Hari ini 18 Oktober 2010, aku membelek jadual ON CALL. Tertera namaku sebagai Medical Officer on call ke -2, jaga wad. Baru aku tersedar dari lamunan. Biasalah antara tugas paling berat dikalangan doctor ni ialah on call. Sebab semua nak kena buat sendiri, semua keputusan kita terpaksa buat, nyawa pesakit ditangan doktor. Besarnya tanggungjawab bermain dengan nyawa manusia. Hidup dan mati.
Selepas jam 5 maka bermulalah tugasku. Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Aku angkat dan kedengaran suara rakanku Dr Azira dihujung talian.” Nazil nak pass over ni, dua patient dalam wad Nephro keadaan tak elok, tekanan darah rendah . Hang tolong review ya.” Katanya padaku. Aku hanya mengiyakan saja.
Tak lama kemudian telefonku derbunyi lagi. Biasalah kalau on call cukup popular mengalahkan menteri kadang-kadang. “ Doktor ada pesakit collapse” kedengaran suara nurse. Aku pun bergegas ke sana.
Sesampainya aku ke sana, kelihatan House Officerku sedang lakukan CPR. Kes apa? Tanyaku pada nurse. Kegagalan hati ( liver failure ). Ku lihat anak mata pesakit, takdak tindak balas. Monitor jantung pun straight line. Tak dapat diselamatkan lagi. Aku pun terus memberitahu waris pesakit, yang pesakit telah meninggal. Meraung waris tadi. Kesian, tapi dah sampai masanya .
Tak lama selepas itu hanponku menjerit lagi. “ Ada patient asystole doctor kat wad Nephro( Buah pinggang )” kedengaran suara HO ku. Aku bergegas ke sana pula. Sesampai aku ke sana, suasana kecoh. Penuh waris pesakit menunggu di situ. Pesakit sedang menjalani dialysis tiba-tiba tak bernafas. Tetapi sudah ada jangkitan yan teruk dalam darahnya. Waris pesakit dah dimaklumkan keadaan pesakit kritikal dan waris tidak berhajat untuk CPR. Jadi dah dua pesakit dah pergi tak kembali.
Tiba-tiba aku merasakan malaikat Maut sedang berlegar dekat denganku. “ setakat ni dah 2 orang, berapa orang lagi yang Malaikat Maut nak jemput? Kata hatiku.
Sesudah solat Maghrib, aku pun bercadang nak makan malamku. Perutku dah mula bising minta diiisi. Belum sempat ku ke kantin, Nurse dari wad Umum pula telefon, ada pesakit nadi rendah dan oksigen tak elok. Aku terus ke wad berkenaan, ku tengok pesakit, seorang perempuan Cina tua. Ku buka failnya, tertera sakitnya, Kanser Otak. Apa yang aku boleh tawarkan lagi. Kanser tiada penawarnya. Aku segera dapatkan waris dan menerangkan keadaannya nazak. Waris pesakit faham dan tidak mahu active resusciatation. Sebaik selesai bercakap dengan waris, pesakit dah pergi. Sudah tiga orang mati ditanganku hari ni.
Belum sempat ku habis menulis repot kematian ada lagi nurse beritahu pesakit collapse lagi di wad Gastro( Perut ). Tetapi pesakit dah dimaklumkan kepada waris, dan tidak perlu buat apa-apa. Dalam beza 5 minit sudah empat orang meninggal. Malaikat maut belum mahu pulang.
Selepas selesai semua urusan rumah mayat, maka aku pun isi perutku dengan sedikit roti dan minuman. Sedang aku menikmati hirupan minuman ku, sekali lagi telefonku berbunyi. Apa lagi ni? Getus hatiku. Ada yang nak mati lagi ka? Terusku menjawab, ada pesakit asystole lagi doctor. Kedengaran suara nurse. MasyaAllah . Sesampainya aku ke sana kelihatan HO dan 3 orang nurse sedang melakukan CPR. Aku tanya dah berapa lama. “20 minit” jawab mereka ringkas. Ku periksa pesakit , dah tiada. Ini yang ke 5 pesakit mati. Aku terus mengajar Kalimah Syahadah ditelinga pesakit. Syahdu.
Nampak gayanya tak tidur aku malam ni kataku. Namun syukur, daripada jam 11 aku telah cepat-cepat ambil kesempatan tidur, takut-takut ada lagi kes kematian. Sedang nyenyak aku tidur , telefonku menjerit. Aku bingkas bangun dan menjawab, Hello? “Doktor ada pesakit stop breathing. Tepat tekaanku, apa yang aku sangka dah terjadi.
Maka bergegas aku berjalan ke wad. Dalam perjalanan ke wad satu lagi panggilan sampai. Pesakit dah meninggal sorang lagi. MasyaAllah, hari ni saja dah 7 nyawa dicabut. Dalam satu masa dua pesakit pergi tak kembali.
Ku fikirkan kembali, begitulah kehidupan. Hidup pasanganya mati. Semua akan mati. Cuma caranya bagaimana dan bila adalah rahsia. Ku lihat kematian hari-hari. Kadang-kadang sudah kebal hatiku dengan kematian. Sudah hilang sensitive dengan kematian.
Apa pun, ini rekod baruku oncall, 7 kematian…..akan ku ingat sampai bila-bila
No comments:
Post a Comment