SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Wednesday, October 6, 2010

PENYAKIT TOP 10 KE LAPAN : KEGAGALAN BUAH PINGGANG ( END STAGE RENAL FAILURE )

Salam Sihat semua.....sekarang ni dah start kerja, so sibuk sikitlah. Itu yang tertunda sikit posting. Apa pun kita teruskan perbincangan kita. Panjang lagi ni. Saya belum lagi bagitau cara nak cegah 6 pintu penyakit.  ( Boleh baca di posting Pengenalan 6 Pintu Penyakit ). Baru Pintu Penyakit Pertama

Ini merupakan salah satu bencana penyakit Makan yang amat menggerunkan dan membimbangkan. Statistik menunjukkan pada tahun 2007 seramai 15,000 pesakit memerlukan dialisis. Dijangkakan setiap tahun seramai 2500 pesakit baru gagal buah pinggang memerlukan dialisis. Maka sekarang ni dah berapa? Jumlahnya tidak pernah turun bahkan terus naik dan bertambah.

Punca gagal buah pinggang?





Banyak punca. Tapi punca yang paling utama yang berlaku ialah KENCING MANIS  dan PAIN KILLER..

Pesakit kencing manis pasti lambat laun akan kacau fungsi buah pinggang lambat atau cepat je. Apa yang doktor boleh bantu melambatkan kerosakan buah pinggang sahaja. Gerunkan dengar? Tapi itulah hakikatnya. Sebab tulah kita nak sangat semua pesakit control betul-betul kencing manis.

Satu lagi punca utama yang berlaku ialah Pain Killer( Ubat Tahan Sakit) Banyak terjadi di kalangan orang muda. Salah seorang ahli keluarga saya rosak buah pinggang kerana terlalu banyak guna pain killer sebab dia ada gaut. Sebab tu kalau perlu ambik pain killer, jangan ambik berterusan. Sekali sekala ok lah. 


Apa itu gagal buah pinggang?


Setiap manusia ada sepasang  buah pinggang ,kanan dan kiri. Cuba anda berdiri dan cekak pinggang. Buah pinggang anda berada dibawah tapak tangan anda.


Kerja buah pinggang ialah untuk membersihkan darah. Setiap hari badan kita menghasikan toksik hasil daripada proses badan. Toksik ini perlu dikeluarkan sebab ia akan menjadi racun kepada badan. Siapa yang membersihkan darah. Ya Buah Pingganglah menjadi tukang buah sampah badan. Seperti rumah kita juga, mesti ada sampah yang kita buangkan. Bak kata ayah saya, “Cik Pah”( bakul sampah ) ni tak pernah lapar, kenyang selalu. Cuba anda bayangkan umah kita yang penuh dengan sampah. Orang tukang angkat sampah tidak datang ambil sampah seminggu. Apa jadi?

Jadi, jika buah pinggang gagal berfungsi, maknanya darah akan jadi racun. Bila jadi racun semua fungsi badan akan  terencat.Dan peringkat yang teruk bawa maut.


Kenapa takut buah pinggang gagal?

  1. Pesakit gagal buah pinggang ni tidak ada cara lain nak selamat melainkan dialisis seumur hidup. Kalau bernasib baik boleh buat pemindahan buah pinggang tapi amat sedikit pesakit yang berjaya.
Anda tahu berapa kos dialisis? Setiap pesakit memerlukan dialysis 3 kali seminggu. Maknanya 12 kali sebulan. 

Setiap dialysis kosnya purata RM 150.
Kos per bulan RM 150 x 12 = RM 1800.00.
Setahun RM21 600

Dialisis diperlukan SEUMUR HIDUP!!!. Tauke balak pun botak. Ada orang cakap; kalau takda duit jangan gagal buah pinggang. Sound rude but there is some truth.


  1. Komplikasi gagal buah pinggang
Komplikasi gagal buah pinggang ni banyak sangat.  Yang banyak ialah jangkita kuman dalam darah ( sepsis ) sebab pesakit buah pinggang daya tahan badan amat lemah. Banyak pesakit yang meninggal sebab jangkitan kuman ni.
Air bertakung dalam badan juga komplikasi biasa pesakit buah pinggang. Apabila buah pinggang dah rosak, dia tak boleh hasilkan air kencing lagi, maknanya semua air yang diminum bertakung dalam badan. Air ni akan pergi ke paru-paru dan pesakit tak boleh bernafas. Kesian tengok. Pesakit hanya boleh minum air 500ml sahaja sehari, satu botol air mineral, termasuk semua jenis air, kuah dan apa saja yang berair.

Kurang darah, tulang reput dan banyak lagi komplikasi boleh belaku . Pendek kata Kualiti Hidup dah takda. Tapi memang ada pesakit dialisis yang hidup normal, tapi selepas bertahun-tahun belajar 

 Kalau anda berminat nak tahu lanjut boleh contact saya ya. Kita boleh sembang panjang-panjang.

Mesin Dialisis





Apa pun ingat  CEGAH SEBELUM PARAH!!!

1 comment:

  1. doktor, utk orang tua, GFR akan turun.. GFR 50+ utk orang umur 70-an kira ok ke ? TQ

    ReplyDelete