Salam semua....apa khabar? Harap semuanya sihat. Mula-mula nak mohon maaf dulu sebab agak lama tak menulis. Ada masalah kerja sikit. Sekarang dah banyak selesai, saya akan cuba untuk mengaktifkan blog ini demi kesejahteraan bersama.Seperti yg dijanjikan, kali ini saya nak berbicara bagaimana dapat kita kuatkan imun badan.
Imuniti ialah satu system yang Allah ciptakan untuk manusia sebagai pelindung badan. Imun diibaratkan seperti pasukan tentera yang melindungi negara BADAN. Tanpa imun badan atau lemah imun , negara pasti ditawan musuh. Hari-hari badan kita diserang dari segenap penjuru oleh musuh-musuh . Jika seseorang dijangkiti kuman maknanya pasukan tentera imun badan telah kalah.
Ada 2 jenis musuh paling utama yang imun badan lindungi 1) Kuman 2) Kanser. Kuman berada dimana-mana dan menyerang badan setiap masa. Kuman berada disekeliling kita. Di udara, tangn kita, badan kita, baju kita, sehingga didalam mulut pun kuman ada. Tetapi kenapa mereka tak dapat buat apa? Jawapannya ialah kerana pasukan imun badan kuat, dapat mengalahkan musuh. Pendek kata, jika kita dapat meningkatkan kekuatan imun badan kita, maknanya kita dapat cegah penyakit yang disebabkan oleh kuman.
Apa cara nak tingkat imun badan?
1) Makanan ( imun booster )
Di sini saya tuliskan makanan yang saya tahu dapat meningkatkan imun badan. Mungkin ada yang saya tak tahu, kita boleh kongsi bersama.
i. Yogurt- ya yogurt yang dijual di pasaraya. Apa juga yogurt boleh meningkatkan imun badan. Kalau di ICU Hospital Alor Setar, pesakit dibnarkan makan yogurt kerana dapat membantu tubuh tingkatkan imun badan. So mula makan yogurt sekarang.
ii. Madu- ini satu lagi supplemen yang amat powerful untuk tingkatkan imun badan. Banyak pihak mengakui madu terlalu banyak manfaat kesihatan kepada manusia. Salah satunya dengan meningkatkan imun tubuh. Tapi syaratnya kena amalkan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Cubalah rasa dan amalkan pasti anda akan rasa perbezaannya. Mdu apa yang terbaik? Bagi saya semua madu asli adalah baik. Tetapi saya suka madu Tualang atau Gelam keluaran Agro. Sedap dan yakin.
iii. Susu- ini juga dapat meningkatkkan imun badan. Susu kambing, lembu atau apa saja susu segar dapat kuatkan imun. Sekarang ni sibuk orang bercakap mengenai Colostrum( susu awal ) Kalau susu ibu juga ada Colostrum, cecair susu cair pada awalnya. Colostrum mengandungi antibody yang dapat membantu badan cegah penyakit.
iv. Herba asli- banyak herba seperti Tongkat Ali, Mengkudu, Kacip Fatimah dan banyak lagi juga dapat tingkatkan imun.
v. Habbatussauda’( biji hitam )- ini juga makanan yang dapat meningkatkna imun badan manusia. Jadi amalkanlah.
Satu peringatan, semua makan tambahan ini hanya dapat berkesan jika anda amalkan secara berterusan. Makan hari-hari dan anda pasti dapat melihat perbezaannya.
2) Bersenam
Terlalu banyak manfaat bersenam kepada kesihatan manusia. Masalahnya nak atau tak je. Tepuk dada Tanya badan. Salah satu manfaat, bersenam dapat meningkatkan imun badan.
3) Berpuasa
Banyak sangat saintis dan para doctor,tabib sepanjang zaman yang mengakui puasa dapat menyihatkan badan.Nabi Muhammad sendiri membenarkannya; “ Berpuasalah nescaya kamu akan sihat “. Sebenarnya puasa dapat meningkatkan daya imun badan. Apabila perut kosong maka badan ada banyak tenaga. Tenaga ini akan disalurkan untuk meningkatkan imun badan. So rain-rajinlah puasa
Ini adalah antara cara untuk tingktkan imun badan. Kita akan dapat cegah banyak sangat pnyakit jika kita dapat kekalkan dan kuatkan imun badan melawan penyakit.
Jumpa lagi
Terima Kasih Dr Nazil.
ReplyDelete