SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Tuesday, October 12, 2010

FOKUS SEMASA: KEPADA YANG NAK KURUS, HATI-HATI DENGAN SIBUTRAMINE

Salam sahabat semua.....ni saya nak kongsi berita dari Berita Harian Online. Penting!!! Kepada semua yang nak kuruskan badan, hati-hati. Salah satu ubat kuruskan badan nama Sibutramine dah kena ban dari market sebab kesan sampingan sakit jantung.

Kalau sebelum ni ada ubat Duromine, Sibutramine lagi power. Kalau makan dia tak rasa lapar sebab ubat ni off suis lapar kat otak. Tapi kesan sampingan lebih mudarat.

Nak kurus kena sabar dan disiplin, bukan dalam masa singkat.




Ini artikelnya:


KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah mengeluarkan arahan menarik balik produk kesihatan yang mengandungi sibutramine dari pasaran kerana ia didapati mampu meningkatkan risiko kesan advers kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok. 
Ketua Pengarah Kesihatan dan Pengerusi PBKD, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam satu kenyataan berkata, keputusan menarik balik serta menggantung pendaftaran produk yang mengandungi bahan itu ialah berdasarkan kajian Sibutramine Cardiovaskular OUTcomes (SCOUT) bagi produk Reductil yang dijalankan oleh Abbot Laboratories.
"Kajian tersebut menunjukkan sibutramine mampu meningkatkan risiko advers kardiovaskular terutamanya ke atas pesakit obes dan berlebihan berat badan berbanding pesakit yang menjalani senaman dan kawalan pemakanan.

"Pemegang pendaftaran diminta memberhentikan segala transaksi jualan dan menarik balik produk dari pasaran dalam tempoh 30 hari dari tarikh penggantungan bermula hari ini, katanya. 
Sibutramine didaftarkan di Malaysia sebagai terapi tambahan kepada diet dan senaman untuk pesakit obes yang mempunyai faktor risiko seperti penyakit diabetes, hipertensi dan dislipidemia, namun pengambilannya dilarang bagi mereka yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, penyakit arteri periferal, arithma, strok dan hipertensi tidak terkawal. 
Lanjutan dari maklumat kajian SCOUT, pada Januari 2010 PBKD telah mengarahkan pemegang pendaftaran produk mengemas kini sisip bungkusan mereka bagi mengukuhkan lagi informasi keselamatan serta mengeluarkan surat kepada pengamal perubatan di Malaysia untuk memaklumkan hal tersebut. 
Sebanyak 38 laporan kesan advers kardiovaskular yang membabitkan sibutramine telah diterima dan lima daripada laporan tersebut mendapati pesakit mengalamai kesan seperti jantung berdebar (tiga laporan) dan infarksi miokardial bukan fatal (dua laporan). 
Dr Mohd Ismail menasihatkan supaya pesakit yang menerima rawatan sibutramine supaya merujuk kepada doktor masing-masing untuk nasihat lanjut. 
Setakat ini, terdapat sembilan produk berdaftar yang mengandungi bahan tesebut iaitu Reductil, Slenfig, Sibutramine Sandoz, Fenslim dan Sibutrim. - BERNAMA 

FOKUS SEMASA: AWAS KEMURUNGAN (DEPRESSION), ANCAMAN BARU NEGARA

Salam semua...Di sini ialah artikel dari Berita Harian Online mengenai masalah kemurungan ( depression ) dalam negara. 1:4 penduduk terlibat dengan kemurungan adalah satu angka yang menggerunkan. Maknanya 25%. Dalam 1000 penduduk, 250 orang ada depression.

Sebab itu kita dengar banyak sangat kes bunuh diri sekarang. Salah satu punca ialah Kemurungan.Sebenarnya kemurungan ialah penyakit daripada Pintu Penyakit Jiwa. Boleh dicegah. Bila sampai masanya saya akan bicara bab ini.





