SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Wednesday, October 6, 2010

PENYAKIT TOP 10 KE LAPAN : KEGAGALAN BUAH PINGGANG ( END STAGE RENAL FAILURE )

Salam Sihat semua.....sekarang ni dah start kerja, so sibuk sikitlah. Itu yang tertunda sikit posting. Apa pun kita teruskan perbincangan kita. Panjang lagi ni. Saya belum lagi bagitau cara nak cegah 6 pintu penyakit.  ( Boleh baca di posting Pengenalan 6 Pintu Penyakit ). Baru Pintu Penyakit Pertama

Ini merupakan salah satu bencana penyakit Makan yang amat menggerunkan dan membimbangkan. Statistik menunjukkan pada tahun 2007 seramai 15,000 pesakit memerlukan dialisis. Dijangkakan setiap tahun seramai 2500 pesakit baru gagal buah pinggang memerlukan dialisis. Maka sekarang ni dah berapa? Jumlahnya tidak pernah turun bahkan terus naik dan bertambah.

Punca gagal buah pinggang?





Banyak punca. Tapi punca yang paling utama yang berlaku ialah KENCING MANIS  dan PAIN KILLER..

Pesakit kencing manis pasti lambat laun akan kacau fungsi buah pinggang lambat atau cepat je. Apa yang doktor boleh bantu melambatkan kerosakan buah pinggang sahaja. Gerunkan dengar? Tapi itulah hakikatnya. Sebab tulah kita nak sangat semua pesakit control betul-betul kencing manis.

Satu lagi punca utama yang berlaku ialah Pain Killer( Ubat Tahan Sakit) Banyak terjadi di kalangan orang muda. Salah seorang ahli keluarga saya rosak buah pinggang kerana terlalu banyak guna pain killer sebab dia ada gaut. Sebab tu kalau perlu ambik pain killer, jangan ambik berterusan. Sekali sekala ok lah. 


Apa itu gagal buah pinggang?


Setiap manusia ada sepasang  buah pinggang ,kanan dan kiri. Cuba anda berdiri dan cekak pinggang. Buah pinggang anda berada dibawah tapak tangan anda.


Kerja buah pinggang ialah untuk membersihkan darah. Setiap hari badan kita menghasikan toksik hasil daripada proses badan. Toksik ini perlu dikeluarkan sebab ia akan menjadi racun kepada badan. Siapa yang membersihkan darah. Ya Buah Pingganglah menjadi tukang buah sampah badan. Seperti rumah kita juga, mesti ada sampah yang kita buangkan. Bak kata ayah saya, “Cik Pah”( bakul sampah ) ni tak pernah lapar, kenyang selalu. Cuba anda bayangkan umah kita yang penuh dengan sampah. Orang tukang angkat sampah tidak datang ambil sampah seminggu. Apa jadi?

Jadi, jika buah pinggang gagal berfungsi, maknanya darah akan jadi racun. Bila jadi racun semua fungsi badan akan  terencat.Dan peringkat yang teruk bawa maut.


Kenapa takut buah pinggang gagal?

  1. Pesakit gagal buah pinggang ni tidak ada cara lain nak selamat melainkan dialisis seumur hidup. Kalau bernasib baik boleh buat pemindahan buah pinggang tapi amat sedikit pesakit yang berjaya.
Anda tahu berapa kos dialisis? Setiap pesakit memerlukan dialysis 3 kali seminggu. Maknanya 12 kali sebulan. 

Setiap dialysis kosnya purata RM 150.
Kos per bulan RM 150 x 12 = RM 1800.00.
Setahun RM21 600

Dialisis diperlukan SEUMUR HIDUP!!!. Tauke balak pun botak. Ada orang cakap; kalau takda duit jangan gagal buah pinggang. Sound rude but there is some truth.


