SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Tuesday, October 26, 2010

TUJUH PERKARA “JANGAN” UNTUK CEGAH PENYAKIT MAKAN

1.       Jangan biarkan perut anda terlalu kenyang

Secara mudahnya, makanan yang dimakan selepas rasa kenyang menjadi racun dan tidak bermanfaat kepada badan kita. Makanan yang dimakan sebelum kenyang itulah menjadi ubat dan penawar.
Cubalah disiplinkan diri selama seminggu tidak biarkan perut terlalu kenyang, anda akan rasa perubahan yang hebat kepada diri anda. Cubalah kalau tak percaya

2.       Jangan jalan berlenggang-lenggang

Satu masalah dengan orang kita, bila berjalan suka berlenggang. Ambil kesempatan semasa anda berjalan, jalan cepat kerana berjalan boleh menjadi terapi badan. Banyak lemak akan dibakar semasa jalan cepat. Tetapi hati-hati takut terlanggar orang pulak.

3.       Jangan makan daging merah melebihi ikan

Dalam seminggu, pastikan anda makan ikan lebih banyak daripada daging. Empat hari ikan tiga hari ayam paling kurang. Kerana ikan lebih sihat kerana kurang lemak dan tinggi protein.

4.       Jangan tinggalkan sayur dan buah-buahan

Ini satu kemestian untuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kalau anda tak suka makan, kena cari jalan dan ikhtiar untuk makan. Makanlah apa saja asalkan makan. Tapi makan sayuran dan buahan terus lebih baik daripada dibuat jus kerana jus akan mengurangkan serat.

5.       Jangan terlalu stress

Hidup ini adalah stress. Tak mungkin hidup ini bebas stress. Tanpa stress manusia beku. Yang jadi masalah ialah terlalu stress. Anda perlu bijak tangani stress. Bagaimana? Terpulang. Bercuti, berzikir, menjerit dan apa saja cara. Asalkan dapat meredakan stres.

6.       Jangan minum air sebarangan

Air adalah nadi kehidupan. Manusia tak mungkin hidup tanpa air. Pastikan air yang diminum adalah selamat dan bermanfaat. Elak air berkabonat dan  air tidak dimasak. Kalau boleh pastikan air Reverse Osmosis kerana itu sahaja air yang paling selamat.  

7.       Jangan tinggal sarapan

Sarapan ialah sumber tenaga mulakan tugasan harian kita. Jangan sesekali tinggalkan sarapan. Badan perlukan tenaga untuk bekerja. Berilah badan anda makanan yang terbaik. Sebaiknya ambik karbohidrat komplek sebab boleh bekal tenaga berpanjangan. Juga boleh ambik madu sebab boleh beri tenaga segera untuk mulakan hari anda

Saturday, October 23, 2010

STRATEGI KE-5CEGAH PINTU PENYAKIT MAKAN: AMBIL KARBOHIDRAT KOMPLEKS

Salam semua....harap masih terus menjaga badan anda dalam baik. Sebab jaga badan ni kena sepanjang hayat, tak boleh bermusim, harta dan aset kita. Tiada ganti. Kali ni saya nak kongsi dengan anda strategi cegah penyakit sebab makan.
Anda tahu badan perlukan karbohidrat untuk dapatkan tenaga. Tapi karbohidrat juga hasilkan gula. Sebab tu pesakit kencing manis kalau tak makan gula pun, tapi makan karbohidrat juga gula susah nak kontrol.

Ada 2 jenis karbohidrat 1: Kompleks  2. Karbohidrat ringkas. Jom berkenalan dengan karbohidrat ni.

Karbohidrat kompleks Vs Karbohidrat ringkas

Terdapat pelbagai jenis karbohidrat dalam pemakanan kita dan jenis-jenis ini diklasifikasikan mengikut struktur molekul karbohidrat yang dikenali sebagai monosakarida.Macam manik rantai. Satu manik disebut monosakarida

Karbohidrat ringkas terdiri daripada rantaian molekul monosakarida yang lebih pendek, lazimnya dalam jumlah satu atau dua molekul monosakarida. Anda mungkin mengenali contoh sebenar karbohidrat ringkas yang boleh didapati sehari-hari.

