dengan orang kita, bila berjalan suka berlenggang. Ambil kesempatan semasa anda berjalan, jalan cepat kerana berjalan boleh menjadi terapi badan. Banyak lemak akan dibakar semasa jalan cepat. Tetapi hati-hati takut terlanggar orang pulak.
3. Jangan makan daging merah melebihi ikan
Dalam seminggu, pastikan anda makan ikan lebih banyak daripada daging. Empat hari ikan tiga hari ayam paling kurang. Kerana ikan lebih sihat kerana kurang lemak dan tinggi protein.
4. Jangan tinggalkan sayur dan buah-buahan
Ini satu kemestian untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda tak suka makan, kena cari jalan dan ikhtiar untuk makan. Makanlah apa saja asalkan makan. Tapi makan sayuran dan buahan terus lebih baik daripada dibuat jus kerana jus akan mengurangkan serat.
5. Jangan terlalu stress
Hidup ini adalah stress. Tak mungkin hidup ini bebas stress. Tanpa stress manusia beku. Yang jadi masalah ialah terlalu stress. Anda perlu bijak tangani stress. Bagaimana? Terpulang. Bercuti, berzikir, menjerit dan apa saja cara. Asalkan dapat meredakan stres.
6. Jangan minum air sebarangan
Air adalah nadi kehidupan. Manusia tak mungkin hidup tanpa air. Pastikan air yang diminum adalah selamat dan bermanfaat. Elak air berkabonat dan air tidak dimasak. Kalau boleh pastikan air Reverse Osmosis kerana itu sahaja air yang paling selamat.
7. Jangan tinggal sarapan
Sarapan ialah sumber tenaga mulakan tugasan harian kita. Jangan sesekali tinggalkan sarapan. Badan perlukan tenaga untuk bekerja. Berilah badan anda makanan yang terbaik. Sebaiknya ambik karbohidrat komplek sebab boleh bekal tenaga berpanjangan. Juga boleh ambik madu sebab boleh beri tenaga segera untuk mulakan hari anda
Titanium Artisan - Titanium Artists
ReplyDeleteTitanium Artisan. tecate titanium TITHDADES ARE BIG SPOTION. TITHDADES ARE BIG SPOTION. TITHDADES 2020 ford ecosport titanium ARE BIG SPOTION. TITHDADES ARE BIG babyliss nano titanium flat iron SPOTION. TITHDADES ARE BIG SPOTION. titanium carabiners TITHDADES microtouch titanium ARE BIG SPOTION.