  1. Komplikasi gagal buah pinggang
Komplikasi gagal buah pinggang ni banyak sangat.  Yang banyak ialah jangkita kuman dalam darah ( sepsis ) sebab pesakit buah pinggang daya tahan badan amat lemah. Banyak pesakit yang meninggal sebab jangkitan kuman ni.
Air bertakung dalam badan juga komplikasi biasa pesakit buah pinggang. Apabila buah pinggang dah rosak, dia tak boleh hasilkan air kencing lagi, maknanya semua air yang diminum bertakung dalam badan. Air ni akan pergi ke paru-paru dan pesakit tak boleh bernafas. Kesian tengok. Pesakit hanya boleh minum air 500ml sahaja sehari, satu botol air mineral, termasuk semua jenis air, kuah dan apa saja yang berair.

Kurang darah, tulang reput dan banyak lagi komplikasi boleh belaku . Pendek kata Kualiti Hidup dah takda. Tapi memang ada pesakit dialisis yang hidup normal, tapi selepas bertahun-tahun belajar 

 Kalau anda berminat nak tahu lanjut boleh contact saya ya. Kita boleh sembang panjang-panjang.

Mesin Dialisis





Apa pun ingat  CEGAH SEBELUM PARAH!!!

Monday, October 4, 2010

PENYAKIT TOP 10 KE TUJUH: KAKI BUSUK( GANGREN )

Salam semua....untuk bencana pintu penyakit yang ke 7 ini, biar gambar menceritakan segala-gala. orang kata sekeping gambar menceritakan 1000 cerita.


Inilah antara kaki pesakit kencing manis yang datang kepada doktor.....Bayangkan ini ialah kaki anda..amacam?



Jari kaki kedua telah menjadi hitam
maknanya telah mati  



Ulcer mereput di bahagian ibu jari sehingga ke bawah tapak kaki.





Keseluruhan jari kaki telah menjadi hitam. Kena
potong segera



Lagi kaki telah menjadi hitam, pun mesti dipotong
Sakitnya!!! Ulser kaki telah mereput
sehingga membentuk lubang











Sel mati pada tumit kaki

Uler kaki yang dijangkiti kuman dan bernanah


Ulser terbentuk di tapak kaki





Itu antara apa yang berlaku kepada kaki pesakit kencing manis . Dan itulah yang banyak datang kepada doktor.

Macamana boleh terjadi?

Sama seperti serangan jantung dan strok, salur darah yang membekal darah ke kaki tersumbat oleh plag. Plag terbentuk hasil daipada the Three Stooges( Hyertension, Diabetes Cholesterol).

Ini menyebabkan sel kaki mati dan menjadi gelap. Kencing manis juga melemahkan sistem pertahanan badan melawan kuman. Maka kuman dengan mudah membiak dan beranak pinak di kawasan sel mati.



Siapa yang berisiko?

Pesakit kencing manis.( Juga boleh tengok gambar )





Apa ubatnya?

Potong kaki . Inilah yang paling ditakuti oleh pesakit. Berapa ramai pesakit yang tidak setuju...saya faham. Sapa yang nak kehilangan kaki. 

Tetapi kalau kaki dah menjadi hitam, maknaya tidak dapat diselamatkan. Ia akan jadi tempat subur untuk kuman je. Takda jalan lain...kena buang.




Kaki selepas  dicuci dan dibuang semua sel-sel
mati


Keadaan kaki setelah dijahit





Ngeri? Ya memang ngeri. Tapi masih terlalu ramai yang masih datang ke hospital kerana kaki busuk.
Malangnya, kejadian ini boleh dicegah, kalau mereka mengetahui.
Syaratnya perlu kepada ilmu.

Cegahlah sebelum parah....Anda Mampu Melakukannya

PENYAKIT TOP 10 KE ENAM : STROK ( LUMPUH ) ,PERAGUT KEBAHAGIAN HIDUP

Salam semua, salam sihat. harap anda semua bahagaia disisi keluarga dan orang tersayang. Jangan biarkan kebahagian anda tergugat dengan penyakit yang tidak ada belas kasihan.

Hari ini anda bergelak ketawa, berjalan di pasaraya, membantu orang yang memerlukan, bernyanyi dan berbagai lagi tugas dan aktiviti yang anda suka.  Malamnya anda tidur. Esoknya anda buka mata, tetapi anda tak mampu bangun dari baringan. Anda mahu jerit minta tolong, tetapi tiada suara. Apa perasaan anda?