Berikut adalah antara contoh monosakarida:
- Monosakarida (terdiri daripada satu molekul) :glukosa, fruktosa (gula buah-buahan) and galaktosa
- Disakarida (terdiri daripada rantaian dua molekul): sukrosa (gula makan, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (lazimnya digunakan untuk membuat pastri).

Karbohidrat kompleks dalam makanan adalah terdiri daripada rantaian melebihi dua monosakarida dan saintis lazimnya menggelar jenis ini sebagai Polisakarida (secara langsungnya bermaksud terdiri daripada sejumlah monosakarida). Sesetengah daripada contoh berikut mungkin biasa anda temui seperti:

- Kanji: terdapat dalam nasi, roti, mi, sayuran ubi seperti ubi kentang, kacang atau lentil. Kebanyakan masyarakat mempunyai bijian ruji yang menjadi sumber utama tenaga mereka: nasi di Asia, gandum di negara-negara Barat selain barli dan jagung di Amerika Selatan.

- Serat pemakanan yang terdapat dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan nasi perang.

Kelebihan karbohidrat kompleks

Walaupun hampir semua sel tubuh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tubuh kita tidak dapat mengenal pasti molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun begitu, tubuh kita merupakan sebuah sistem yang pintar dan berupaya untuk mengubah karbohidrat kompleks ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh tubuh dan seterusnya digunakan oleh sel. Proses ini lazimnya mengambil masa yang lama kerana tubuh terpaksa memisahkan rantaian karbohidrat yang panjang menjadi lebih pendek sebelum penyerapan dapat dilakukan.

Kelebihan tambahan karbohidrat kompleks
Bukan sahaja karbohidrat kompleks membekalkan tenaga kepada kita pada kadar yang sesuai, tetapi ia juga merupakan sumber kepada pelbagai nutrien lain. Kebanyakan karbohidrat kompleks juga adalah sumber Vitamin B yang baik dan Vitamin B diperlukan semasa pelepasan tenaga ke dalam sel-sel tubuh. Tambahan lagi, makanan karbohidrat semula jadi dan yang diproses secara minimum adalah lazimnya rendah lemak dan mempunyai kandungan serat yang tinggi.

Permata Karbohidrat Kompleks
Serat, juga dikenali sebagai “pelawas”, sering menjadi tumpuan awam dan juga para saintis kerana kebaikannya kepada kesihatan manusia. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah dalam pemakanan dikaitkan dengan pengurangan risiko terhadap penyakit kronik. Serat dapat diperolehi daripada makanan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Serat tidak boleh dicerna oleh enzim pencernaan manusia. Walaupun sesetengah serat boleh dicerna oleh bakteria dalam saluran pencernaan, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh serat ini adalah sangat minimum.

So makan karbohidrat kompleks lebih baik. Bagi orang kencing manis sebab lambat gula nak dihasilkan dalam badan.Tambahan pula kalori yang dihasilkan rendah boleh bantu siapa yang berdiet.

Sehingga jumpa lagi....
Beras perang keluran HPA, sumber karbohidrat
kompleks

Ini produk dalam pasaran yang boleh minum
daripada Nature's

Berasli jua ada mengeluarkan minuman
beras perang daripada BERNAS

Friday, October 22, 2010

CERPEN 4: TUJUH KEMATIAN

Hari ini 18 Oktober 2010, aku membelek jadual ON CALL. Tertera namaku sebagai Medical Officer on call ke -2, jaga wad. Baru aku tersedar dari lamunan. Biasalah antara tugas paling berat dikalangan doctor ni ialah on call. Sebab semua nak kena buat sendiri, semua keputusan kita terpaksa buat, nyawa pesakit ditangan doktor. Besarnya tanggungjawab bermain dengan nyawa manusia. Hidup dan mati.

Selepas jam 5 maka bermulalah tugasku. Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering. Aku angkat dan kedengaran suara rakanku Dr Azira dihujung talian.” Nazil nak pass over ni, dua patient dalam wad Nephro keadaan tak elok, tekanan darah rendah . Hang tolong review ya.” Katanya padaku. Aku hanya mengiyakan saja.