Ini artikelnya :

 1:4 penduduk Malaysia hadapi risiko kemurungan 
Oleh Nadia Hamid
nnadia@bharian.com.my
2010/10/11



Ramai pesakit gagal dikesan kerana disembunyikan keluarga
KUALA LUMPUR: Nisbah satu daripada empat penduduk di negara ini dikatakan berisiko mendapat penyakit kemurungan tetapi gagal dikesan berikutan keluarga merahsiakannya kerana bimbang diskriminasi masyarakat.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid, berkata syarikat insurans di Malaysia juga mendiskriminasi pesakit dengan tidak melindungi mereka dalam polisi insurans perubatan.
 
Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada 2003, penyakit mental terutama kemurungan dijangka menjadi penyakit kedua terbesar menjelang 2020.
“Gangguan mental akan menjejaskan penghasilan produktiviti dan kualiti hidup individu.

“Di Amerika Syarikat (AS), Mental Health Insurance Parity Law sudah diluluskan dua tahun lalu dan menjadi mandatori kepada semua syarikat insurans untuk menawarkan perlindungan penyakit mental. 

“Justeru, kita berharap isu mental juga dibincangkan secara terbuka tanpa rasa takut, malu dan prejudis,” katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen Minda Big Walk 2010 di sini, semalam. 

Hadir sama, Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datin Dr Ang Kim Teng dan Ahli Penasihat Kesihatan Mental yang juga Ahli Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental, Tan Sri Lee Lam Thye.

Seramai lebih 2,500 pelajar dari tujuh kolej sekitar ibu kota mengikuti acara yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap kesihatan mental sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Sementara itu, Rosnah berkata, penganjuran acara yang sama turut berlangsung serentak di sembilan negeri yang bernaung di bawah MINDA seperti Perlis, Penang, Perak, Johor dan Miri, Sarawak.
Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh rakyat mendalami ilmu kesihatan mental bagi membantu diri sendiri dan orang tersayang.

“Penyakit mental seperti penyakit kronik yang lain, cuma ia membabitkan gangguan atau ketidakseimbangan fungsi otak,” katanya.

“Jadi, kita tidak harus malu dan melayan pesakit dengan bermaruah seperti individu lain,” katanya. 

Monday, October 11, 2010

STRATEGI KE 3 CEGAH PINTU PENYAKIT PERTAMA:MAKAN- AWAS GULA!!! MUSUH DALAM SENYUM

Salam semua sahabat….harap anda dah cuba amalkan dua strategi terdahulu.Belum? Takpa perlahan-lahan tapi steady. Jangan tinggal terus dah. Kata hikmat: Kalau tak boleh buat semua, jangan tinggal semua.

Strategi kali ini anda kena faham apa makanan yang masuk dalam mulut anda. Sihat atau sakit badan kita bergantung apa yang kita makan. Mutiara kata “You are what you eat “. Benar sangat, sebenarnya apa yang terjadi kepada badan kita adalah hasil atau natijah apa yang masuk ke dalam  mulut kita, apa yang kita makan.

Kalau madu yang dimakan maka madulah hasilnya. Kalau racun yang dimakan maka racunlah akibatnya.
Anda yang pilih, madu atau racun?

Cuba anda senaraikan apa yang anda masukkan ke dalam mulut anda kelmarin, dari pagi sampai malam. Senaraikan detail. Lepas tu tanya makanan yang masuk ke dalam perut kelamrin tu jadi penawar atau mudarat.

Baik apa pun jawapannya anda jawab sendiri. Saya nak mulakan salah satu makanan yang anda perlu hati-hati sebelum masukkan ke dalam mulut ialah GULA. 

Rata- rata sekarang ni ada kempen kurangkan gula. Saya pasti anda tahu kesan gula lebih dalam badan. Paling kurang gula punca kencing manis. Baca posting saya TOP 10 penyakit makan. Kesemuanya terjadi disebabkan oleh kencing manis.