Tetapi itulah kisah benar yang berlaku saban hari kepada pesakit strok. Strok datang dengan tiba-tiba. Meragut segala kebahagian hidup. Kelmarin masih boleh makan, hari ini tidak boleh telan. Kelmarin masih ketawa riang, harini tidak mampu lagi menggerakkan mulut. Kelmarin boleh berjalan, harini terlantar atas katil sahaja tidak mampu gerak kaki dan tangan.

Strok antara pembunuh utama di hospital. Dianggarkan pesakit strok pada 2001 ialah 20 juta, sekarang mungkin dah berkali ganda.


Apa itu strok?

Orang ramai lebih kenal lumpuh. Sebenarnya lumpuh tu strok atau angin ahmar. Masalah berlaku dekat otak. Otak ialah organ yang mengawal pergerakan tubuh, kaki dan tangan. Apaila bahagian otak yang kawal tubuh rosak maka pergerakan terganggu.




Siapa berpotensi dapat strok?

Kalau anda termasuk di dalam golongan ini jaga-jaga, kebahagian anda mungkin diragut. 
  • Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.
  • Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)
  •  Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)
  •  Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)
  •  Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)
  •  Merokok
  • Berat badan yang berlebihan-gemuk atau obesity
  •  Cara hidup tidak aktif (sedentari)- lembab
  •  Tekanan/stress
  •  Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
  •  Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

Jenis strok

Ada 2 jenis strok 1) jenis berdarah ( hemorrhage )  2) Darah beku ( ischemia )

Kedua-dua menyebabkan darah tidak sampai ke otak, otak akan lemas dan akhirnya mati. El otak unik sebab tidak boleh tumbuh kembali. Kalau mati maka mati selama-lamanya.

Tetapi strok jenis berdarah lebih bahaya. Selalunya pesakit tidak sedarkan diri dan peluang kematian adalah tinggi.


Boleh cegah ke strok ni. Jawapannya sudah pasti BOLEH. Nanti kita bincangkan panjang lebar bagaimana nak cegah strok ye….
Sampai jumpa lagi.


Sunday, October 3, 2010

MOTIVASI SIHAT: JANGAN SAMPAI SAKIT DATANG MENGETUK BADAN, JAGA BADAN ANDA SEKARANG!!!

Pagi ni saya bangun awal sikit, sementara tunggu azan Subuh saya capai paper Kosmo dan Metro di atas meja. Beli kelmari tapi tak baca pun. Helai demi helai saya buka paper tu. Saya tengok betapa banyaknya iklan –iklan yang mengajak untuk jadi usahawan dan jutawan.

Seminar  usahawan, bengkel jutawan, ada yang promosi pecah panggung, ada yang ajak anda jadi cantik dan menawan, ada yang tawarkan produk kulit halus, ada yang tawar kotrak farming ikan kelisa dan banyak lagi.  Kalau buka Metro penuh dengan iklan.Semuanya nak bantu anda jadi jutawan dan cantik. Banyak duit dan cantik.

Sebenarnya HARTA dan KECANTIKAN ialah idaman setiap manusia. Sapa yang tak mahu nampak menawan dan kaya. Anda nak? Saya pun mahu. Sebab tu umpan Kecantikan dan Kekayaan amat berkesan untuk melariskan bisnes.

Namun ada satu perkara yang dilupakan. Kesihatan badan. Ya ini antara nikmat besar yang Tuhan berikan kepada kita yang kita take for granted. Nikmat yang banyak memperdaya manusia. Ramai yang tidak pernah terfikir da merasakan betapa bertuahnya mereka kerana sihat lagi harini.

Bila kita menghagai kesihatan? Ya bila kita sakit. Apa guna harta banyak tapi tak boleh makan yang seap-sedap. Apa guna cantik kalau anda terpaksa menderita ksakitan. Cukup dengan sakit badan dan selsema. Kalau kita pening dan sakit tekak. Kita akan usaha cari ubat untuk cari sihat. Tu tak kena sakit kronik lagi, macam kanser, serangan jantung dan strok. Penyakit yang tidak ada penawarnya. Masa tu kita sanggup bergolok bergadai harta untuk beli sihat. Kadang-kadang kita hanya tersedar bila dah terlewat. Bila penyakit dah diperingkat kritikal dan tak boleh diubati lagi.

Umumnya apa sakit pun, banyak usaha dan cara untuk cegah dan rawat diperingkat awal. Lagi awal lagi baik. The best semasa anda masih sihat.

Saya nak anda semua ada satu pemikiran. Fikiran apa? Agenda sihat dalam hidup. Seperti anda ambil insuran /takaful nyawa dan keluaraga. Seperti anda sungguh-sungguh cari harta. Seperti anda buat simpanan untuk hari tua. Begitu jugalah anda mesti masukkan agenda JAGA BADAN, CEGAH SEBELUM PARAH dalam hidup. Anda kena ada “major plan” untuk kekal sihat sampai tua.
Semuanya bermula dengan minda anda. Anda kena mula dengan kefahaman dan diterjemahkan ke dalam keazaman. Seterusnya bertindak.  

Itulah hasrat saya. Jadi saya seru semua marilah kita sama-sama jaga badan kita. Jaga badan sampai tua. Jadi rajin-rajinlah melawat blog ini. Kalau perlu kita boleh bekerjasama dalam apa jua bentuk, program,seminar dll.
Jom jadi sahabat sihat!!!!

JAWAPAN KUIZ SIHAT : TINEA CORPORIS


Terima kasih kepada sahabat sihat yang komen.

Jawapan yang diterima

1)  RING WORM
 2) KURAP

Kedua-duanya betul!!!! Tahniah.

Nama sebenarnya Tinea Corporis. Takde yang hebat pun. Bahasa  standardnya  kurap.Ia adalah jangkitan  kulat atau fungus

Ciri-ciri - bentuk macam gelang( sebab tu digelar ring worm )
            - boleh jadi gatal. selalunya lagi garu, lagi sodap
            - selalu naik dikawasan lembap seperti di celah-celah pelipat( fold ), betis, celah jari, kelangkang.
            -selalunya terjadi sebelah badan sahaja


Harap lepas ni anda semua ada idea kalau kena kurap ni.
Ubat dia nama " ZOLE " di belakang; Miconazole, Itraconazole. Ada dalam cream dan tablet.

Sebarang soalan lanjut, emelkan kepada saya ye. Jumpa lagi

SOALAN PEMBACA: KENCING MANIS MENGANDUNG, BAHAYA KE?

Salam semua. kali ni saya nak jawab soalan yang diajukan kepada saya berkenan kencing manis semasa mengandung..

Apa itu kencing manis semasa mengandung(gestational diabetes mellitus) GDM?

Kencing manis yang hanya berlaku kepada ibu-ibu yang mengandung. Yang pasti golongan bapa-bapa tak kena sebab tak mengandung..:). Selepas bersalin kencing manis pun hilang.

Siapa yang berisiko?

v  Ahli  keluarga peringkat pertama( ibu,bapa ) yang  mempunyai kencing manis
v  Ibu yang mempunyai sejarah kencing manis semasa mengandung pada kandungan terdahulu
v  Ibu yang berumur 35 tahun ke atas( makin tua umur  makin berisiko, so kalau nak mengandung pulun masa muda)
v  Ibu yang gemuk/obesity
v  Sejarah bayi besar semasa kandungan terdahulu
v  Ibu yng merokok( hodohlah kalau perempuan merokok )


Bagaimana boleh berlaku?

Secara jujurnya tidak dapat dipastikan secara pasti kenapa GDM berlaku. Betapa lemahnya ilmu manusia dibandingkan dengan ilmu Allah).

