SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Saturday, October 9, 2010

STRATEGI 1 : CEGAH PINTU PENYAKIT PERTAMA : MAKAN- BINA MINDA SIHAT TULEN

Salam semua….sudah sampai masanya saya berkongsi dengan semua strategi bagaimana nak cegah pintu penyakit pertama: Makan. Saya harap anda semua dah baca semua penyakit- penyakit TOP 10 yang berpunca daripada Makan. ( Baca posting terdahulu )

Kalaulah kita dapat kawal pintu penyakit ini hampir 50 % penyakit kronik boleh dicegah. Anda tak perlu menderita menghadapi kesakitan penyakit. Hidup anda lebih bahagia. Minda anda lebih tenang.


1.       Minda sihat tulen siap siaga

        Ini adalah langkah paling utama sebelum anda mula atur strategi lawan penyakit. Semuanya bermula dari minda anda. Anda mesti betul-betul fokus dan bulat tekad nak sihat.

Bukan sekadar mulut cakap nak sihat, bukan setakat lidah sebut nak sihat. Tetapi perasaan meluap-luap betul-betul anda nak sihat. Health Concious mesti lahir dari hati yang ikhlas dan  jitu.

Daripada pemerhatian saya, kita akan betul-betul jaga kesihatan bila kita rasa sakit. Betul tak? Mungkin anda juga sama. Ada seorang pesakit datang  kepada saya mengadu sakit dada selama 2 tahun. Saya tanya kembali pernah jumpa doktor sebelum ni. Dia kata tak pernah. Hairan bin ajaib, kenapa baru sekarang dia nak datang jumpa doktor sedangkan 2 tahun dia tak pernah kisah pun . Nak tahu sebab apa dia datang? Sebab baru-baru ni ada kawan baik dia meninggal sebab sakit jantung. Itu sebab dia mula risau tentang sakit dada dia walaupun dah 2 tahun sakit.

Itulah kebanyakan daripada kita, dah sakit baru nak betul-betul jaga badan. Apa pun, anda mesti bina minda sihat ini bermula dari sekarang. Sebab tu saya tulis senarai TOP 10 penyakit Pintu Pertama: Makan. ( Harap anda semua dah baca, kalau belum sila-silaah baca ye supaya faham sedikit sebanyak mengenai derita sakit yang anda mungkin alami kalau tak jaga badan dari sekarang ) .

Anda dah sedia sekarang? Betul anda nak jadi manusia yang sihat? Betul ke? Betul ke ni? Jangan cakap je.
Saya syorkan kepada anda, pergilah melawat ke hospital. Aturkan lawatan sambil belajar ke wad hospital terutamanya wad Perubatan Dalaman. Anda akan berjumpa dengan pesakit-pesakit realiti yang terpaksa berlawan dengan penyakit. Ada yang berjaya dan ada yang tewas. ( Baca Cerpen Sihat, itu semua adalah kisah benar yang saya hadapi ). Anda lihat sendiri pesakit yang nazak menunggu saat kematian tanpa dapat buat apa-apa lagi.  

Fikirkan kalaulah anda jadi begitu. Persoalannya bolehkah anda dabik dada, anda tidak akan terkena strok? Gagal buah pinggang? Serangan jantung? Tidak ada siapa yang boleh kata dia selamat.
Saya pasti anda akan dapat satu persepsi baru mengenai kesihatan selepas pergi ke hospital. Betapa nikmatnya rezeki SIHAT yang anda kecapi.  



Itu ialah langkah mula sebelum anda teruskan langkah untuk mengecapi sihat sejati. Abda dah ada minda sihat ? Syabas kita teruskan strategi ke 2 di lain posting. Sabar ye…..

No comments:

Post a Comment