Tapi kita kena sedar, gula juga penting dalam kehidupan kita. Nak makan mesti ada rasa manis baru best. Anda sanggup minum air tawar sepanjang hayat? Makan lauk tak rasa apa, tawar je. Tak boleh!!. Mana mungkin manusia boleh lari dari manis. Sebab tu lidah manusia pun Tuhan jadikan ada part yang sensitive dengan manis.

Yang menjadi masalah ialah gula BERLEBIHAN. Dengar betul-betul gula BERLEBIHAN. Lebih itulah yang menjadi penyakit. Kalau kita ambik gula ikut keperluan badan ok.

Jadi strategi kita untuk kekal sihat, jangan ambil gula melebihi yang badan perlukan.. Persoalannya Bagaimana nak kurang ambik gula?

Di sini saya nak kongsi apa yang saya buat untuk kurangkan pengambilan gula harian.

  1. Betul-betul kurang amaun/jumlah gula.

Kalau sbelum ni anda makan 2 sudu gula, kurangkan satu sudu. Belajar terima minuman atau makanan yang kurang manis. Bukan tak manis langsung. Manis tapi kurang.

Saya pernah jumpa seseorang yang minum teh tambah gula dan pekat susu. Tak tau lah rasa macam mana. Tapi dia minum selamba je.So cuba berulang kali, lama-lama lidah anda akan terima kurang manis. Tapi kena berterusan.


  1. Elakkan tambah gula dalam minuman bersusu atau kopi segera

Ini satu tips. Kalau anda penggemar minuman campur susu, kopi atau teh, cukuplah manis susu janganlah ditambah gula lagi. Macam tu juga kopi segera sekarang ni.Kopi Janda ka, Radix ka, Larat ka, Lelaki ka, apa sajalah. Kopi campuran tu dah ada gula, jangan ditambah susu atau gula lagi. Masalahnya kalau pergi restoran, kalau tak pesan jangan campur gula pasti dia akan tambah gula. Aduiyaai…

  1. Ganti gula lebih sihat

Ini satu lagi cara anda nak kurang gula. Sebenarnya rasa manis tu tak mudarat. Yang mudarat ialah gulanya. Kalau kita dapat ganti pemanis bukan gula, ia akan dapat mengurangkan pengambilan gula.

Sekarang ni dah ada produk yang dapat menggantikan gula. Ada yang 0% calori. Bagus tu. Kalau anda jenis yang susah nak buang tabiat kurang manis, ini cara yang terbaik.

Cuma produk ni agak mahal nak dibandingkan dengan gula biasa.. Di sini saya senaraikan beberapa produk yang anda boleh pilih.



Ini salah satu pemanis bukan gula.
Pemanis dari pokok Stevia.
Harganya RM59.90


Ini pun satu lagi produk pemanis pokok Stevia.
Kandungannya sama ngan Biomanis.
Yang bestnya harga lebih murah
RM 38
( BERMINAT? CONTACT SAYA)



Gula ni dari jagung. Saya jumpa
produk ni  semasa saya melawat
Indonesia. Tak pasti di Malaysia ada tak


    Ini salah satu pemanis rendah kalori.
    Tapi ini artifial. 
  1. Pilih minuman yang tidak ditambah gula/ kurang manis

Ini pun anda kena hati-hati. Banyak minuman dalam pasaran sekarang. Anda kena ada disiplin. Katakan tidak pada minuman yang manis.

Apa yang saya buat ialah baca kandungan GULA pada label. Tengok pada ruangan 100ml. mesti ada dua ruangan satu 100ml dan kandungan produk.

Saya akan pilih produk kandungan gula kurang 8g / 100ml sebagai pilihan. Sekarang ni dah ada minuman begitu, tapi masih tak banyak. Ada minuman walaupun tertulis NO SUGAR ADDED tapi kandungan gula lebih 10g jugak.

So baca label dulu sebelum beli. Jadilah pengguna yang sihat ok….

Ini antara minuman yang saya suka sebab gula paling kurang. Kurang dari 8g/100ml


Saya tengok semua produk teh POKKA
kandungan gula rendah

Ini pun satu lagi pilihan saya sebab
gula memang rendah tetapi masih sedap

Ini minuman baru dalam pasaran,tapi best jugak
sedap kurang manis


Hati-hati dengan minuman tenaga.
Saya periksa hampir semua minuman tenaga,
produk Orang Kampung sahaja yang kurang gula.
Sebab tu rasa dia pahit sikit tapi sedap.




Ini pun ok sebab gula kurang. Tapi rasa kopi
tetap asli



Bagi penggemar soya, inilah juara air soya
paling kurang gula.Pilihlah



V soy pun ok. Antara air soya yang rendah gula
dalam pasaran

  1. Elak minum minuman manis pada waktu malam

Ini satu lagi cara bagaimana saya  kurangkan pengambilan gula harian. Saya disiplinkan diri lepas pukul 8 malam tak boleh minum air manis dah.

Minum air masak je. Minum banyak-banyak. Kenapa? Yelah, malam kita hanya nak tidur je.  Tak guna tenaga dah. Gula yang kita makan tak digunakan lagi. Badan akan simpan saja dan akhirnya jadi racun kepada badan.

Itu antara cara bagaimana saya kawal pengambilan gula. Kalau anda ada cara anda tersendiri, kongsikan dengan saya ye….kita sama-sama kekal sihat


Sehingga berjumpa lagi....CEGAH SEBELUM PARAH











PS: Saya minta sahabat semua sebarkan ilmu ni pada orang lain juga. Hasrat saya nak kumpul sebanyak mungkin orang-orang yang betul-betul serius nak jaga kesihatan badan mereka.

Saturday, October 9, 2010

STRATEGI 2 CEGAHPINTU PENYAKIT PERTAMA : MAKAN- PASTIKAN MINUM AIR REVERSE OSMOSIS( RO )

Salam Sihat semua….
Selepas kita bincang strategi 1 : Bina Minda Sihat Tulen. Sekarang kita masuk strategi ke 2 untuk kekal sihat.

AIR amat penting kepada badan. Setakat mana penting? Amat-amat penting. 70%  badan manusia ialah air. Sel badan, darah dan hampir semua struktur badan terdiri daripada air. Maknanya manusia mustahil hdup tanpa air. Tiada air ertinya MATI.

Sebab itu kita perlu minum air tiap-tiap hari. Kena minum. Kalau kita belajar sikit sains, badan manusia ini ada sistem khas bekerja untuk pastikan air cukup dalam badan.

Kalau air tak cukup hampir semua fungsi badan terganggu, buah pinggang rosak, garam badan kacau, tekanan darah rendah, meracau dan banyak lagi.

Persoalannya apa air yang paling selamat diminum? Saya nak berkongsi pengetahuan dengan anda semua. Saya dapat maklumat ini daripada satu seminar yang dibuat di Hospital Sultanah Bahiyah. Ada seorang speaker tu PhD dalam air. Saya amat tertarik isu yang diutarakan.

Dia kata ada satu research yang dibuat di beberapa negara termasuk Malaysia. Mereka kumpul darah bayi immediate selepas bersalin dan buat analisa kandungan. Hasilnya menggerunkan. Amat membimbangkan. Professor tu cakap dalam darah bayi yang betul-betul baru lahir dah ada heavy metal dalam darah, antibiotic dan pelbagai bahan kimia. Bukan satu negara bahkan seluruh dunia.

Dari mana semua bahan kimia ini datang? Mereka buat kesimpulan bahawa puncanya daripada air minuman. Sekarang ni air yang datang ke rumah kita, yang kita minum, masak dan pakai seharian amat tercemar. walaupun sudah dirawat.

Penggunaan bahan kimia dalam semua makanan dan minuman, antibiotik yang tidak terkawal telah mencemarkan sumber air. Dalam nada sinis professor tu kata, kalau kita sakit tak perlu ambil antibiotik di klinik, cukup minum air paip je sebab dah ada antibiotik dalamnya.

Di akhir seminar dia bagi penyelesaian. Dia kata cara paling selamat untuk bekalan air minum ialah Air Reverse Osmosis. Reverse Osmosis ni ialah air tulen yang tidak bercampur apa-apa garam mineral.
Apa pendapat kata air RO ini air mati sebab hanya air je takde mineral. Sebenarnya badan kita hanya perlukan air tulen ( H2O ). Mineral badan kita boleh dapat dalam diet harian kita.


Justeru, saya amat seru kepada semua pembaca dan sahabat sihat, sebarkanlah maklumat ini kepada semua supaya kita lebih kekal sihat .

Dalam pasaran sekarang ni dah banyak syarikat jual air RO. Ada juga jual dalam botol. Apa yang saya guna? Saya guna penapis air Reverse osmosis ELKEN. So far saya amat berpuas hati dan yakin. Mesin mesra pengguna dan Nampak elegen. Harga pun ok, boleh bayar ansuran.
PS : Kalau berminat saya boleh tolong uruskan, di mana sahaja dalam Malaysia.

Inilah filter ELKEN BIO PURE KEN 2 saya.
Yang telah membantu saya kekal sihat



Inilah hasil tapisan air dari paip rumah.
Asalnya putih melepak filter dah jadi sekotor ni.
Bayangkan kotoran ni masuk dalam badan.


Tak kiralah apa yang anda guna, mesin penapis ka, air botol ka, tapi pastikan ianya AIR REVERSE OSMOSIS. Pakailah apa jenama pun.

Jumpa lagi nanti…

     

STRATEGI 1 : CEGAH PINTU PENYAKIT PERTAMA : MAKAN- BINA MINDA SIHAT TULEN

Salam semua….sudah sampai masanya saya berkongsi dengan semua strategi bagaimana nak cegah pintu penyakit pertama: Makan. Saya harap anda semua dah baca semua penyakit- penyakit TOP 10 yang berpunca daripada Makan. ( Baca posting terdahulu )

Kalaulah kita dapat kawal pintu penyakit ini hampir 50 % penyakit kronik boleh dicegah. Anda tak perlu menderita menghadapi kesakitan penyakit. Hidup anda lebih bahagia. Minda anda lebih tenang.


1.       Minda sihat tulen siap siaga

        Ini adalah langkah paling utama sebelum anda mula atur strategi lawan penyakit. Semuanya bermula dari minda anda. Anda mesti betul-betul fokus dan bulat tekad nak sihat.

Bukan sekadar mulut cakap nak sihat, bukan setakat lidah sebut nak sihat. Tetapi perasaan meluap-luap betul-betul anda nak sihat. Health Concious mesti lahir dari hati yang ikhlas dan  jitu.

Daripada pemerhatian saya, kita akan betul-betul jaga kesihatan bila kita rasa sakit. Betul tak? Mungkin anda juga sama. Ada seorang pesakit datang  kepada saya mengadu sakit dada selama 2 tahun. Saya tanya kembali pernah jumpa doktor sebelum ni. Dia kata tak pernah. Hairan bin ajaib, kenapa baru sekarang dia nak datang jumpa doktor sedangkan 2 tahun dia tak pernah kisah pun . Nak tahu sebab apa dia datang? Sebab baru-baru ni ada kawan baik dia meninggal sebab sakit jantung. Itu sebab dia mula risau tentang sakit dada dia walaupun dah 2 tahun sakit.