Tak lama kemudian telefonku derbunyi lagi. Biasalah kalau on call cukup popular mengalahkan menteri kadang-kadang. “ Doktor ada pesakit collapse” kedengaran suara nurse. Aku pun bergegas ke sana.
Sesampainya aku ke sana, kelihatan House Officerku sedang lakukan CPR. Kes apa? Tanyaku pada nurse. Kegagalan hati ( liver failure ). Ku lihat anak mata pesakit, takdak tindak balas. Monitor jantung pun straight line. Tak dapat diselamatkan lagi. Aku pun terus memberitahu waris pesakit, yang pesakit telah meninggal. Meraung waris tadi. Kesian, tapi dah sampai masanya .

Tak lama selepas itu hanponku menjerit lagi. “ Ada patient asystole doctor kat wad Nephro( Buah pinggang )” kedengaran suara HO ku. Aku bergegas ke sana pula. Sesampai aku ke sana, suasana kecoh. Penuh waris pesakit menunggu di situ. Pesakit sedang menjalani dialysis tiba-tiba tak bernafas. Tetapi sudah ada jangkitan yan teruk dalam darahnya. Waris pesakit dah dimaklumkan keadaan pesakit kritikal dan waris tidak berhajat untuk CPR. Jadi dah dua pesakit dah pergi tak kembali.

Tiba-tiba aku merasakan malaikat Maut sedang berlegar dekat denganku. “ setakat ni dah 2 orang, berapa orang lagi yang Malaikat Maut nak jemput? Kata hatiku.

Sesudah solat Maghrib, aku pun bercadang nak makan malamku. Perutku dah mula bising minta diiisi. Belum sempat ku ke kantin, Nurse dari wad Umum pula telefon, ada pesakit nadi rendah dan oksigen tak elok. Aku terus ke wad berkenaan, ku tengok pesakit, seorang perempuan Cina tua. Ku buka failnya, tertera sakitnya, Kanser Otak. Apa yang aku boleh tawarkan lagi. Kanser tiada penawarnya. Aku segera dapatkan waris dan menerangkan keadaannya nazak. Waris pesakit faham dan tidak mahu active resusciatation. Sebaik selesai bercakap dengan waris, pesakit dah pergi. Sudah tiga orang mati ditanganku hari ni.

Belum sempat ku habis menulis repot kematian ada lagi nurse beritahu pesakit collapse lagi di wad Gastro( Perut ). Tetapi pesakit dah dimaklumkan kepada waris, dan tidak perlu buat apa-apa. Dalam beza 5 minit sudah empat orang meninggal. Malaikat maut belum mahu pulang.

Selepas selesai semua urusan rumah mayat, maka aku pun isi perutku dengan sedikit roti dan minuman. Sedang aku menikmati hirupan minuman ku, sekali lagi telefonku berbunyi. Apa lagi ni? Getus hatiku. Ada yang nak mati lagi ka? Terusku menjawab, ada pesakit asystole lagi doctor. Kedengaran suara nurse. MasyaAllah . Sesampainya aku ke sana kelihatan HO dan 3 orang nurse sedang melakukan CPR. Aku tanya dah berapa lama. “20 minit” jawab mereka ringkas. Ku periksa pesakit , dah tiada. Ini yang ke 5 pesakit mati. Aku terus mengajar Kalimah Syahadah ditelinga pesakit. Syahdu.

Nampak gayanya tak tidur aku malam ni kataku. Namun syukur, daripada jam 11 aku telah cepat-cepat ambil kesempatan tidur, takut-takut ada lagi kes kematian. Sedang nyenyak aku tidur , telefonku menjerit. Aku bingkas bangun dan menjawab, Hello? “Doktor ada pesakit  stop breathing. Tepat tekaanku, apa yang aku sangka dah terjadi.

Maka bergegas aku berjalan ke wad. Dalam perjalanan ke wad satu lagi panggilan sampai. Pesakit dah meninggal sorang lagi. MasyaAllah, hari ni saja dah 7 nyawa dicabut. Dalam satu masa dua pesakit pergi tak kembali.

