SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Monday, December 20, 2010

SNEK SIHAT UNTUK DIKONGSI

Salam semua......

Kali ni saya nak kongsi dan cadangkan kepada semua beberapa snek yang saya amalkan. Kalau anda serius dengan diet anda, ada 2 benda yang anda kena hati-hati 1) Makan malam 2) Snek.

Apa makna snek? Saya rasa anda pun tahu, makanan yang diambil selain daripada major meal. Makanan sampingan. Satu perkara yang menjadi tabiat saya, apabila memandu jauh, mulut saya tak boleh diam. Kena kunyah sesuatu. Tu lah masalah. Biasaya apa yang anda makan. Yang popular Chip potato( Pringles, Mister Potato), Coklat, Junk food. Kadang-kadang kita rasa biasalah makan ringan. Tapi sedarkah anda banyak mana kalori yang kita ambil? Banyak oooooooooo....yang bestnya, kita masih mengaku berdiet.

Dulu saya pun macam anda jugak. Tapi bukan sekarang. Di sini saya nak kongsikan kepada anda snek yang saya ambil bila saya memandu jauh.
1.


Ini yang penting, Pastikan tiada preservatif dan lemak


Chip epal dry vacum. Ada banyak perasa selain epal tetapi saya suka epal. Masalahnya tak meluas pasrannya. Saya hanya jumpa di Giant Kota Bharu saja.

2.


Ini pun satu lagi pilihan saya. Ada macam-macam kekacang dalam tu. kekacang amat baik untuk jatung dan minda anda. Sambil memandu sambil jaga kesihatan. Ini baru gaya hidup sihat.

3.

Jagung rebus. Ini satu lagi kegemaranku. Tapi pastikan jagung tu tak dicampur dengan apa-apa. garam, susu, marjerin. Selalunya saya akan minta jagung rebus plain. Mungkin anda akan dipandang pelik oleh peniaga tu. Biarkan,

3.


 Buah-buahan segar. Ini pun snek yg amat saya suka. Kalau nak ke KL, pasti saya akan singgah R&R Sungai Perak. Selain tempat yg selesa, di sana banyak dijual buah potong. Macam-macam ada. Tapi pastikan betul-betul segar. Kadang-kadang buah tu dah dipotong pagi, petang masih dijual. Yang terbaik, anda pilih buah, dan suruh penjual tu potong. 

Semoga kita boleh amalkan gaya hidup sihat...

MINDA SIHAT: APA NAK JADI NI!!! ISTERI PUN KENA DERA

“Asthaghfirullah” mengucap panjang aku apabila terbaca tajuk utama Metro Ahad 19 Disember 2010. Apa punya suami ni? Tanya hatiku kesal.

Rencana tersebut mengisahkan penderitaan seorang isteri yang terpaksa menanggung derita lantaran si suami berperangai pelik di ranjang. Dia menyeksa si isteri sebelum melakukan seks. Dia dapat ransangan bila si isteri kesakitan.

Nabi ada bersabda di dalam Hadith yang membawa maksud: “ Sebaik-baik manusia ialah yang berbuat baik kepada isteri mereka dan Nabi MUHAMMAD lah sebaik-baik manusia yang berbuat baik kepada isteri”  Begitu tegas Nabi menyuruh umatnya berbuat baik kepada isteri. Maknanya orang yang tidak berbuat baik kepada isteri ialah orang yang JAHAT.

Dari segi perubatan si suami mengalami masalh mental. Orang yang siuman tidak akan melakukan begitu. Manusia ada tatacara untuk seks untuk membezakan daripada haiwan. Marah betul saya…

Saya juga terfikir apa sebenarnya yang difikirkan oleh si suami. Bagaimana persekitaran semasa dia dibesarkan? Apa kefahaman agama dia? Adakah dia stress yang melampau? Sebab semua itu menjadi penyebab kepada sakit mental.

Nasihat saya kawallah perasaan anda, emosi dan rohani. Kerana pesakit mental akan menjadi beban dan cabran baru kesihatan sejagat tidak lama lagi.

MINDA SIHAT: KHATAN( CIRCUMCISION ) BOLEH CEGAH PENYAKIT

Sisipan Metro Ahad hari ini 19 Disember 2010 ada menulis tentang khatan. Ya lah sekarang ni kan musim berkhatan, cuti sekolah. Saya pun ada terlibat khatankan orang. Best gak le potong anu budak-budak. J
Bagi orang muslim khatan adalah wajib, kena buat untuk tujuan kebersihan. Kalau nak beribadat kepada Allah, tak boleh kotor-kotor, kena bersih. Justeru semua umat Islam berkhatan, baik lelaki dan perempuan.

 Kini orang yang belum lagi Islam pun dah mula khatan atas faktor kesihatan.
Saya nak berkongsi apa yang baik tentang khatan ni sebab khatan adalah salah satu langkah mencegah penyakit. Ada disebut dalam rencana tu khatan dapat mencegah jangkitan HIV( dalam kata lain sexual transmitted disease ). Kalau tak buang topi zakar tu , bentuknya agak tajam. Risiko untuk melukakan pasangan tu lebih tinggi. Tapi kalau dah buang topi kepala zakar jadi kulup( bak kata Harith Iskandar dalam iklan Nescafe, kepala dia HALUUSSSSS….) maka risiko nak luka pun kurang. Dengan sendirinya risiko dapat kurangkan transmission STD. Hebatkan khatan

Selain itu, khatan dapat meningkatkan kepuasan seks, terutama kepada wanita. Betul wa cakap lu!!! Ustaz saya pernah kata secara sinis” Kalau nak makan pisang, kena buang kulit baru sedap”. Kepuasan seks adalah antara syarat utama kepada kebahagian rumahtangga. Dah berapa ramai pasangan yang tak bahagia sebab tak puas seks. Seks akan beri ketenangan fikiran dan emosi kepada manusia. Seks adalah basic need kepada manusia, sama seperti makan, minum. Kalau tak makan mana manusia boleh bahagia. Justeru kepuasan seks dapat mencegah banyak penyakit mental dengan syarat tak disalahguna. Sekali lagi khatan hebat.

Dengan berkhatan, dapat mencegah penyakit salur kencing( urology ). Kajian mendapati penyakit air kencing berpatah balik( vesicoureteric reflux ). Ini dibuktikan secara klinikal. Kanak-kanak lelaki yang berkhatan jauh lebih kurang mendapat penyakit tersebut.

Dari segi kosmetik pun rasanya lebih cantik kalau berkhatan…J Apa pun berkhatan  dapat mencegah banyak penyakit dan kekalkan kesihatan manusia.

Jumpa lagi… 

Friday, December 10, 2010

CERPEN 5 : Kisah Seorang anak Cina

Malam ini aku kerja shift malam. Seperti biasa, rakan sekerjaku sudah setia menantiku untuk pass over case, yalah kesian aku tengok, kawasan Yello zone dah jadi macam war zone, penuh dengan pesakit.

Dia pun menceritakan satu demi satu pesakit yang dalam rawatan. Aku pun mendengar dengan penuh khusyuk. “ Kena discharge dulu patient yang boleh discharge” getus hatiku. “ Kena clear dulu katil kalau tak pa nak jadi nanti” sambungku lagi.

Ada seorang budak lelaki berketurunan Cina yang dah plan nak discharge. Maka aku pun pergi melihat dia nak pastikan benar-benar sihat sebelum dihantar pulang. 

Pesakit ini terjatuh dari pokok kelmarin, jatuh terhempas dibahagian punggung. Tinggi jugak le pokok tu lebih dari 12 kaki. Kelmarin dah datang hospital sebab sakit perut, dah x ray tulang belakang dan pinggul, semuanya nampak tak dak masalah. Tetapi hari ini datang lagi sebab sakit perut tak hilang. Dah diberi ubat tahan sakit pun masih belum hilang, ada kurang sikit je. Tapi aku tengok doktor sebelum ni dah plan nak discharge.

Aku periksa dia, pegang saja perut dia, keras macam kayu. Kaki pun tak boleh lurus lagi sebab sakit. Dia nak kencing, bangun berjalan tak boleh lurus lagi, kena tunduk ke hadapan. Aku tak sedap hati. Naluriku kuat mengatakan ada sesuatu yang lebih serius berlaku kat budak ni.

Ayah dan ibunya datang bertanyakan keadaan dia” Apa macam dia?”,tanya ayahnya dalam pelat Cina. Keadaan dia tak begitu baiklahlah uncle, saya nak panggil doktor surgical datang tengok, balasku.
Kebetulan, rakan surgicalku ada disitu, nak periksa pesakit lain, aku terus dapatkannya. “Jasjit,boleh tengok pesakit ini, aku tak sedap hatilah. Dah ada doktor tengok, plan nak discharge, tapi I’m not happy. Dr Jasjit pun pergi periksa budak Cina tu. Sebentar kemudian dia datang kepadaku. “Need urgent laparotomy( pembedahan segera buka perut), ada kecederaan dalaman”.

Semua orang upset, baru semua orang kelam kabut atur budak itu dari kecemasan terus ke bilik bedah. Selepas itu aku sibuk dengan pesakit yang lain, aku serahkan kepada surgical team take over.
Keesokan harinya, houseman yang bekerja denganku datang kepaku, “Boss nak tahu, apa jadi budak Cina tu? Usus budak tu dah pecah dan ada cebisan kayu dalam perut dia.” MasyaALLAH, seriusnya keadaan dia. Syukur sebab dah selamat.

Terharu aku fikirkan , rasa puas pun ada, bangga pun ada sikit-sikit kat diriku sebab berjaya selamatkan seorang anak Cina yang dalam kesusahan dan kemungkinan boleh membawa maut.  Tak tahulah apa akan jadi kalau dia dihantar pulang ke rumah semalam. Tak tahulah. Tapi apa pun, aku dapat kepuasan dan berazam akan terus berbakti kepada semua manusia jika mereka datang meminta pertolongan daripadaku. Aku akan beri yang terbaik…Itu Azamku. Ya Allah jadikanlah semua itu sebahagian daripada amalan kebajikanku. Berilah aku kekuatan untuk terus berbakti………………….
  

Thursday, December 9, 2010

IMUNITI BADAN: JAGA BAIK-BAIK

Salam semua....apa khabar? Harap semuanya sihat. Mula-mula nak mohon maaf dulu sebab agak lama tak menulis. Ada masalah kerja sikit. Sekarang dah banyak selesai, saya akan cuba untuk mengaktifkan blog ini demi kesejahteraan bersama.Seperti yg dijanjikan, kali ini saya nak berbicara bagaimana dapat kita kuatkan imun badan.

Imuniti ialah satu system yang Allah ciptakan untuk manusia sebagai pelindung badan. Imun diibaratkan seperti pasukan tentera yang melindungi negara BADAN.  Tanpa imun badan atau lemah imun , negara pasti ditawan musuh. Hari-hari badan kita diserang dari segenap penjuru oleh musuh-musuh .  Jika seseorang dijangkiti kuman maknanya pasukan tentera imun badan telah kalah.

Ada 2  jenis musuh paling utama yang imun badan lindungi 1) Kuman 2) Kanser. Kuman berada dimana-mana dan menyerang badan setiap masa. Kuman berada disekeliling kita. Di udara, tangn kita, badan kita, baju kita, sehingga didalam mulut pun kuman ada. Tetapi kenapa mereka tak dapat buat apa? Jawapannya ialah kerana pasukan imun badan kuat, dapat mengalahkan musuh. Pendek kata, jika kita dapat meningkatkan kekuatan imun badan kita, maknanya kita dapat cegah penyakit yang disebabkan oleh kuman.

