SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Monday, July 11, 2011

PENAWAR KEPADA HIV....TAK NAK KE

Semasa bercuti ke kampung tempohari, saya agak lapang. Saya terpandang sebuah majalah Reader’s Digest bertarikh Disember 2008. Menyelak helaian majalah pada mukasurat 144 , saya agak tertarik dengan satu artikel berbunyi “ Circumcision Protects Against HIV and Infection”. Di sini saya ringkaskan artikelnya.
Berkhatan akan menjadi popular dalam masa sekarang disebabkan oleh pelbagai kajian yang dijalankan berupaya membuktikan terlalu banyak faedah berkhatan kepada manusia.

Melindungi daripada HIV. Berkhatan mampu menurunkan risiko HIV serendah 60%. Ini disebabkan foreskin( lebihan kulit kemaluan adalah sasaran kepada kuman HIV. Juga mudah melecet semasa sek dan sekaligus membuka jalan kepada kuman HIV masuk ke badan. Kata Professor RogerShortdaripada Jabatan O&G Universiti Melbourne,” Membuang foreskin akan menutup pintu jalan kuman ke dalam badan. Berkhatan telah terbukti berkesan tanpa ragu dapat mencegah HIV.” 

Mengurangkan kadar kanser servik. Kanser ini disebabkan oleh Human Papillo Virus(HPV). Lelakiyang berkhatan 3 kali ganda kurang membawa kuman ini. Kajian Menunjukkan 58% penurunan kadar risiko dikalangan wanita yang pasangan mereka berkhatan.

Kurang prostat kanser. Lelaki yang berkhatan berisiko rendah untuk mendapat kanser prostat. Ada bukti yang menunjukkan bahawa jangkitan pada foreskin merebak pada urethra. Ini menjadi penyebab kepada prostat kanser.

Kurang mendapat jankitan kencing. Lelaki yang berkhatan berisiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan kencing berbanding leaki yang tidak berkhatan.

Pointnya di sini, betapa besarnya hikmah yang dianjurkan oleh Islam. Kita diwajibkan untuk berkhatan atas dasar suruhan agama. Rupanya terdapat faedah dan hikmah yang amat besar kepada manusia.

  

Saturday, May 7, 2011

ISU :LAMBAKAN DOKTOR KELAS KE 3

" Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini."


Salam semua...terkejut juga bila baca artikel dalam paper harini, kerajaan menghentikan kursus baru perubatan dengan alasan lambakan doktor tidak berkualiti. Pada saya langkah yg baik. 


Ini kerana bidang kedoktoran ni bukan boleh main-main. Business doktor ialah nyawa manusia, kualiti hidup manusia, kegembiraan hidup manusia. Seingat saya, isu dah dibangkitkan banyak pihak sebelum dibenarkan tubuh Medical College. Prof-prof universiti dah banyak ingatkan hal ini. 


Dalam 5 tahun lepas, Medical School tumbuh macam cendawan. Tumbuh tu bukan sebab nak lahir doktor yg berkualiti, tapi lebih kepada bisnes. Fulus. Wang. Kualiti letak belakang. Memang permintaan untuk jadi doktor ni paling top. Tapi sekarang apa yg jadi? Yang jadi mangsa ialah rakyat bawahan,


Mungkin anda pernah berhadapan dengan doktor kelas ke 3 ni. Saya ada beberapa kes yg saya ingat. Saya pernah dapat rujukan kes dari pihak swasta. Dia diagnos Myocardial Infarction( serangan jantung ). So bila saya tanya pesakit, dia kata tak sakit dada pun,cuma lemah dan kebas sebelah badan, saya tengok pesakit tu cakap pun tak berapa jelas. So saya mint buat Ct scan kepala. Confirm ada strok.


 Bila tengok balik referal letter dari swasta tu, yg tengok pesakit bertaraf pakar. Sebab apa saya geram sangat, sebab rawatan strok dan serangan jantung ni amat jauh berbeza dan lebih menakutkan, rawatan serangan jantung akan menyebabkan strok jadi lebih parah. 