Ku fikirkan kembali, begitulah kehidupan. Hidup pasanganya mati.  Semua akan mati. Cuma caranya bagaimana dan bila adalah rahsia. Ku lihat kematian hari-hari. Kadang-kadang sudah kebal hatiku dengan kematian. Sudah hilang sensitive dengan kematian.

Apa pun, ini rekod baruku oncall, 7 kematian…..akan ku ingat sampai bila-bila

Saturday, October 16, 2010

TIPS JAGA KAKI PESAKIT KENCING MANIS: Doktor Ikan

Salah satu komplikasi pesakit kencing manis ialah kaki gangrene( kaki buruk ). Sebab itu semua pesakit diabetes, dinasihatkan sangat-sangat supaya menjaga kaki bagaikan menjaga muka.

Kaki amat mudah luka sebab peskit kadang-kadang hilang deria rasa kaki menyebabkan mereka tidak mengetahui kaki tercedera. Kalau dah luka, susah nak sembuh. Justeru panjagaan kaki bagi pesakit kencing manis amat penting.

Baru-baru ni saya pergi ke Lake Town Bukit Merah. Di sana saya jumpa satu spa yang menawarkan khidmat cuci kaki. Yang menariknya mereka gunakan ikan untuk cuci kaki.

Ikan tu namanya Chin Chin Yu,diimport dari China. Cuma hulurkan kaki dalam kolam tu dan ikan-ikan Chin Chin Yu akan mulakan tugas membuang kulit-kulit mati dan kotoran kaki. Tak sakit tapi geli. Eeeiiii…eeiii. Tapi lama kelamaam enjoy pengurut ikan.

Saya berpendapat semua pesakit diabetes patut dapatkan khidmat ikan ni untuk jaga kaki. sebab  fun dan berkesan.




Kalau anda atau keluarga anda pesakit kencing manis, pergilah dapatkan rawatan kaki yang ringkas, berkesan dan enjoy…




Jumpa lagi………   




Ikan Chin Chin Yu sedang kerumun kat kaki. Geliiiiiii.......


Cepat-cepat kerja, buang semua kotoran celah-celah kaki tu
Habis bulu kaki pun nak gigit. Rajin
Dah bersih dah, sebab dah penat kerja

Thursday, October 14, 2010

STRATEGI KE 4 CEGAH PINTU PENYAKIT PERTAMA-MAKAN: KURANGKAN KOLESTEROL SEKARANG

Salam semua sahabat sihat……harap semua sihat-sihat belaka.
Ok, kali ni saya nak berbicara strategi seterusnya nak cegah penyakit Makan. KOLESTEROL

Umumnya saya tengok masyarakat dah meningkat kesedaran nak kontrol  kolesterol. Kalau saya jumpa pesakit, soalah pertama yang dia tanya ,” Kolesterol saya ok doc?”. Maknanya masyarakat harini dah makin celik sihat.

Malangnya kesedaran nak jaga kolesterol tu datang  bila dah sakit jantung. Itu yang tak best. Kalau kita kontrol semasa kita masih sihat itulah yang terbaik, Cegah Sebelum Parah.

Bagaimana nak kontrol kolesterol? Di sini saya pilih tips yang praktikal, sebahagiannya daripada apa pesakit saya amalkan yang berjaya.


1.       Berkenalan dulu dengan kolesterol

Kalau anda nak perang, kena kenali dulu musuh anda. Anda kena kenal dulu apa itu kolesterol. Sapa kolesterol jahat?

                                       i.            LDL                ii. Triglyceride( Tg )

                 Sapa kawan kolesterol jahat?

i.                     Transfat( lemak trans )
ii.                   Polysaturated fat ( lemak politepu )


                   Inilah musuh utama yang menyebabkan penyakit dan  kena kenal supaya kita boleh elak. Anda boleh baca label pada barang, tengok ruangan lemak . ada tertulis jenis-jenis lemak ni.