Apa cara nak tingkat imun badan?

1)      Makanan ( imun booster )
        Di sini saya tuliskan makanan yang saya tahu dapat meningkatkan imun badan. Mungkin ada yang saya tak tahu, kita boleh kongsi bersama.

                              i.            Yogurt- ya yogurt yang dijual di pasaraya. Apa juga yogurt boleh meningkatkan imun badan. Kalau di ICU Hospital Alor Setar, pesakit dibnarkan makan yogurt kerana dapat membantu tubuh tingkatkan imun badan. So mula makan yogurt sekarang.

                            ii.            Madu- ini satu lagi supplemen yang amat powerful untuk tingkatkan imun badan.  Banyak pihak mengakui madu terlalu banyak manfaat kesihatan kepada manusia. Salah satunya dengan meningkatkan imun tubuh. Tapi syaratnya kena amalkan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Cubalah rasa dan amalkan pasti anda akan rasa perbezaannya. Mdu apa yang terbaik? Bagi saya semua madu asli adalah baik. Tetapi saya suka madu Tualang atau Gelam keluaran Agro. Sedap dan yakin.

                           iii.            Susu- ini juga dapat meningkatkkan imun badan. Susu kambing, lembu atau apa saja susu segar dapat kuatkan imun. Sekarang ni sibuk orang bercakap mengenai Colostrum( susu awal ) Kalau susu ibu juga ada Colostrum, cecair susu cair pada awalnya. Colostrum mengandungi antibody yang dapat membantu badan cegah penyakit.

                          iv.            Herba asli- banyak herba seperti Tongkat Ali, Mengkudu, Kacip Fatimah dan banyak lagi juga dapat tingkatkan imun.

                            v.            Habbatussauda’( biji hitam )- ini juga makanan yang dapat meningkatkna imun badan manusia. Jadi amalkanlah.

Satu peringatan, semua makan tambahan ini hanya dapat berkesan jika anda amalkan secara berterusan. Makan hari-hari dan anda pasti dapat melihat perbezaannya.

2)      Bersenam
           Terlalu banyak manfaat bersenam kepada kesihatan manusia. Masalahnya  nak atau tak je. Tepuk dada Tanya badan. Salah satu manfaat, bersenam dapat meningkatkan imun badan.
3)      Berpuasa

Banyak sangat saintis dan para doctor,tabib sepanjang zaman yang mengakui puasa dapat menyihatkan badan.Nabi Muhammad sendiri membenarkannya; “ Berpuasalah nescaya kamu akan sihat “. Sebenarnya puasa dapat meningkatkan daya imun badan. Apabila perut kosong maka badan ada banyak tenaga. Tenaga ini akan disalurkan untuk meningkatkan imun badan. So rain-rajinlah puasa

Ini adalah antara cara untuk tingktkan imun badan.  Kita akan dapat cegah banyak sangat pnyakit jika kita dapat kekalkan dan kuatkan imun badan melawan penyakit.

Jumpa lagi
           


Friday, November 19, 2010

TIPS CEGAH KUMAN: HALANG TRANPORT KUMAN


Salam semua....kali ni saya bagi tips untuk cegah kuman. Mungkin anda semua tak perasan je apa yang kita buat hari-hari. 


1)      Basuh tangan selalu

Cuba tengok tangan anda. Kita guna tangan untuk memegang. Tangan jugalah kita guna makan. Apa yang kita pegang, ada potensi masuk ke mulut kita. Kalau kotor makan kotorlah yang masuk.  

Tangan ialah agen pemindahan kuman paling utama. Kalau di wad hospital, ada satu syarat untuk basuh tangan setiap kali periksa pesakit. Kalau 10 orang pesakit, maka 10 kali basuk tangan. Sebab untuk elak kuman pesakit merebak ke pesakit yang lain.

Anda pasti pernah kena selsema dan batuk. Kadang-kadang dah ambil langkah berjaga-jaga dan tapi masih merebak. Seorang kena, habis semua keluarga kena. Salah satu punca kerana kita tak basuh tangan. Kita bersin tutup hidung, kuman dan berpindah ke tangan, lepas tu kita pegang pulak orang lain, terutama kanak-kanak.

So basuhlah tanga selalu. Terutama sebelum makan dan semasa kita terkena jangkitan. Sebab tu orang Islam diwajibkan basuh tangan semasa wuduk. Paling kurang 5 kali sehari.Maknanya kita basuh cuci tangan dari kuman 5 kali sehari. Baguskan? Hikmah disebalik wuduk.


2)      Tutup hidung
Semasa kita dijangkiti kuman, kuman berada di dalam salur pernafasan, dari lubang hidung sampai ke kerongkong. Sebab itu kalau anda sakit tekak cuba buka mulut luas-luas dan tengok sendiri kerongkong anda, merah menyala sebab ada jangkitan.

Kuman tersebut boleh berjangkit melalui bersin dan batuk. Apabila ita bersin, maka kita juga mengeluarakan titisan debu air yang mengandungi kuman. Jika bersin kita disedut orang lain maka kuman pun merebak. Batuk kering, H1N1, selsema merebak dengan cara ini.

Arahkan bersin dan batuk ke tempat yang tidak ada orang, tutup mulut dan hidung semasa bersin dan batuk, kemudian basuh tangan betul-betul.

3)       Elak seks bebas/homoseksual
Sesetangah kuman dipanggil STD( Sexual Transmitted Disease ). Kuman ni merebak melaui cecair badan. Selalunya semasa hubungan seks. Semasa seks, akan berlaku luka-luka kecil, kuman ni akan merebak melalui luka ini.
Ramai orang yang suruh pakai kondom. Ini pun tak 100% selamat.Mana tahu kondom pun koyak.
Yang paling selamat jangan lakukan seks bebas dan homoseksual denga pasangan berbilang( multiple partner) . Setia pada yang satu. Berkahwin setia. Jangan nakal-nakal.
Sebab tu Islam suruh elak zina, bukan sekadar berzina bahkan apa perlakuan yang membawa kepada zina juga dikira dosa. Jaga mata, jangan tengok perkara yang boleh ransang syahwat. Selalunya bermula dari mata, turun ke hati, yang takut terus turun ke perut dan bawah perut.

4)      Elak cucuk dadah/kongsi jarum

Ni satu lagi cara kuman merebak. Hepatitis B dan C. Selalunya apabila berkongsi jarum dikalngan penagih dadah.

Jalan terbaik, jangan hisap dadah. Sudah pasti tak kena. Sebab itu Islam melarang umatnya ambik dadah dan benda memabukkan.



5)      Pastikan air selamat

Ini perkara amat penting. Kolera, taun, Hepatitia A merebak melalui air.
Masak air minuman anda. Kalau mampu pasang penapis air dirumah, yang paling penting pastikan air RO, air tulen.

6)      Pakai kasut

Mungkin ada dikalangan anda ketawa. Kenapa pakai kasut pn nak bagitau. Nampak simple tetapi besar faedahnya. Kebanyakan cacing memasuki badan manusia melalui direk melalui kulit. Cacing akan korek kulit dan masuk dalam badan.

Hanya dengan memakai kasut kita dapat cegah cacing.

7)      Hapuskan serangga vector

Ada sebahagian kuman yang merebak melalui serangga dan binatang. Nyamuk, tikus, khinzir antara contoh. Justeru untuk elak kuman ini, kita perlu bunuh serangga and binatang ini.

Jangan biarkan nyamuk membiak, saya rasa iklan dalam TV dah banyak kempen. Bukan susah pun. Jangan ada air yang bertakung. Tikus pula pasang perangkan atau bagi je racun, atau bela kuucing.

8)      Makanan imun boster

Ini tajuk panjang dan langkah penting. jadi saya akan bincang dalam posting yg lain. Tunggu ye

Tuesday, November 2, 2010

STRATEGI CEGAH PENYAKIT PINTU KE-2: KUMAN

Salam semua...agak lama tak menulis, bukan apa sibuk dengan dunia..:) Apa pun harapan anda semua sihat sejahtera. Kali ni kita beralih bicara mengenai pintu penyakit ke-2: Kuman (Ingat lagi pintu-pintu penyakit?Kalau tak baca posting terdahulu) 

  Kuman ialah punca kedua yang utama terjadinya penyakit manusia. Denggi, malaria, selsema,kudis, panau,HIV, paru-paru berair adalah contoh biasa yang kita semua biasa dengar.

Biasanya kuman ini berada diluar badan manusia. Ada juga yang tinggal di dalam badan manusia tetapi tidak merbahaya bahkan melindungi badan.

Masalahnya kuman ni, sebab kita tak nampak dengan mata kasar. Kta pun tak tahu dimana kuman berada. Kita berperang dengan musuh yang tak Nampak,invisible enemy tetapi mereka wujud dan mengancam nyawa manusia.

Di sini saya senaraikan beberapa langkah mudah untuk mencegah kuman daripada menyerang badan manusia.


1)      Halang kenderan/ perjalanan kuman

Perangai kuman ni dia perlukan transportation untuk sampai ke badan manusia. Tanpa transportation dia tak boleh sampai. Jadi strategi untuk cegah kuman dari sampai kepada kita ialah musnahkan atau haling transportation kuman.

Apa transport kuman?
Tangan manusia- tangan manusia ialah agen transport kuman yang paling utama. Kita pegang dan kita makan guna tangan. Kuman daripada sekeliling yang dipegang oleh kita terus sampai ke badan apabila kita makan,minum, bersentuhan. Jadi beri perhatian kepada tangan anda. Bagaimana nak buat? Kena potong tangan kah? Tunggu!!! Saya akan perincikan di dalam posting akan datang.

Bersin/batuk- apabila kita bersin atau batuk, sebenarnya kita membebaskan titisan air kecil yang tidak nampak. Titisan air ini adalah gen transport kepada kuman. Sebab apabila seseorang terkena selsema, hampir semua yang lain mudah terkena juga. Cuba anda semua bersin atau batuk kat tapak tangan anda, pasti anda akan berasa ada cecair kan? Hati-hati dengan bersin atau batuk anda. Selsema, TB, H1N1 adalah contoh penyakit berjangkit melalui cara ini.

Cecair badan-ini juga agen ransport yang baik untuk kuman. Air mani, darah, cecair vagina juga boleh menjadi transport kepada kuman Tapi kes ni berat dan susah nak merebak melainkan kita bersungguh-sungguh berusaha. Biasanya semasa seks, pemindahan darah baru boleh merebak. Tak boleh buat kerja sorang-sorang. AIDS, Shyfilis,Gonorhea, Hepatitis dalah contoh penyakit berjangkit melalui cecair badan.

Air minuman- semua orang kena minum. Mana boleh tak minu matilah kita. Tetapi hati-hati dengan air minuman anda, pastikan tidak aa kuman. Taun, kolera berjangkit melaui air.

Direct kontek- ada sesetengah kuman ni boleh terus sampai ke badan apabila bersentuhan. Cacing umpamanya, boleh terus masuk ke badan melui kulit.

Binatang/serangga- ini juga satu transport yang baik untuk kuman. Nyamuk, tikus, lipas,unggas, khinzir  boleh membawa kuman. Kuman ini tumpang hidup bersama mereka dan binatang ini kontek dengan manusia, kuman pun tumpang sekali jangkit. Denggi sudah jadi ancaman negara disebabkan nyamuk., Letospirosis juga menggemparkan Negara disebabkan kencing tikus. SARS dibawa olehunggas, habis ayam,itik kena bunuh. JE dibaa oleh khinzir.
    Bagaimana cara nak halang kuman-kuman ini, guna ubat apa, saya akan bincangkan nanti ye. Sabarrrrrr…….

    2)      
                     .Kuatkan imun badan


    Badan manusia terdapat satu system yang dipanggil immune system. Ini ialah pertahanan badan semulajadi. Sistem ni kerja utamanya mempertahankan badan daripada serangan kuman. Kalau immune badan kuat maka bdan selamat. Tetapi kalau immune badan lemah, maka badan akan ditawan oleh kuman dan jauh sakit. So sekiranya immune badan kita kebal, banyak penyakit kuman boleh dihalang. Tetapi jika immune badan dah lemah, maka badan akan terancam.

    Seperti polis dan penyamun. Kalau polis kuat, penyamun takut. Tapi kalau polis rasuah, lemah maka penyamun akan bermaharajalela.

    Apa langkah dan cara nak kuat immune badan ni, cukup ke makan tongkat ali jadi kuat? Saya akan perincikan nanti.

     Inilah 2 strategi utama nak haling penyakit kuman. Kalau anda mampu buat 2 perkara ini, maka anda dapat haling majority penyakit disebabkan oleh kuman. Nak tak? Mesti jawab nakkkkk. Anda akan lebih bahagia.


    Tuesday, October 26, 2010

    TUJUH PERKARA “JANGAN” UNTUK CEGAH PENYAKIT MAKAN

    1.       Jangan biarkan perut anda terlalu kenyang

    Secara mudahnya, makanan yang dimakan selepas rasa kenyang menjadi racun dan tidak bermanfaat kepada badan kita. Makanan yang dimakan sebelum kenyang itulah menjadi ubat dan penawar.
    Cubalah disiplinkan diri selama seminggu tidak biarkan perut terlalu kenyang, anda akan rasa perubahan yang hebat kepada diri anda. Cubalah kalau tak percaya

    2.       Jangan jalan berlenggang-lenggang

    Satu masalah dengan orang kita, bila berjalan suka berlenggang. Ambil kesempatan semasa anda berjalan, jalan cepat kerana berjalan boleh menjadi terapi badan. Banyak lemak akan dibakar semasa jalan cepat. Tetapi hati-hati takut terlanggar orang pulak.

    3.       Jangan makan daging merah melebihi ikan

    Dalam seminggu, pastikan anda makan ikan lebih banyak daripada daging. Empat hari ikan tiga hari ayam paling kurang. Kerana ikan lebih sihat kerana kurang lemak dan tinggi protein.

    4.       Jangan tinggalkan sayur dan buah-buahan

    Ini satu kemestian untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda tak suka makan, kena cari jalan dan ikhtiar untuk makan. Makanlah apa saja asalkan makan. Tapi makan sayuran dan buahan terus lebih baik daripada dibuat jus kerana jus akan mengurangkan serat.

    5.       Jangan terlalu stress

    Hidup ini adalah stress. Tak mungkin hidup ini bebas stress. Tanpa stress manusia beku. Yang jadi masalah ialah terlalu stress. Anda perlu bijak tangani stress. Bagaimana? Terpulang. Bercuti, berzikir, menjerit dan apa saja cara. Asalkan dapat meredakan stres.

    6.       Jangan minum air sebarangan

    Air adalah nadi kehidupan. Manusia tak mungkin hidup tanpa air. Pastikan air yang diminum adalah selamat dan bermanfaat. Elak air berkabonat dan  air tidak dimasak. Kalau boleh pastikan air Reverse Osmosis kerana itu sahaja air yang paling selamat.  

    7.       Jangan tinggal sarapan

    Sarapan ialah sumber tenaga mulakan tugasan harian kita. Jangan sesekali tinggalkan sarapan. Badan perlukan tenaga untuk bekerja. Berilah badan anda makanan yang terbaik. Sebaiknya ambik karbohidrat komplek sebab boleh bekal tenaga berpanjangan. Juga boleh ambik madu sebab boleh beri tenaga segera untuk mulakan hari anda

    Saturday, October 23, 2010

    STRATEGI KE-5CEGAH PINTU PENYAKIT MAKAN: AMBIL KARBOHIDRAT KOMPLEKS

    Salam semua....harap masih terus menjaga badan anda dalam baik. Sebab jaga badan ni kena sepanjang hayat, tak boleh bermusim, harta dan aset kita. Tiada ganti. Kali ni saya nak kongsi dengan anda strategi cegah penyakit sebab makan.
    Anda tahu badan perlukan karbohidrat untuk dapatkan tenaga. Tapi karbohidrat juga hasilkan gula. Sebab tu pesakit kencing manis kalau tak makan gula pun, tapi makan karbohidrat juga gula susah nak kontrol.

    Ada 2 jenis karbohidrat 1: Kompleks  2. Karbohidrat ringkas. Jom berkenalan dengan karbohidrat ni.

    Karbohidrat kompleks Vs Karbohidrat ringkas

    Terdapat pelbagai jenis karbohidrat dalam pemakanan kita dan jenis-jenis ini diklasifikasikan mengikut struktur molekul karbohidrat yang dikenali sebagai monosakarida.Macam manik rantai. Satu manik disebut monosakarida

    Karbohidrat ringkas terdiri daripada rantaian molekul monosakarida yang lebih pendek, lazimnya dalam jumlah satu atau dua molekul monosakarida. Anda mungkin mengenali contoh sebenar karbohidrat ringkas yang boleh didapati sehari-hari.

    Berikut adalah antara contoh monosakarida:
    - Monosakarida (terdiri daripada satu molekul) :glukosa, fruktosa (gula buah-buahan) and galaktosa
    - Disakarida (terdiri daripada rantaian dua molekul): sukrosa (gula makan, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (lazimnya digunakan untuk membuat pastri).

    Karbohidrat kompleks dalam makanan adalah terdiri daripada rantaian melebihi dua monosakarida dan saintis lazimnya menggelar jenis ini sebagai Polisakarida (secara langsungnya bermaksud terdiri daripada sejumlah monosakarida). Sesetengah daripada contoh berikut mungkin biasa anda temui seperti:

    - Kanji: terdapat dalam nasi, roti, mi, sayuran ubi seperti ubi kentang, kacang atau lentil. Kebanyakan masyarakat mempunyai bijian ruji yang menjadi sumber utama tenaga mereka: nasi di Asia, gandum di negara-negara Barat selain barli dan jagung di Amerika Selatan.

    - Serat pemakanan yang terdapat dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan nasi perang.

    Kelebihan karbohidrat kompleks

    Walaupun hampir semua sel tubuh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tubuh kita tidak dapat mengenal pasti molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun begitu, tubuh kita merupakan sebuah sistem yang pintar dan berupaya untuk mengubah karbohidrat kompleks ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh tubuh dan seterusnya digunakan oleh sel. Proses ini lazimnya mengambil masa yang lama kerana tubuh terpaksa memisahkan rantaian karbohidrat yang panjang menjadi lebih pendek sebelum penyerapan dapat dilakukan.

    Kelebihan tambahan karbohidrat kompleks
    Bukan sahaja karbohidrat kompleks membekalkan tenaga kepada kita pada kadar yang sesuai, tetapi ia juga merupakan sumber kepada pelbagai nutrien lain. Kebanyakan karbohidrat kompleks juga adalah sumber Vitamin B yang baik dan Vitamin B diperlukan semasa pelepasan tenaga ke dalam sel-sel tubuh. Tambahan lagi, makanan karbohidrat semula jadi dan yang diproses secara minimum adalah lazimnya rendah lemak dan mempunyai kandungan serat yang tinggi.

    Permata Karbohidrat Kompleks
    Serat, juga dikenali sebagai “pelawas”, sering menjadi tumpuan awam dan juga para saintis kerana kebaikannya kepada kesihatan manusia. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah dalam pemakanan dikaitkan dengan pengurangan risiko terhadap penyakit kronik. Serat dapat diperolehi daripada makanan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Serat tidak boleh dicerna oleh enzim pencernaan manusia. Walaupun sesetengah serat boleh dicerna oleh bakteria dalam saluran pencernaan, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh serat ini adalah sangat minimum.

    So makan karbohidrat kompleks lebih baik. Bagi orang kencing manis sebab lambat gula nak dihasilkan dalam badan.Tambahan pula kalori yang dihasilkan rendah boleh bantu siapa yang berdiet.

    Sehingga jumpa lagi....
    Beras perang keluran HPA, sumber karbohidrat
    kompleks

    Ini produk dalam pasaran yang boleh minum
    daripada Nature's

    Berasli jua ada mengeluarkan minuman
    beras perang daripada BERNAS

    Friday, October 22, 2010

    CERPEN 4: TUJUH KEMATIAN

    Hari ini 18 Oktober 2010, aku membelek jadual ON CALL. Tertera namaku sebagai Medical Officer on call ke -2, jaga wad. Baru aku tersedar dari lamunan. Biasalah antara tugas paling berat dikalangan doctor ni ialah on call. Sebab semua nak kena buat sendiri, semua keputusan kita terpaksa buat, nyawa pesakit ditangan doktor. Besarnya tanggungjawab bermain dengan nyawa manusia. Hidup dan mati.

    Selepas jam 5 maka bermulalah tugasku. Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Aku angkat dan kedengaran suara rakanku Dr Azira dihujung talian.” Nazil nak pass over ni, dua patient dalam wad Nephro keadaan tak elok, tekanan darah rendah . Hang tolong review ya.” Katanya padaku. Aku hanya mengiyakan saja.

    Tak lama kemudian telefonku derbunyi lagi. Biasalah kalau on call cukup popular mengalahkan menteri kadang-kadang. “ Doktor ada pesakit collapse” kedengaran suara nurse. Aku pun bergegas ke sana.
    Sesampainya aku ke sana, kelihatan House Officerku sedang lakukan CPR. Kes apa? Tanyaku pada nurse. Kegagalan hati ( liver failure ). Ku lihat anak mata pesakit, takdak tindak balas. Monitor jantung pun straight line. Tak dapat diselamatkan lagi. Aku pun terus memberitahu waris pesakit, yang pesakit telah meninggal. Meraung waris tadi. Kesian, tapi dah sampai masanya .

    Tak lama selepas itu hanponku menjerit lagi. “ Ada patient asystole doctor kat wad Nephro( Buah pinggang )” kedengaran suara HO ku. Aku bergegas ke sana pula. Sesampai aku ke sana, suasana kecoh. Penuh waris pesakit menunggu di situ. Pesakit sedang menjalani dialysis tiba-tiba tak bernafas. Tetapi sudah ada jangkitan yan teruk dalam darahnya. Waris pesakit dah dimaklumkan keadaan pesakit kritikal dan waris tidak berhajat untuk CPR. Jadi dah dua pesakit dah pergi tak kembali.

    Tiba-tiba aku merasakan malaikat Maut sedang berlegar dekat denganku. “ setakat ni dah 2 orang, berapa orang lagi yang Malaikat Maut nak jemput? Kata hatiku.

    Sesudah solat Maghrib, aku pun bercadang nak makan malamku. Perutku dah mula bising minta diiisi. Belum sempat ku ke kantin, Nurse dari wad Umum pula telefon, ada pesakit nadi rendah dan oksigen tak elok. Aku terus ke wad berkenaan, ku tengok pesakit, seorang perempuan Cina tua. Ku buka failnya, tertera sakitnya, Kanser Otak. Apa yang aku boleh tawarkan lagi. Kanser tiada penawarnya. Aku segera dapatkan waris dan menerangkan keadaannya nazak. Waris pesakit faham dan tidak mahu active resusciatation. Sebaik selesai bercakap dengan waris, pesakit dah pergi. Sudah tiga orang mati ditanganku hari ni.

    Belum sempat ku habis menulis repot kematian ada lagi nurse beritahu pesakit collapse lagi di wad Gastro( Perut ). Tetapi pesakit dah dimaklumkan kepada waris, dan tidak perlu buat apa-apa. Dalam beza 5 minit sudah empat orang meninggal. Malaikat maut belum mahu pulang.

    Selepas selesai semua urusan rumah mayat, maka aku pun isi perutku dengan sedikit roti dan minuman. Sedang aku menikmati hirupan minuman ku, sekali lagi telefonku berbunyi. Apa lagi ni? Getus hatiku. Ada yang nak mati lagi ka? Terusku menjawab, ada pesakit asystole lagi doctor. Kedengaran suara nurse. MasyaAllah . Sesampainya aku ke sana kelihatan HO dan 3 orang nurse sedang melakukan CPR. Aku tanya dah berapa lama. “20 minit” jawab mereka ringkas. Ku periksa pesakit , dah tiada. Ini yang ke 5 pesakit mati. Aku terus mengajar Kalimah Syahadah ditelinga pesakit. Syahdu.

    Nampak gayanya tak tidur aku malam ni kataku. Namun syukur, daripada jam 11 aku telah cepat-cepat ambil kesempatan tidur, takut-takut ada lagi kes kematian. Sedang nyenyak aku tidur , telefonku menjerit. Aku bingkas bangun dan menjawab, Hello? “Doktor ada pesakit  stop breathing. Tepat tekaanku, apa yang aku sangka dah terjadi.

    Maka bergegas aku berjalan ke wad. Dalam perjalanan ke wad satu lagi panggilan sampai. Pesakit dah meninggal sorang lagi. MasyaAllah, hari ni saja dah 7 nyawa dicabut. Dalam satu masa dua pesakit pergi tak kembali.

    Ku fikirkan kembali, begitulah kehidupan. Hidup pasanganya mati.  Semua akan mati. Cuma caranya bagaimana dan bila adalah rahsia. Ku lihat kematian hari-hari. Kadang-kadang sudah kebal hatiku dengan kematian. Sudah hilang sensitive dengan kematian.

    Apa pun, ini rekod baruku oncall, 7 kematian…..akan ku ingat sampai bila-bila

    Saturday, October 16, 2010

    TIPS JAGA KAKI PESAKIT KENCING MANIS: Doktor Ikan

    Salah satu komplikasi pesakit kencing manis ialah kaki gangrene( kaki buruk ). Sebab itu semua pesakit diabetes, dinasihatkan sangat-sangat supaya menjaga kaki bagaikan menjaga muka.

    Kaki amat mudah luka sebab peskit kadang-kadang hilang deria rasa kaki menyebabkan mereka tidak mengetahui kaki tercedera. Kalau dah luka, susah nak sembuh. Justeru panjagaan kaki bagi pesakit kencing manis amat penting.

    Baru-baru ni saya pergi ke Lake Town Bukit Merah. Di sana saya jumpa satu spa yang menawarkan khidmat cuci kaki. Yang menariknya mereka gunakan ikan untuk cuci kaki.

    Ikan tu namanya Chin Chin Yu,diimport dari China. Cuma hulurkan kaki dalam kolam tu dan ikan-ikan Chin Chin Yu akan mulakan tugas membuang kulit-kulit mati dan kotoran kaki. Tak sakit tapi geli. Eeeiiii…eeiii. Tapi lama kelamaam enjoy pengurut ikan.

    Saya berpendapat semua pesakit diabetes patut dapatkan khidmat ikan ni untuk jaga kaki. sebab  fun dan berkesan.




    Kalau anda atau keluarga anda pesakit kencing manis, pergilah dapatkan rawatan kaki yang ringkas, berkesan dan enjoy…




    Jumpa lagi………   




    Ikan Chin Chin Yu sedang kerumun kat kaki. Geliiiiiii.......


    Cepat-cepat kerja, buang semua kotoran celah-celah kaki tu
    Habis bulu kaki pun nak gigit. Rajin
    Dah bersih dah, sebab dah penat kerja

    Thursday, October 14, 2010

    STRATEGI KE 4 CEGAH PINTU PENYAKIT PERTAMA-MAKAN: KURANGKAN KOLESTEROL SEKARANG

    Salam semua sahabat sihat……harap semua sihat-sihat belaka.
    Ok, kali ni saya nak berbicara strategi seterusnya nak cegah penyakit Makan. KOLESTEROL

    Umumnya saya tengok masyarakat dah meningkat kesedaran nak kontrol  kolesterol. Kalau saya jumpa pesakit, soalah pertama yang dia tanya ,” Kolesterol saya ok doc?”. Maknanya masyarakat harini dah makin celik sihat.

    Malangnya kesedaran nak jaga kolesterol tu datang  bila dah sakit jantung. Itu yang tak best. Kalau kita kontrol semasa kita masih sihat itulah yang terbaik, Cegah Sebelum Parah.

    Bagaimana nak kontrol kolesterol? Di sini saya pilih tips yang praktikal, sebahagiannya daripada apa pesakit saya amalkan yang berjaya.


    1.       Berkenalan dulu dengan kolesterol

    Kalau anda nak perang, kena kenali dulu musuh anda. Anda kena kenal dulu apa itu kolesterol. Sapa kolesterol jahat?