Mungkin itulah sedikit antara contoh doktor kelas ke 3. Bukanlah saya ni terlalu pandai tetapi asas perubatan tu kena kukuh....




Tuesday, April 26, 2011

NASI LEMAK...OH NASI LEMAK!!!! KESIAN KAU


Salam semua....apa khabar? Lama rasanya tak menulis. Baru balik umrah ni. 2 minggu tak tau berita Malaysia.
Dalam dok belek2 paper tertarik tengok arahan terbaru kerajaan nak banned nasi lemak daripada dijual di kantin sekolah. Dalam usaha nak kurangkan obesiti dikalangan pelajar.

Saya pasti kalau tanya kat sapa pun orang Malaysia ni , makanan apa paling popular masa breakfast? Jawapannya sama saja, nasi lemak dan roti canai. Itulah penangan nasi lemak, dah jadi darah daging rakyat. Dah sebati dengan kehidupan kita. Saya pun membesar dengan makan nasi lemak.

Tiba-tiba ada arahan tak bagi jual nasi lemak. Apa salah nasi lemak? Betul ka nasi lemak punca masalah kesihatan pelajar? Ada satu hari, saya pergi teman anak makan kat kantin sekolah, sempat tinjau makanan yang dijual. Kesimulannya FAILED. Hampir semua makanan yang dijual tak bernutrisi dan berkalori tinggi. Nasi lemak dengan telur/ayam goreng, nugget, cucur bergoreng berminyak, air banyak pewarna, mee goreng tak dak langsung sayur. Gula-gula pelbagai jenis  Buah tak dijual.

Dalam hati saya kata, bagaimanalah anak-anak bangsa kita nak cerdik dan sihat. makan pun semua yg memusnah kesihatan. Kesimpuannya, yang mengendalikan kantin ni langsung tak dak kesedaran kesihatan. Memang saya marah, tapi nak buat apa.

Tapi saya tak setuju kalau nak banned nasi lemak. Bukan salah nasi lemak yang menyumbang kepada obesiti. Semua makanan lain juga mesti ditukar. Cara penyediaan makanan mesti diubah, pemilihan makanan mesti diubah, bahan pearna minuman kena banned terus. Sekarang ni dah banyak pilihan minuman yg lebih sihat.

Yang penting cari alternatif. Contoh nasi lemak...saya sendiri ada resepi nasi lemak diet. Tak percaya? Betul. Masih boleh makan nasi lemak tapi menyihatkan. Nak cuba, mailah rumah!!!! Banyak sangat alternatif sekarang ni.

Saranan saya sebagai ibu bapa, kita kena bagi tekanan kepada pihak sekolah dan kantin supaya lebih cakna sihat sikit. Kesian anak-anak kita. Kalau anda cadangan atau perlukan nasihat, saya sedia membantu. Kena lakukan sesuatu...........

Monday, March 14, 2011

Botol susu polikarbonat Bisphenol A: Ancaman Baru

Salam semua....

Saya baru lepas syif malam, tapi lega sebab pasakit tak ramai semalam. Lantas saya sempat beli paper Kosmo hari ni. Ada satu tajuk berita yg amat menarik minat saya "Kerajaan Haramkan botol susu Polikarbonat Bisphenol A". Bermula 1 Mac 2012 semua botol susu ini akan diharamkan.

Kalau anda semua baca tulisan saya terdahulu punca penyakit Imun Gila, saya ada sebut contoh ini, cuma lupa nama spesifik "Bisphenol A". Banda ni bukan baru, dikalangan saintis dah lama tahu cuma susah nak laksanakan diperingkat tertinggi.

Kenapa bahan ini bahaya sangat? Penyakit seperti Systemic Lupus Erythromatosus( SLE ) sampai sekarang masih belum diketahui secara pasti. Kenapa sistem imun badan yg sepatutnya lindungi badan kita, telah belot dan merosakkan sel-sel badan sendiri.

Saintis telah buat kaitan antara baham kimia daripada makanan telah menyebabkan imun badan jadi gila. Salah satunya ialah Bisphenol A.

Pada pandangan saya , amat setuju pengharaman ini, tetapi hairan jugak kenapa ambil masa lama sangat sampai setahun. Kalau racun yg bahaya, jangan tunggu lama-lama. Kena henti segera...

