Malam ini aku kerja shift malam. Seperti biasa, rakan sekerjaku sudah setia menantiku untuk pass over case, yalah kesian aku tengok, kawasan Yello zone dah jadi macam war zone, penuh dengan pesakit.
Dia pun menceritakan satu demi satu pesakit yang dalam rawatan. Aku pun mendengar dengan penuh khusyuk. “ Kena discharge dulu patient yang boleh discharge” getus hatiku. “ Kena clear dulu katil kalau tak pa nak jadi nanti” sambungku lagi.
Ada seorang budak lelaki berketurunan Cina yang dah plan nak discharge. Maka aku pun pergi melihat dia nak pastikan benar-benar sihat sebelum dihantar pulang.
Pesakit ini terjatuh dari pokok kelmarin, jatuh terhempas dibahagian punggung. Tinggi jugak le pokok tu lebih dari 12 kaki. Kelmarin dah datang hospital sebab sakit perut, dah x ray tulang belakang dan pinggul, semuanya nampak tak dak masalah. Tetapi hari ini datang lagi sebab sakit perut tak hilang. Dah diberi ubat tahan sakit pun masih belum hilang, ada kurang sikit je. Tapi aku tengok doktor sebelum ni dah plan nak discharge.
Aku periksa dia, pegang saja perut dia, keras macam kayu. Kaki pun tak boleh lurus lagi sebab sakit. Dia nak kencing, bangun berjalan tak boleh lurus lagi, kena tunduk ke hadapan. Aku tak sedap hati. Naluriku kuat mengatakan ada sesuatu yang lebih serius berlaku kat budak ni.
Ayah dan ibunya datang bertanyakan keadaan dia” Apa macam dia?”,tanya ayahnya dalam pelat Cina. Keadaan dia tak begitu baiklahlah uncle, saya nak panggil doktor surgical datang tengok, balasku.
Kebetulan, rakan surgicalku ada disitu, nak periksa pesakit lain, aku terus dapatkannya. “Jasjit,boleh tengok pesakit ini, aku tak sedap hatilah. Dah ada doktor tengok, plan nak discharge, tapi I’m not happy. Dr Jasjit pun pergi periksa budak Cina tu. Sebentar kemudian dia datang kepadaku. “Need urgent laparotomy( pembedahan segera buka perut), ada kecederaan dalaman”.
Semua orang upset, baru semua orang kelam kabut atur budak itu dari kecemasan terus ke bilik bedah. Selepas itu aku sibuk dengan pesakit yang lain, aku serahkan kepada surgical team take over.
Keesokan harinya, houseman yang bekerja denganku datang kepaku, “Boss nak tahu, apa jadi budak Cina tu? Usus budak tu dah pecah dan ada cebisan kayu dalam perut dia.” MasyaALLAH, seriusnya keadaan dia. Syukur sebab dah selamat.
Terharu aku fikirkan , rasa puas pun ada, bangga pun ada sikit-sikit kat diriku sebab berjaya selamatkan seorang anak Cina yang dalam kesusahan dan kemungkinan boleh membawa maut. Tak tahulah apa akan jadi kalau dia dihantar pulang ke rumah semalam. Tak tahulah. Tapi apa pun, aku dapat kepuasan dan berazam akan terus berbakti kepada semua manusia jika mereka datang meminta pertolongan daripadaku. Aku akan beri yang terbaik…Itu Azamku. Ya Allah jadikanlah semua itu sebahagian daripada amalan kebajikanku. Berilah aku kekuatan untuk terus berbakti………………….
wow.. nasib baik.. thanks to you, dr !!!
ReplyDelete