Penjelasan paling diterima ialah insulin tidak berfungsi seperti pagar rumah, pagar ada tapi tak kukuh. Maka rosak juga rumah. Insulin ada dalam badan tetapi tidak dapat berfungsi. Ini kerana semasa mengandung banyak hormon  yang dihasilkan yang menyebabkan insulin tidak dapat berfungsi( dysfunction ) dengan elok. Maka kencing manis pun terjadi.

#Sebenarnya terlalu kompleks nak terang, tapi cukuplah kalau faham setakat tu. Kalau nak tau lanjut kena pergi medical school.

Skrin test

Semua  ibu mengandung yang berisiko seperti  atas perlu melakukan Glucose Tolerance Test( Ujian Minum Air Gula ). Menurut isteri saya, memang teruk kena minum air gula tu sampai nak muntah. Tak taulah saya sebab tak pernah kena.
Kalau positif kira ada GDM. Pastu kena buat ujian gula empat kali ( Blood Sugar Profile )

Kenapa takut sangat kencing manis semasa mengandung ni?

Umumnya, kencing manis semasa mengandung ni kesannya lebih kepada bayi. Terbalik dengan darah tinggi, kesannya lebih kepada ibu.

Macrosomic baby( bayi besar )
Antara kesan kepada bayi : 

·         1.  Bayi besar (Macrosomic baby)-menyebabkan kesukaran bersalin
·        2.   Bayi meninggal dalam kandungan. Selalunya semasa lewat kandungan. Memang sedih sebab terpaksa lahir macam biasa tetapi anak dah meninggal.

·         3.  Kecacatan bayi- proses pembentukan bayi terganggu meyebabkan bayi berisiko untuk cacat.

Ubat?

Kelahiran dengan bantuan alatan disebabkan oleg macrosomic baby
Tidak ada pilihan melainkan cucuk insulin. So kalau anda atau ahli keluarga ana ada kencing manis semasa mengandung tolonglah jaga betul-betul. Cucuk insulin betul-betul. Kasihanilah baby dalam kandungan. Janganlah malas-malas.


Harapnya ada manfaat artikel saya ni. Ada orang kata terlalu ringkas. Ya saya akui ringkas sebab saya tulis bukan untuk pelajar perubatan atau doctor. Tapi untuk orang ramai. Kalau anda berminat betul-betul, boleh hubungi saya. Kita boleh sembang panjang.
Jumpa lagi……..wassalam

Friday, October 1, 2010

PENYAKIT TOP 10 KELIMA: SERANGAN JANTUNG

Tanda universal sakit dada serangan jantung.
Tangan diletakkan di sebelah kiri dada

Salam semua, harap anda terus komited untuk menjaga badan anda. Kali ini, kita dah samapai ke penyakit yang ke-5 daripada Top 10 bencana daripada Pintu Penyakit Pertama-Makan

Pernah anda terfikir kenapa di Malaysia ni wujudnya Institut Jantung Negara( IJN )? Why? Kalau sesuatu yang besar berlaku mesti serius masalah itu. Kenapa sakit jantung ini diangkat sampi ke peringkat Negara? Kenapa tidak ada Pusat Jerawat Negara ka, Institut Strok Negara Ka?

Ya, ini disebabkan penyakit jantung ialah pembunuh nombor  1 di Malaysia. Kalau anda duduk seharian di hospital, tidak ada satu hari yang terlepas tidak ada sakit jantung yang masuk ke wad. Mesti ada. Dan majority daripada mereka ialah orang Melayu.

Bagaimana boleh terjadi?

Lihat plag yang menyebabkan salur darah
tersumbat
Serangan jantung ni terjadi kerana komplikasi daripada The Three Stooges yang saya sebutkan sebelum ini, kencing manis, darah tinggi, kolesterol termasuk juga obesity. Kalau anda pengidap salah satu sakit ini, maknanya anda berpotensi untuk dapat serangan jantung. Bahkan kalau anda masih ingat di dalam posting kencing manis, saya ada ingatkan, pesakit kencing manis tidak dapat lari daripada komplikasi, pasti akan dapat serangan jantung, strok dan lain-lain.

Ingat lagi  apa yang The Three stooges buat kat salur darah? Mereka akan bentuk plag bagi salur darah tersumbat. Bila tersumbat darah tak sampai ke jantung, maka jawabnya sel-sel jantung lemas (ischemia). Kalau tak diselamatkan sel jantung akan mati( infarction ). Sel jantung mati tidak boleh tumbuh semua. Tak macam sel kulit, kalau rosak boleh tumbuh lain. Patah tumbuh hilang berganti. Tapi sel jantung patah terus hilang selama-lamanya.

Biasanya orang yang kena serangan jantung ni akan sakit dada dan datang mengejut. Biasanya sakit dada tu ada kaitan dengan aktiviti fizikal. Sakit dada bila berjalan jauh ke, angkat barang berat ke, terkejut ke. So siapa yang terasa tak sedap dada bila buat aktiviti fizikal ni dan hilang bila berehat kena cepat-cepat periksa. Takut-takut jantung.

Siapa yang berisiko?

Ada 2 kategori risiko. 1. Risiko tak boleh ubah( non modifiable )
                                       2. Risiko boleh ubah ( modifiable )

Risiko tak boleh ubah

Risiko ini tak boleh buat apa. Kalau anda ada anda kena terima dan berhati-hati je. Tak boleh ubah
1.1    Umur – lagi tua kita, makin berisiko untuk dapat serangan jantung. Macamana nak ubah umur, mahu tak mahu kita akan tua juga. Pakailah apa produk anti penuaan pun, kulit je Nampak muda tapi body tetap tua.

1.2   Jantina – lelaki lebih berisiko. Kalau anda seorang lelaki seperti saya, kita tetap ada risiko. Tak kira lelaki sejati atau palsu. Lelaki tetap lelaki. Tapi perempuan jangan seronok sangat sebab risikoserangan jantung akan meningkat mendadak apabila menopause.

1.3   Keturunan- ini satu lagi faktor yang kena terima. Jika ada dikalangan keluarga kita yang kena serangan jantung umur muda, lelaki –bawah 45, perempuan bawah 50. Maka kita sebagai pewaris keluarga pun berisiko. Bukan mewarisi harta saja tetapi juga penyakit.


Risiko boleh ubah

Inilah risiko yang amat perlu diberi perhatian kerana kita boleh buat sesuatu untuk cegah serangan jantung. Kalau kita control betul-betul risiko ini, kita boleh elak serangan jantung. Best kan?

1.1                        Kencing manis- Rasanya saya tak nak panjangkan lagi cakap kencing manis ni. Boleh pergi ke posting terdahulu.

1.2                        Darah tinggi- pun anda bleh pergi ke posting terdahulu

1.3                             Kolesterol – pun sama, baca jangan tak baca artikel terdahulu.

1.4                           Obesiti- pun sama. Baca posting terdahulu.

1.5                                               Kurang aktiviti fizikal- jangan nak bersenam atas katil je. Orang sekarang semuanya senang, semua swastakan kat mesin. Semua instant. Basuh kain, kerja rumah semuanya mesin buat sekarang. Apa yang kita buat, duduk atas kerusi, tekan remote Astro. Lepas satu channel ke satu channel. Dari hutan Animal planet ke CSI New York , sampai ke angkasa lepas Discovery. Habis dunia kita pusing sambil duduk atas kerusi sambil makan.

1.6                                               Merokok- ini satu risiko yang besar. Saya pernah jumpa pesakit serangan jantung muda lagi, dalam 27 tahun, ahli sukan, tidk ada darah tinggi kencing manis. Paras kolesterol optimum. Slack nya hanya dia merokok. Perokok berisiko amat besar berbanding orang biasa. Merokok ni umpama kita jemput sakit datang ke badan. Lambat laun ana akan dapat sakit. Saya akan tulis artikel khas mengenai rokok nanti.


Semua masalah ini berpunca daripada makanan kita. Bencana mulut.  Tapi berita gembira sebab semua ni boleh dicegah. Persoalannya adakah anda mencegahnya. Atau anda mangsa seterusnya……
                                                

  SAYANGILAH JANTUNG ANDA