Saturday, February 26, 2011

DOA UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN DIRI

Salam semua....

Ada cadangan daripada sahabat emel supaya saya kongsikan doa dan amalan untuk kesejahteran dan kesihatan diri.

Manusia dijadikan daripada 2 unsur : 1) Jasad 2) Roh. kedua-duanya amat perlu kepada nutrisi yang berkualiti dan seimbang. Penyakit strok, gagal buah pinggang, kencing manis ialah penyakit jasad. Dengki, tamak, sombong ialah penyakt Roh.

Saya kongsikan doa amalan ini yg saya dapat daripada Dato Sheik Baderuddin b Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Kedah di dalam Kuliah Mingguan Yayasan Paksi- Kulim.

Sesiapa yang berminat boleh hantarkan emel kepada saya. Maaf saya tak dapat nak upload. Masih berusaha.

                                                    
   DOA NABI KHIDIR DAN ELIAS

Sila lihat disebelah

Tuesday, February 15, 2011

MINDA SIHAT : PILIHLAH TOK WAKIL SIHAT

Salam sahabat semua....bagaimana badan anda? Sihat ke, sakit? Harap kita terus sayangi badan kita, janganlah kita biarkan punca penyakit menyelubingi badan. Elakkan punca penyakit nescaya badan lebih sihat. Badan kita tanggungjawab kita.....nak pakai lama badan oooo...

Beberapa hari yang lalu, sedang saya memandu sambil layan radio. Ada satu berita amat menarik hati saya. Ada cadangan untuk membuat saringan kepada calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya. Ini berikutan terlalu banyak wakil rakyat yang meninggal akibat sakit. Yang terbaru YB Kerdau, Pahang. Pening kepala SPR. Ini dah 14 kali pilihanraya kecil yang berlaku pasca PRU 2008.

Saya amat menyokong cadangan itu. Baru mereka tahu betapa pentingnya jaga kesihatan badan ni. Bukan hanya kredibiliti, penampilan, karisma, duit...Tapi kesihatan adalah faktor yang terlepas pandang. Dah jadi begini baru nak sedar.

Sebab tu saya katakan sihat ni kita ' take for granted '. Tak pernah hargai kesihatan badan. Lebih parah kitalah yang memusnahkan badan sendiri tanpa rasa bersalah. Makan tak ikut keperluan badan, badan kata cukup dah, kita makan lagi. Badan kata lemas dengan rokok, kita sedut rokok lagi. Sekarang ni sibuk pulak dengan shisha. Badan kata tak tahan dengan pencemaran makanan, bahan kimia kita sedap lagi makan. Tapi tidak ada siapa yang endah rintihan badan. Bila dah rosak badan baru nak kalut.

Apa pun saya amat gembira dengan cadangan tadi, baru orang ramai buka mata nak jaga badan. Harapan besar saya makin ramai yang sedar. Jagalah badan anda. Jaga badan sebelum sakit. Semasa sihatlah jaga badan betul-betul.

Thursday, February 10, 2011

PAIN KILLER ; KAWAN ATAU LAWAN ?

Salam semua sahabat...

Kali ini saya nak kongsi maklumat mengenai pain killer. Semasa saya bekerja di Jabatan Gatroenterology( penyakit perut ) dan Nephrology( buah pinggang ) banyak sangat pesakit yang masuk sebab pendarahan dalam perut dan rosak buah pinggang. Apa puncanya? Banyak puncanya tetapi punca yang kita mampu cegah ialah pain killer.

Selalunya saya tengok menjadi trend dikalangan GP( klinik ) bagi pain killer kat orang tua, biasalah sakit urat. kalau tengok nama pain killer tu biasanya Voren( Diclofenic ) , Ponstan( Mfenemic ), Synflex( Neproxen ). Tu semua adalah pain killer kita panggil NSAIDS( non steroidal anti inflammatory drug ) yg biasa diberi kepada pesakit. Tak cukup dengan tu ada GP yg bagi steroid Prednisolon sebagai sakit urat.

Memang pesakit suka giler dengan combination NSAIDS dan steroid sebab kesannya serta merta boleh rasa. Sebab tu ada orang tua marah kalau tak bagi dia ubat sakit urat termasuklah saya pernah kena marah. Tapi mereka tak tahu kesan buruknya. Saya melihat saban hari pesakit datang dengan berak najis hitam macam rambut, atau muntah darah. Najis hitam tu sebab ada pendarahan. Biasanya pesakit akan pucat dan letih sebab kehilangan banyak darah. Yang lebih parah ada yang maut disebabkan kehilangan banyak darah.

Puncanya pain killer. pain killer akan menghakis dinding perut, lama-kelamaan akan tembus dan menghakis pembuluh darah. Itu yang jadi pendarahan. Selalunya orang tua.

Kalau orang muda pulak, kesnya datang dengan rosak buah pinggang. Uncle saya pun adalang mangsa kepada  pain killer. Dia ada gout so hari-hari maan pain killer. Sampailah suatu hari buah pinggang dia rosak dan perlu dialisis. Namun dia bernasib baik sebab berjaya buat Renal Transplant.

Nak cakapnya, hati-hati dengan pain killer. Dia boleh jadi kawan kalau guna dia dengan betul. pain killer bukan ubat untuk dimakan berpanjangan, macam darah tinggi, kencing manis. Makan bila sakit je. Kalau sakit berpanjangan cuba kurangkan dengan kaedah luaran, minyak panas ka, hot pack ka. lebih selamat.

Saturday, February 5, 2011

CERPEN 7 : ULAR OH ULAR!!!....SAMPAI HATI

Aku melangkah masuk ke zon kuning kecemasan, seorang HO ku meluru kepadaku. "Bos ada satu kes baru, tapi pelik sikitlah"katanya. Apa yang peliknya getus hatiku. Maka dia pun teruskan lagi," Snake bite" katanya. "Biasalah" kataku.Tapi ini bite lain sikit bos, kena bite kat kemaluan.

Ha? Aku sedikit terkejut. Maka aku meluru mengikuti HO ku ke pesakit. Ku lihat seorang lelaki separuh umur berbaring atas katil. Dari raut mukanya nampak tidak ada riak dalam kesakitan. Lantas aku bertanya, " apa masalah uncle?" Dia pun menjawab, "ada binatang gigit saya punya barang, ular kot". Mana tempat uncle pergi?. Dia menjawab,," Saya duduk atas toilet bowl, itu binatang duduk dalam lubang toilet bowl. Saya tak nampak sebab saya tak pakai cermin mata." Cerita dia.

Kemudian aku pun minta izin untuk memeriksa kemaluannya. Ku lihat memang ada kesan taring semacam gigitan ular pada kemaluannya. Dua diatas an dua dibawah. Aduh!!! Sakitnya rasa.Ku dapat merasakan kesakitannya.

Selepas tu aku berasa nak terkencing, aku pun lantas pergi ke toilet. Sampai saja di depan toilet, aku rasa curiga. Mana tahu ada ular dalam toilet bowl. Ha..ha..ha...getus hatiku.

Aku terfikir, macam-macam benda terjadi. Tapi apa pun aku nak bagitau semua...hati-hati di mana saja kita berada, sentiasa mohon pertolongannya. Apa pun sampai hti kau ular, tak dak tempat lain ke nak gigit. Barang tu mana boleh ganti oooooooooooooooo..............................

Sunday, January 30, 2011

CERPEN SIHAT 6 : " LEBIH BAIK MATI....."


Malam ni aku kena syif malam. Walaupun mataku masih sakit disebabkan oleh 'conjuctivitis' tetapi aku gagahkan diriku jua.

Sedang aku berjalan melintasi hadapan pintu bilik rawatan, aku terpandang seorang lelaki, separuh abad umurnya, sedang menunggu rakanku untuk menerima rawatan. ku lihat tangannya bergoyang-goyang." Pak cik ni ada Parkinson ni," getus hatiku.

Lalu aku pun menyapa lelaki tersebut," Pak cik tunggu doktor ke?" " Lebih baik pak cik mati doktor" katanya tanpa menjawab soalan aku." Kalau doktor tak percaya, esok doktor akan dengar berita saya mati, kena langgar lori atau terjun bangunan" katanya lagi.

Aku pun pelik dan hairan apa masalah lelaki ni. Lalu dia terus bercerita, " Saya dah ada Darah tinggi, kencing manis. Dah tu kena strok pula sampai jadi Parkinson. Badan selalu kebas-kebas dan nak pegang apa pun susah. Nak minum air pun tak boleh sebab cawan jatuh. Saya juga ada sakit jantung, tersumbat tiga saluran 100%. Saya dah pergi jumpa doktor jantung, depa letak "spring" tapi fail. Depa kata nak buat by pass tapi senyap je.Tak cukup dengan tu saya pi sampai HKL jumpa pakar neurology, depa kata Parkinson saya tak boleh baik. Saya ada isteri dan 3 anak. Isteri minta cerai sebab saya sakit. Saya sayang anak saya tapi saya tak dapat nak jaga mereka. Saya dah tak nak hidup lagi dah, saya nak mati habis cerita, cerita lelaki tu panjang lebar tanpa dipinta.

Aku berjumpa HO ku, dia bagitau pak cik ni berjalan 2 jam ke hospital semata-mata nak minta tolong. Dulu dia seoarang body builder. Dia pernah cuba bunuh diri 2 kali, terjun bangunan dan feri. Tapi dua-dua ada orang selamatkan dia.

Tiba-tiba hatiku jadi sayu. Kesian pakcik ni. Betapa hebatnya ujiannya. Tiba-tiba dia menjerit' biar aku mati!!! sambil menghantuk kepala ke dinding. aku pun terus memegangnya dan minta MA sediakan ubat penenang. Terus dibenamkan jarum ke otot nya dan pak cik pun tertidur.

Aku terus terfikir betapa hebatnya cubaan dunia ini kepadanya. Kalau aku pun tak pasti dapat menanggungnya. Apa pun kita sebagai manusia mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dia tidak akan menganiaya hambaNya. Yang penting terus mengharap pertolongan dan terus berusaha tanpa putus asa. Kerana Dialah yang memebri manfaat dan Mudarat.

Satu lagi yang bermain dibenakkau, kes-kes Depression sekarang makin menjadi-jadi di dalam masyarakat yang gilakan dunia dan material ini. Tidak nampak tanda-tanda pulih sakit mental melainkan makin merncing.

Thursday, January 20, 2011

FOKUS SEMASA: PESAKIT MENTAL MENINGKAT 15.6 %.APA DAH JADI?

Salam semua.....hari ini saya terbaca rencana dalam paper, pesakit mental di Malaysia meningkat 15.6 %. Sekarang jumlah pesakit mental di Malaysia dianggarkan lebih daripada 400,000 orang.
Apa kata anda? Memang di kalangan psikiatrik mengjangkakan sakit mental akan menjadi cabaran baru kesihatan dunia. Kerajaan dah nak mulakan langkah-langkah pencegahan di peringkat sekolah lagi.

Bagi saya sakit mental ini berkaitan langsung dengan hati. Sakit mental berlaku berpunca daripada hati yang tidak tenteram, tidak tenang. Sampai satu peringkat hati ini akan rosak.

Seperti getah underware( maaf kalau contoh ini menyinggung perasaan, tapi nak bagi mudah faham) Kalau di regang panjang-panjang lama-lama akan kendur dia. Jiwa manusia juga akan rosak kalau terus tertekan.

Serupa juga dengan empangan air. Kenapa air diempangan terpaksa dilepaskan semasa musim banjir? Bila empangan dah penuh dan tak mampu lagi menakung air yang banyak, maka perlu dilepaskan supaya kurang tekanan dalam empangan. Kalau tidak jawabnya empagan akan pecah dan malapetaka yang lebih dasyat akan terjadi.

Begitu juga dengan hati manusia, jiwa yang tidak tenteram kan menambah tekanan kepada jiwa. Kalau tekanan ini tidak diredakan maka jiwa akan pecah dan rosak. Jiwa yang rosak inilah punca terjadinya sakit mental.

So cara nak cegah sakit mental ini dengan cari jalan bagaimana untuk meredakan jiwa yang kacau ini.

Ada orang kata pergi melancong, pergi berehat, cari keseronokan di disko, ambil dadah untuk lupakan masalah. Tapi masalah lain pulak yang datang.

Jawapan saya ialah dengan mengingati ALLAH. Tuhan saya dan anda. Tuhan kita semua. Yang hidup tidak akan mati. yang Maha berkuasa. Yang mampu menyembuh dan memudaratkan.

" Tidakkah dengan mengingati ALLAH jiwa akan jadi tenang" - maksud Al- Quran

Itulah ubat paling berkesan nak cegah sakit mental. Percayalah. Saya akan menulis khusus tentang skit mentak ini......tunggu dan berdoa supaya kuat untuk terus menulis.

Wednesday, January 5, 2011

6 MAKANAN TERBAIK YANG KITA LUPAKAN

Di sini saya kongsi dengan anda semua 6 makanan terbaik yang terdapat disekeliling kita yang kita terlepas pandang. Samada kita tak suka atau kita tak faham khasiatnya.

Ada beberapa kriteria untuk menganugerahkan makanan sebagai Makanan Terbaik. Mudah didapati, murah,  kaya khasiat, rasa yang hebat adalah antara ciri-ciri makanan terbaik. Di sini ialah 6 Best Food yang dipersetujui oleh pakar Pemakanan.

  1. Kacang( bean )



Kacang ialah so call “ food superstar” kearana ia kaya dengan protein, fiber, karbohidrat komplek, Potasium dan Zink. Pengambilan kacang secara berterusan mampu untuk merendahkan Kolesterol jahat( LDL ) dan meningkatkan kolesterol baik( HDL ).
            
  1. Tembikai
Semua orang kenal tembikai. Isi nya merah, berair dan manis. Bukan setakat seronok menikmatinya semasa cuaca panas, ianya rendah kalori( sesuai untuk yang berdiet ), kaya dengan Vitamin A, C, potasium dan likopen. Kandunagn air yang banyak membekalkan badan dengan air yang cukup.

Satu lagi, disebabkan kulitnya yang tebal, mengelakkan dari racun yang digunakan.  

         

  1. Kentang
Ramai yang beranggapan kentang berkalori tinggi dan mengandungi gula disebabkan rasanya yang manis. Ketahuilah itu semua dongeng semata-mata. Ini satu lagi all star food. Sumber beta karotin, fiber, potassium dan mudah didapati yang pelbagai cara hidangan.
    
  1. Kobis Merah
Ya ini satu lagi best food yang kena bagi perhatian. Mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah kanser. Kaya dengan Vitamin A,D,K dan folat yg diperlukan oleh badan.
      
  1. Tomato
Ini satu lagi powerful food yang mengandungi aktioksidan. Dipercayai boleh mencegah kanser Prostat dan kanser yang lain.







        
  1. Yogurt
Pasti anda selalu nampak makanan ini bila melalui bahagian sejuk beku di pasaraya. Tetapi kadang-kadang kita buat tak kisah je. Sebenarnya yogurt terlalu banyak kebaikan kepada badan kita. Kaya dengan kalsium, Potasium, Protein, Vitamin B6 dan B12. Selain boleh meningkatkan Imun badan kita.
 
  So ingat betul-betul 6 makanan terbaik ini. Masukkan dalam diet harian anda. Moga kita dapat kebaikannya.

Tuesday, January 4, 2011

CEGAH PENYAKIT PINTU KE-3 : IMUN GILA( AUTOIMMUNE)

Salam sihat untuk kalian semua….sekarang masa terlalu cemburu kepada saya nak tulis blog ni. Apa pun saya akan terus berkongsi ilmu dengan kalian semua untuk kita sama-sama cegah enyakit sebelum parah.

Kali ni saya nak kongsi sedikit ilmu mengenai Pintu Penyakit ke-3, IMUN GILA.Tak ramai dalam masyarakat kita yang faham penyakit ni. Kalau demam, cirit muntah senang nak explain. Tapi imun gila ni susah sebab doctor sendiri pun masih tak faham mekanisma sebenar penyakit ni.

Secara mudahnya, kita kena faham, dalam badan kita ni ada system Imuniti. Sistem ni kerjanya protect badan dari dua musuh utama, 1) Kuman  2) Kanser. Maknanya kalau system imun kita lemah, kita berisiko nak dapat jangkitan kuman dan kanser. Anda boleh bayang betapa pentingnya imuniti badan ni.

Sebab tu secara naturalnya, bayi yang baru lahir sangat digalakan minum susu ibu. Kalau dalam Islam, digalakkan ibu-ibu menyusu bayi mereka sampai umur 2 tahun. Why? Sebab dalam susu awal ibu ada Kolustrum. Kolustrum ni ada antibody semulajadi untuk melindungi bayi dari serangan penyakit. Hebatkan?
Yang jadi masalah sekarang, dalam sesetengah kes, system imun ni jadi gila. Sepatutnya imun  jaga badan, tetapi ni terbalik, imun sendiri jadikan sel badan sendiri sebagai musuh. Kira belot.  Kata pepatah,”Harapkan pagar, pagar makan padi”. Cis!!!!

Systemic Lupus Erythromatosus ( SLE ) adalah penyakit yang paling banyak berlaku disebabkan oleh imun gila ni. Sampai dah ada persatuan SLE sekarang. Kes SLE makin bertambah dari tahun ke tahun. Selain itu Rheumatoid arthtritis, Scleroderma, Grave’s disease( sakit tiroid) , Myasthenia Gravis( sakit otot)   adalah antara secebis penyakit daripada beribu-ribu penyakit imun gila.

Ruam pada kedua pipi( butterfly rash

Gugur rambut juga antara tanda Imun Gila

Yang menakutkan bila imun jadi gila, dia boleh menyerang mana-mana sel badan dari hujung rambut sampai hujung kaki. Tapi favourite sel ialah sendi-sendi. Sebab itu kalau orang muda sakit-sakit sendi kena siasat. Yng lain, rambut gugur, ada ulser mulut, pipi jadi merah, kulit tak tahan panas antara tanda-tanda.
Apa punca Imun Gila?

Sedih saya nak cakap. Sebab definit cause nobody knows. Ada yang kata sebab jangkita virus, genetic dan chemical exposure. Tapi tidak ada satu keterangan yang pasti. Sedihkan kita lawan musuh yang tak nampak.
Saya ada hadir dalam satu Simposium. Dia bentang mengenai pencemaran plastic dan chemical sekarang. Yang menariknya, sekarang saintis ada basis untuk kaitkan penyakit Imun gila dengan pencemaran chemical.
Dia dedahkan satu kajian yang amat mengejutkan. Mereka analisa darah bayi yang diambil sebaik sahaja dilahirkan dari beberapa buah negara dan benua. Mereka dapati kandungan darah sudah tercemar dengan bahan kimia. Ini yang amat membimbangkan mereka.

Mungkin plastik ini punca pencemaran kimia
Dari mana bahan kimia ini datang? Dari pencemaran air, pewarna dan ubat tahan dalam makanan, racun sayur yang digunakan, antibiotic yang dicucuk pada haiwan yang kita makan, bahan plastic yang kita guna haria dan banyak lagi. Pendek kata kita hidup dizaman bahan kimia. Sekarang sudah nampak bencana yang berlaku.
Satu contoh menarik yg Prof bagitau, botol susu bayi diperbuat dari plastic. Bahan kimia dari plastic akan terbebas apabia panas. Kita bancuh susu anak guna air panas. Sebenarnya anak kita minum susu bersama bahan kimia. Gerunkan? Tapi ada ka alternative botol susu dari kertas?

Justeru saintis sekarang mengatakan peningkatan penyakit Imun Gila ini ada kaitan langsung dengan pencemaran kimia. Maknanya anda dan saya amat berisiko untuk kena penyakit ini. Oh!!Nooooo
Bagaimana nak mencegah Imun Gila ni, tunggu posting akan datang  ya?  Jumpa lagi