                                           i.            LDL                ii. Triglyceride( Tg )

                     Sapa kawan kolesterol jahat?

    i.                     Transfat( lemak trans )
    ii.                   Polysaturated fat ( lemak politepu )


                       Inilah musuh utama yang menyebabkan penyakit dan  kena kenal supaya kita boleh elak. Anda boleh baca label pada barang, tengok ruangan lemak . ada tertulis jenis-jenis lemak ni.


    2.       Periksa tahap kolesterol

    Masalah dengan kolesterol tinggi ialah kita tak berasa sakit. Tinggi macamana pun tak sakit. Kita hanya boleh tahu hanya dengan check darah. Jadi pergilah check darah tahap kolesterol anda.
      Ada pesakit, akan jadi xanthelasma( bintik putih disekeliling mata). Itu juga adalah tanda kolesterol tinggi.




    3.       Elak makanan berlemak dan berminyak

    Kolesterol puncanya dari makanan. So kita kena elakkan mengambil makanan yang mengandungi tinggi kolesterol. Sebenarnya susah nak terang apa makanan yang tinggi kolesterol, Mudahnya semua makanan yang berminyak dan berlemak.


    4.       Bertukar ke masakan tidak bergoreng dan bertumis

    Cuba anda ajar diri dan lidah anda makan masakan rebus dan bakar. Minimumkan masakan goreng. Sekarang ni dah banyak resepi sedap-sedap rebus dan bakar ni. Cari buku resepi dan belajar.
    Masalah masyarakt Malaysia dah diajar masakan kena tumis dan goreng. Cuba anda pergi kedai makan dan tilik satu persatu masakan rakyat Malaysia. Apa yang tidak goreng dan tumis. Ulam je kot. Prinsipnya lagi berminyak lagi sedap.


    5.       Jangan goreng berulang

    Kalau perlu menggoreng, pastikan minyak gorengan itu tidak diguna ulang. Sebab minyak yang diguna semula itu lagi tinggi kolesterolnya



    6.       Guna minyak sihat untuk tumis

    Minyak Naturel ni yang paling rendah
    kadar lemaknya setakat yg saya
    pastikan
    Ini satu lagi yang saya amalkan. Nak elak dari tumis masakan mungkin susah, so saya gunakan minyak masak yg lebih sihat seperti minyak jagung, matahari, zaitun. Masalahnya minyak ni mahal sikit. Jadi tak ekonomi nak buat goreng cucur. Setakat tumis ok.


    Pokok oat
    7.       Makan oat

    Ini satu strategi yang berkesan. Oat memang disahkan dapat kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Masalah yang timbul ialah oat ni tak sedap , tawar. Sebab tu ramai yang tak suka. Orang Malaysia ni masih letakkan sedap dihadapan,, sihat dibelakang.
    Tapi sekarang  ni dah macam-macam  produk ada berasaskan oat. Pilih yang mana satu sesuai dengan anda dan amalkan. Jangan hangat-hangat taik ayam.
    Inilah yang paling popular Quaker oat.
    Cuma rasanya tawar je. Kena pandai
    masak


    Nesvita juga makin popular
    sebagai minuman segera berasaskan oat 
    Ini satu lagi produk minuman segera
    berasaskan oat keluaran HPA. 
    Oat dalam bentuk biskut. Ini pilihan saya

    A8.       Guna minyak zaitun

    Minyak zaitun juga terbukti dapat kurangkan kolesterol. So mulakan guna minyak zaitun sekarang. Bagaimana nak guna, terpulang masing-masing. Ada yang makan terus, ada yang guna untuk masak. Kalau untuk tumis memang sesuai. Tapi untuk menggoreng, tak ekonomi, luruh rambut..:)

    Contoh olive oil dalam pasaran. Cuma
    harganya agak mahal lebih RM 30 ke atas
    sebotol.

    9.       Makan makanan yang berserat tinggi

    High fiber juga dapat mengurangkan kolesterol.Sayur-sayuran, buah-buahan, adalah sumber serat yang baik. kalau tak suka makan sayur atau buah boleh ambil product high fiber. Sekarang ni macam-macam ada. Tapi satu saja saya nak bagitau, saya tengok banyak produk ni harganya terlalu mahal. Tak pada dengan content.
    Selalunya mereka kata produk mereka campuran pelbagai sayur dan buah jadi serbuk. Sebenarnya anda boleh ambil sendiri saja, lagi jimat, kesan hebat.




    1. Kurang makan daging merah, lebih makan ikan
    Ini satu tip mudah. Kurang makan daging merah seperti daging lembu sebab daging ni ada bersamanya lemak. Banyakkan makan ikan, makanlah banyak mana pun takpa.
    Apa yg saya buat dalam seminggu, dua hari makan daging lima hari makan ikan.

    11. Jangan lupa bersenam

    Ini perkara yang amat penting kalau nak turunkan kadar kolesterol badan. Semua lemak yang masuk dalam badan kena dibakar supaya tak tersimpan dalam badan.

    Bukanlah bersenam tu perlu pergi gim. Syaratnya mudah, bersenam sampai berpeluh dan nadi laju dalam 100 kali. Cukup. Buatlah apa pun aktiviti.

    12. Gantikan santan atau guna santan rendah lemak

    Santan tak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia. Gulai, rendang, mee kari, lontong ( terliur plak ) semuanya guna santan. Santan ni tinggi lemaknya So cadangan saya ganti santan dengan susu. Tapi kalau dah tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendah lemak.

    Dua jenama santah rendah lemak dalam pasaran



    Sampai di sini saja....jumpa lagi. Semoga kita dapat buat sesuatu untuk kurangkan lemak dalam badan kita. Hidup sihat tanpa kolesterol berlebihan.

    Sampai jumpa lagi

    # KATA HIKMAT: KALAU KITA TAK MAMPU BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA