“Asthaghfirullah” mengucap panjang aku apabila terbaca tajuk utama Metro Ahad 19 Disember 2010. Apa punya suami ni? Tanya hatiku kesal.
Rencana tersebut mengisahkan penderitaan seorang isteri yang terpaksa menanggung derita lantaran si suami berperangai pelik di ranjang. Dia menyeksa si isteri sebelum melakukan seks. Dia dapat ransangan bila si isteri kesakitan.
Nabi ada bersabda di dalam Hadith yang membawa maksud: “ Sebaik-baik manusia ialah yang berbuat baik kepada isteri mereka dan Nabi MUHAMMAD lah sebaik-baik manusia yang berbuat baik kepada isteri” Begitu tegas Nabi menyuruh umatnya berbuat baik kepada isteri. Maknanya orang yang tidak berbuat baik kepada isteri ialah orang yang JAHAT.
Dari segi perubatan si suami mengalami masalh mental. Orang yang siuman tidak akan melakukan begitu. Manusia ada tatacara untuk seks untuk membezakan daripada haiwan. Marah betul saya…
Saya juga terfikir apa sebenarnya yang difikirkan oleh si suami. Bagaimana persekitaran semasa dia dibesarkan? Apa kefahaman agama dia? Adakah dia stress yang melampau? Sebab semua itu menjadi penyebab kepada sakit mental.
Nasihat saya kawallah perasaan anda, emosi dan rohani. Kerana pesakit mental akan menjadi beban dan cabran baru kesihatan sejagat tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment