Salam semua...agak lama tak menulis, bukan apa sibuk dengan dunia..:) Apa pun harapan anda semua sihat sejahtera. Kali ni kita beralih bicara mengenai pintu penyakit ke-2: Kuman (Ingat lagi pintu-pintu penyakit?Kalau tak baca posting terdahulu)
Kuman ialah punca kedua yang utama terjadinya penyakit manusia. Denggi, malaria, selsema,kudis, panau,HIV, paru-paru berair adalah contoh biasa yang kita semua biasa dengar.
Biasanya kuman ini berada diluar badan manusia. Ada juga yang tinggal di dalam badan manusia tetapi tidak merbahaya bahkan melindungi badan.
Masalahnya kuman ni, sebab kita tak nampak dengan mata kasar. Kta pun tak tahu dimana kuman berada. Kita berperang dengan musuh yang tak Nampak,invisible enemy tetapi mereka wujud dan mengancam nyawa manusia.
Di sini saya senaraikan beberapa langkah mudah untuk mencegah kuman daripada menyerang badan manusia.
1) Halang kenderan/ perjalanan kuman
Perangai kuman ni dia perlukan transportation untuk sampai ke badan manusia. Tanpa transportation dia tak boleh sampai. Jadi strategi untuk cegah kuman dari sampai kepada kita ialah musnahkan atau haling transportation kuman.
Apa transport kuman?
Tangan manusia- tangan manusia ialah agen transport kuman yang paling utama. Kita pegang dan kita makan guna tangan. Kuman daripada sekeliling yang dipegang oleh kita terus sampai ke badan apabila kita makan,minum, bersentuhan. Jadi beri perhatian kepada tangan anda. Bagaimana nak buat? Kena potong tangan kah? Tunggu!!! Saya akan perincikan di dalam posting akan datang.Bersin/batuk- apabila kita bersin atau batuk, sebenarnya kita membebaskan titisan air kecil yang tidak nampak. Titisan air ini adalah gen transport kepada kuman. Sebab apabila seseorang terkena selsema, hampir semua yang lain mudah terkena juga. Cuba anda semua bersin atau batuk kat tapak tangan anda, pasti anda akan berasa ada cecair kan? Hati-hati dengan bersin atau batuk anda. Selsema, TB, H1N1 adalah contoh penyakit berjangkit melalui cara ini.
Cecair badan-ini juga agen ransport yang baik untuk kuman. Air mani, darah, cecair vagina juga boleh menjadi transport kepada kuman Tapi kes ni berat dan susah nak merebak melainkan kita bersungguh-sungguh berusaha. Biasanya semasa seks, pemindahan darah baru boleh merebak. Tak boleh buat kerja sorang-sorang. AIDS, Shyfilis,Gonorhea, Hepatitis dalah contoh penyakit berjangkit melalui cecair badan.
Air minuman- semua orang kena minum. Mana boleh tak minu matilah kita. Tetapi hati-hati dengan air minuman anda, pastikan tidak aa kuman. Taun, kolera berjangkit melaui air.
Direct kontek- ada sesetengah kuman ni boleh terus sampai ke badan apabila bersentuhan. Cacing umpamanya, boleh terus masuk ke badan melui kulit.
Binatang/serangga- ini juga satu transport yang baik untuk kuman. Nyamuk, tikus, lipas,unggas, khinzir boleh membawa kuman. Kuman ini tumpang hidup bersama mereka dan binatang ini kontek dengan manusia, kuman pun tumpang sekali jangkit. Denggi sudah jadi ancaman negara disebabkan nyamuk., Letospirosis juga menggemparkan Negara disebabkan kencing tikus. SARS dibawa olehunggas, habis ayam,itik kena bunuh. JE dibaa oleh khinzir.
Bagaimana cara nak halang kuman-kuman ini, guna ubat apa, saya akan bincangkan nanti ye. Sabarrrrrr…….
2)
.Kuatkan imun badan
.Kuatkan imun badan
Badan manusia terdapat satu system yang dipanggil immune system. Ini ialah pertahanan badan semulajadi. Sistem ni kerja utamanya mempertahankan badan daripada serangan kuman. Kalau immune badan kuat maka bdan selamat. Tetapi kalau immune badan lemah, maka badan akan ditawan oleh kuman dan jauh sakit. So sekiranya immune badan kita kebal, banyak penyakit kuman boleh dihalang. Tetapi jika immune badan dah lemah, maka badan akan terancam.
Seperti polis dan penyamun. Kalau polis kuat, penyamun takut. Tapi kalau polis rasuah, lemah maka penyamun akan bermaharajalela.
Apa langkah dan cara nak kuat immune badan ni, cukup ke makan tongkat ali jadi kuat? Saya akan perincikan nanti.
No comments:
Post a Comment