Di sini saya kongsi dengan anda semua 6 makanan terbaik yang terdapat disekeliling kita yang kita terlepas pandang. Samada kita tak suka atau kita tak faham khasiatnya.
Ada beberapa kriteria untuk menganugerahkan makanan sebagai Makanan Terbaik. Mudah didapati, murah, kaya khasiat, rasa yang hebat adalah antara ciri-ciri makanan terbaik. Di sini ialah 6 Best Food yang dipersetujui oleh pakar Pemakanan.
- Kacang( bean )
Kacang ialah so call “ food superstar” kearana ia kaya dengan protein, fiber, karbohidrat komplek, Potasium dan Zink. Pengambilan kacang secara berterusan mampu untuk merendahkan Kolesterol jahat( LDL ) dan meningkatkan kolesterol baik( HDL ).
- Tembikai
Semua orang kenal tembikai. Isi nya merah, berair dan manis. Bukan setakat seronok menikmatinya semasa cuaca panas, ianya rendah kalori( sesuai untuk yang berdiet ), kaya dengan Vitamin A, C, potasium dan likopen. Kandunagn air yang banyak membekalkan badan dengan air yang cukup.
Satu lagi, disebabkan kulitnya yang tebal, mengelakkan dari racun yang digunakan.
- Kentang
Ramai yang beranggapan kentang berkalori tinggi dan mengandungi gula disebabkan rasanya yang manis. Ketahuilah itu semua dongeng semata-mata. Ini satu lagi all star food. Sumber beta karotin, fiber, potassium dan mudah didapati yang pelbagai cara hidangan.
- Kobis Merah
Ya ini satu lagi best food yang kena bagi perhatian. Mempunyai antioksidan yang tinggi dan mampu mencegah kanser. Kaya dengan Vitamin A,D,K dan folat yg diperlukan oleh badan.
- Tomato
Ini satu lagi powerful food yang mengandungi aktioksidan. Dipercayai boleh mencegah kanser Prostat dan kanser yang lain.
- Yogurt
Pasti anda selalu nampak makanan ini bila melalui bahagian sejuk beku di pasaraya. Tetapi kadang-kadang kita buat tak kisah je. Sebenarnya yogurt terlalu banyak kebaikan kepada badan kita. Kaya dengan kalsium, Potasium, Protein, Vitamin B6 dan B12. Selain boleh meningkatkan Imun badan kita.
So ingat betul-betul 6 makanan terbaik ini. Masukkan dalam diet harian anda. Moga kita dapat kebaikannya.
No comments:
Post a Comment