Itulah kebanyakan daripada kita, dah sakit baru nak betul-betul jaga badan. Apa pun, anda mesti bina minda sihat ini bermula dari sekarang. Sebab tu saya tulis senarai TOP 10 penyakit Pintu Pertama: Makan. ( Harap anda semua dah baca, kalau belum sila-silaah baca ye supaya faham sedikit sebanyak mengenai derita sakit yang anda mungkin alami kalau tak jaga badan dari sekarang ) .

Anda dah sedia sekarang? Betul anda nak jadi manusia yang sihat? Betul ke? Betul ke ni? Jangan cakap je.
Saya syorkan kepada anda, pergilah melawat ke hospital. Aturkan lawatan sambil belajar ke wad hospital terutamanya wad Perubatan Dalaman. Anda akan berjumpa dengan pesakit-pesakit realiti yang terpaksa berlawan dengan penyakit. Ada yang berjaya dan ada yang tewas. ( Baca Cerpen Sihat, itu semua adalah kisah benar yang saya hadapi ). Anda lihat sendiri pesakit yang nazak menunggu saat kematian tanpa dapat buat apa-apa lagi.  

Fikirkan kalaulah anda jadi begitu. Persoalannya bolehkah anda dabik dada, anda tidak akan terkena strok? Gagal buah pinggang? Serangan jantung? Tidak ada siapa yang boleh kata dia selamat.
Saya pasti anda akan dapat satu persepsi baru mengenai kesihatan selepas pergi ke hospital. Betapa nikmatnya rezeki SIHAT yang anda kecapi.  



Itu ialah langkah mula sebelum anda teruskan langkah untuk mengecapi sihat sejati. Abda dah ada minda sihat ? Syabas kita teruskan strategi ke 2 di lain posting. Sabar ye…..

Thursday, October 7, 2010

RILEKS MINDA

 Salam semua.....Jom Rileks sekejap. Menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan Yang Maha Esa. Sebenarnya pelbagai masalah yang terjadi sekarang datang dari Hati. Kerana Hati ialah Raja.Bunuh, Rompak, Rogol, Rasuah dan macam-macam lagi.

Maksud Hadis: "Di dalam tubuh ada seketul darah. Jika baik baik darah itu maka baiklah seluruh badan. Namun jika rosak darah itu maka rosaklah seluruh badan. Itulah HATI.


Ini satu rahsia kesihatan badan yang amat unggul. Kita mesti  kawal hati supaya sentiasa baik. Kalau hati baik maka tak kan berlaku semua jenayah di atas.

Salah satu cara nak jaga hati, selalulah tengok ALAM. Tenang fikiran. Kalau stress tengok gambar alam. Ini satu terapi yang memang di akui oleh perubatan. Sebab alam dicipta untuk manusia.

Jom kita hayati bersama...



Indahnya tasik. Sejuk mata sampai ke hati




Pantai juga melambai kedamaian jiwa.
Melodi ombak membelai jiwa

 

Tak kurang hebatnya terapi hutan.
Nyaman dikelilingi dengan kehijaun pohon dan
bekalan oksigen
bersih


Pasak bumi gunung. Satu lagi ciptaan indah
Maha Bjaksana. Bukan sekadar menstabilkan bumi
bahkan penawar jiwa yang jusut

Keindahan padang pasir yang memukau di bumi
Asia Timur. Di mana sahaja anda pergi atas mukabumi
pasti ada keindahan untuk manusia


Musim panas di bumi 4 musim. Summer . Subhanallah


Walaupun kesejukan di kelilingi salju putih
namun kecantikan tetap terserlah sebagai
hiburan hati insan


Autumn. Hebatnya gabungan warna dedaun dan bungaan
disamping luruhnya menghiasi bumi. Asyik!!!



Segar mata memandang..ahhhhhhh!!!!



Sebelum malam menjelma, disediakan pemandangan
mengasyikkan sang mentari meabuhkan tirai
untuk beradu

Renungkanlah.....fikirlah. Pasti ada ketenangan.....