2.       Periksa tahap kolesterol

Masalah dengan kolesterol tinggi ialah kita tak berasa sakit. Tinggi macamana pun tak sakit. Kita hanya boleh tahu hanya dengan check darah. Jadi pergilah check darah tahap kolesterol anda.
  Ada pesakit, akan jadi xanthelasma( bintik putih disekeliling mata). Itu juga adalah tanda kolesterol tinggi.




3.       Elak makanan berlemak dan berminyak

Kolesterol puncanya dari makanan. So kita kena elakkan mengambil makanan yang mengandungi tinggi kolesterol. Sebenarnya susah nak terang apa makanan yang tinggi kolesterol, Mudahnya semua makanan yang berminyak dan berlemak.


4.       Bertukar ke masakan tidak bergoreng dan bertumis

Cuba anda ajar diri dan lidah anda makan masakan rebus dan bakar. Minimumkan masakan goreng. Sekarang ni dah banyak resepi sedap-sedap rebus dan bakar ni. Cari buku resepi dan belajar.
Masalah masyarakt Malaysia dah diajar masakan kena tumis dan goreng. Cuba anda pergi kedai makan dan tilik satu persatu masakan rakyat Malaysia. Apa yang tidak goreng dan tumis. Ulam je kot. Prinsipnya lagi berminyak lagi sedap.


5.       Jangan goreng berulang

Kalau perlu menggoreng, pastikan minyak gorengan itu tidak diguna ulang. Sebab minyak yang diguna semula itu lagi tinggi kolesterolnya



6.       Guna minyak sihat untuk tumis

Minyak Naturel ni yang paling rendah
kadar lemaknya setakat yg saya
pastikan
Ini satu lagi yang saya amalkan. Nak elak dari tumis masakan mungkin susah, so saya gunakan minyak masak yg lebih sihat seperti minyak jagung, matahari, zaitun. Masalahnya minyak ni mahal sikit. Jadi tak ekonomi nak buat goreng cucur. Setakat tumis ok.


Pokok oat
7.       Makan oat

Ini satu strategi yang berkesan. Oat memang disahkan dapat kurangkan tahap kolesterol dalam badan. Masalah yang timbul ialah oat ni tak sedap , tawar. Sebab tu ramai yang tak suka. Orang Malaysia ni masih letakkan sedap dihadapan,, sihat dibelakang.
Tapi sekarang  ni dah macam-macam  produk ada berasaskan oat. Pilih yang mana satu sesuai dengan anda dan amalkan. Jangan hangat-hangat taik ayam.
Inilah yang paling popular Quaker oat.
Cuma rasanya tawar je. Kena pandai
masak


Nesvita juga makin popular
sebagai minuman segera berasaskan oat 
Ini satu lagi produk minuman segera
berasaskan oat keluaran HPA. 
Oat dalam bentuk biskut. Ini pilihan saya

A8.       Guna minyak zaitun

Minyak zaitun juga terbukti dapat kurangkan kolesterol. So mulakan guna minyak zaitun sekarang. Bagaimana nak guna, terpulang masing-masing. Ada yang makan terus, ada yang guna untuk masak. Kalau untuk tumis memang sesuai. Tapi untuk menggoreng, tak ekonomi, luruh rambut..:)

Contoh olive oil dalam pasaran. Cuma
harganya agak mahal lebih RM 30 ke atas
sebotol.

9.       Makan makanan yang berserat tinggi

High fiber juga dapat mengurangkan kolesterol.Sayur-sayuran, buah-buahan, adalah sumber serat yang baik. kalau tak suka makan sayur atau buah boleh ambil product high fiber. Sekarang ni macam-macam ada. Tapi satu saja saya nak bagitau, saya tengok banyak produk ni harganya terlalu mahal. Tak pada dengan content.
Selalunya mereka kata produk mereka campuran pelbagai sayur dan buah jadi serbuk. Sebenarnya anda boleh ambil sendiri saja, lagi jimat, kesan hebat.




  1. Kurang makan daging merah, lebih makan ikan
Ini satu tip mudah. Kurang makan daging merah seperti daging lembu sebab daging ni ada bersamanya lemak. Banyakkan makan ikan, makanlah banyak mana pun takpa.
Apa yg saya buat dalam seminggu, dua hari makan daging lima hari makan ikan.

11. Jangan lupa bersenam

Ini perkara yang amat penting kalau nak turunkan kadar kolesterol badan. Semua lemak yang masuk dalam badan kena dibakar supaya tak tersimpan dalam badan.

Bukanlah bersenam tu perlu pergi gim. Syaratnya mudah, bersenam sampai berpeluh dan nadi laju dalam 100 kali. Cukup. Buatlah apa pun aktiviti.

12. Gantikan santan atau guna santan rendah lemak

Santan tak boleh dipisahkan dengan masakan rakyat Malaysia. Gulai, rendang, mee kari, lontong ( terliur plak ) semuanya guna santan. Santan ni tinggi lemaknya So cadangan saya ganti santan dengan susu. Tapi kalau dah tak boleh ganti sangat, gunalah santan rendah lemak.

Dua jenama santah rendah lemak dalam pasaran



Sampai di sini saja....jumpa lagi. Semoga kita dapat buat sesuatu untuk kurangkan lemak dalam badan kita. Hidup sihat tanpa kolesterol berlebihan.

Sampai jumpa lagi

# KATA HIKMAT: KALAU KITA TAK MAMPU BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA


                  

Tuesday, October 12, 2010

FOKUS SEMASA: KEPADA YANG NAK KURUS, HATI-HATI DENGAN SIBUTRAMINE

Salam sahabat semua.....ni saya nak kongsi berita dari Berita Harian Online. Penting!!! Kepada semua yang nak kuruskan badan, hati-hati. Salah satu ubat kuruskan badan nama Sibutramine dah kena ban dari market sebab kesan sampingan sakit jantung.

Kalau sebelum ni ada ubat Duromine, Sibutramine lagi power. Kalau makan dia tak rasa lapar sebab ubat ni off suis lapar kat otak. Tapi kesan sampingan lebih mudarat.

Nak kurus kena sabar dan disiplin, bukan dalam masa singkat.




Ini artikelnya:


KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah mengeluarkan arahan menarik balik produk kesihatan yang mengandungi sibutramine dari pasaran kerana ia didapati mampu meningkatkan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. 
Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi PBKD, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan berkata, keputusan menarik balik serta menggantung pendaftaran produk yang mengandungi bahan itu ialah berdasarkan kajian Sibutramine Cardiovaskular OUTcomes (SCOUT) bagi produk Reductil yang dijalankan oleh Abbot Laboratories.
"Kajian tersebut menunjukkan sibutramine mampu meningkatkan risiko advers kardiovaskular terutamanya ke atas pesakit obes dan berlebihan berat badan berbanding pesakit yang menjalani senaman dan kawalan pemakanan.

"Pemegang pendaftaran diminta memberhentikan segala transaksi jualan dan menarik balik produk dari pasaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh penggantungan bermula hari ini, katanya. 
Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan senaman untuk pesakit obes yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit diabetes, hipertensi dan dislipidemia, namun pengambilannya dilarang bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, penyakit arteri periferal, arithma, strok dan hipertensi tidak terkawal. 
Lanjutan dari maklumat kajian SCOUT, pada Januari 2010 PBKD telah mengarahkan pemegang pendaftaran produk mengemas kini sisip bungkusan mereka bagi mengukuhkan lagi informasi keselamatan serta mengeluarkan surat kepada pengamal perubatan di Malaysia untuk memaklumkan hal tersebut. 
Sebanyak 38 laporan kesan advers kardiovaskular yang membabitkan sibutramine telah diterima dan lima daripada laporan tersebut mendapati pesakit mengalamai kesan seperti jantung berdebar (tiga laporan) dan infarksi miokardial bukan fatal (dua laporan). 
Dr Mohd Ismail menasihatkan supaya pesakit yang menerima rawatan sibutramine supaya merujuk kepada doktor masing-masing untuk nasihat lanjut. 
Setakat ini, terdapat sembilan produk berdaftar yang mengandungi bahan tesebut iaitu Reductil, Slenfig, Sibutramine Sandoz, Fenslim dan Sibutrim. - BERNAMA