SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Monday, December 20, 2010

SNEK SIHAT UNTUK DIKONGSI

Salam semua......

Kali ni saya nak kongsi dan cadangkan kepada semua beberapa snek yang saya amalkan. Kalau anda serius dengan diet anda, ada 2 benda yang anda kena hati-hati 1) Makan malam 2) Snek.

Apa makna snek? Saya rasa anda pun tahu, makanan yang diambil selain daripada major meal. Makanan sampingan. Satu perkara yang menjadi tabiat saya, apabila memandu jauh, mulut saya tak boleh diam. Kena kunyah sesuatu. Tu lah masalah. Biasaya apa yang anda makan. Yang popular Chip potato( Pringles, Mister Potato), Coklat, Junk food. Kadang-kadang kita rasa biasalah makan ringan. Tapi sedarkah anda banyak mana kalori yang kita ambil? Banyak oooooooooo....yang bestnya, kita masih mengaku berdiet.

Dulu saya pun macam anda jugak. Tapi bukan sekarang. Di sini saya nak kongsikan kepada anda snek yang saya ambil bila saya memandu jauh.
1.


Ini yang penting, Pastikan tiada preservatif dan lemak


Chip epal dry vacum. Ada banyak perasa selain epal tetapi saya suka epal. Masalahnya tak meluas pasrannya. Saya hanya jumpa di Giant Kota Bharu saja.

2.


Ini pun satu lagi pilihan saya. Ada macam-macam kekacang dalam tu. kekacang amat baik untuk jatung dan minda anda. Sambil memandu sambil jaga kesihatan. Ini baru gaya hidup sihat.

3.

Jagung rebus. Ini satu lagi kegemaranku. Tapi pastikan jagung tu tak dicampur dengan apa-apa. garam, susu, marjerin. Selalunya saya akan minta jagung rebus plain. Mungkin anda akan dipandang pelik oleh peniaga tu. Biarkan,

3.


 Buah-buahan segar. Ini pun snek yg amat saya suka. Kalau nak ke KL, pasti saya akan singgah R&R Sungai Perak. Selain tempat yg selesa, di sana banyak dijual buah potong. Macam-macam ada. Tapi pastikan betul-betul segar. Kadang-kadang buah tu dah dipotong pagi, petang masih dijual. Yang terbaik, anda pilih buah, dan suruh penjual tu potong. 

Semoga kita boleh amalkan gaya hidup sihat...

MINDA SIHAT: APA NAK JADI NI!!! ISTERI PUN KENA DERA

“Asthaghfirullah” mengucap panjang aku apabila terbaca tajuk utama Metro Ahad 19 Disember 2010. Apa punya suami ni? Tanya hatiku kesal.

Rencana tersebut mengisahkan penderitaan seorang isteri yang terpaksa menanggung derita lantaran si suami berperangai pelik di ranjang. Dia menyeksa si isteri sebelum melakukan seks. Dia dapat ransangan bila si isteri kesakitan.

Nabi ada bersabda di dalam Hadith yang membawa maksud: “ Sebaik-baik manusia ialah yang berbuat baik kepada isteri mereka dan Nabi MUHAMMAD lah sebaik-baik manusia yang berbuat baik kepada isteri”  Begitu tegas Nabi menyuruh umatnya berbuat baik kepada isteri. Maknanya orang yang tidak berbuat baik kepada isteri ialah orang yang JAHAT.

Dari segi perubatan si suami mengalami masalh mental. Orang yang siuman tidak akan melakukan begitu. Manusia ada tatacara untuk seks untuk membezakan daripada haiwan. Marah betul saya…

Saya juga terfikir apa sebenarnya yang difikirkan oleh si suami. Bagaimana persekitaran semasa dia dibesarkan? Apa kefahaman agama dia? Adakah dia stress yang melampau? Sebab semua itu menjadi penyebab kepada sakit mental.

Nasihat saya kawallah perasaan anda, emosi dan rohani. Kerana pesakit mental akan menjadi beban dan cabran baru kesihatan sejagat tidak lama lagi.

MINDA SIHAT: KHATAN( CIRCUMCISION ) BOLEH CEGAH PENYAKIT

Sisipan Metro Ahad hari ini 19 Disember 2010 ada menulis tentang khatan. Ya lah sekarang ni kan musim berkhatan, cuti sekolah. Saya pun ada terlibat khatankan orang. Best gak le potong anu budak-budak. J
Bagi orang muslim khatan adalah wajib, kena buat untuk tujuan kebersihan. Kalau nak beribadat kepada Allah, tak boleh kotor-kotor, kena bersih. Justeru semua umat Islam berkhatan, baik lelaki dan perempuan.

 Kini orang yang belum lagi Islam pun dah mula khatan atas faktor kesihatan.
Saya nak berkongsi apa yang baik tentang khatan ni sebab khatan adalah salah satu langkah mencegah penyakit. Ada disebut dalam rencana tu khatan dapat mencegah jangkitan HIV( dalam kata lain sexual transmitted disease ). Kalau tak buang topi zakar tu , bentuknya agak tajam. Risiko untuk melukakan pasangan tu lebih tinggi. Tapi kalau dah buang topi kepala zakar jadi kulup( bak kata Harith Iskandar dalam iklan Nescafe, kepala dia HALUUSSSSS….) maka risiko nak luka pun kurang. Dengan sendirinya risiko dapat kurangkan transmission STD. Hebatkan khatan

Selain itu, khatan dapat meningkatkan kepuasan seks, terutama kepada wanita. Betul wa cakap lu!!! Ustaz saya pernah kata secara sinis” Kalau nak makan pisang, kena buang kulit baru sedap”. Kepuasan seks adalah antara syarat utama kepada kebahagian rumahtangga. Dah berapa ramai pasangan yang tak bahagia sebab tak puas seks. Seks akan beri ketenangan fikiran dan emosi kepada manusia. Seks adalah basic need kepada manusia, sama seperti makan, minum. Kalau tak makan mana manusia boleh bahagia. Justeru kepuasan seks dapat mencegah banyak penyakit mental dengan syarat tak disalahguna. Sekali lagi khatan hebat.

Dengan berkhatan, dapat mencegah penyakit salur kencing( urology ). Kajian mendapati penyakit air kencing berpatah balik( vesicoureteric reflux ). Ini dibuktikan secara klinikal. Kanak-kanak lelaki yang berkhatan jauh lebih kurang mendapat penyakit tersebut.

Dari segi kosmetik pun rasanya lebih cantik kalau berkhatan…J Apa pun berkhatan  dapat mencegah banyak penyakit dan kekalkan kesihatan manusia.

Jumpa lagi… 

Friday, December 10, 2010

CERPEN 5 : Kisah Seorang anak Cina

Malam ini aku kerja shift malam. Seperti biasa, rakan sekerjaku sudah setia menantiku untuk pass over case, yalah kesian aku tengok, kawasan Yello zone dah jadi macam war zone, penuh dengan pesakit.

Dia pun menceritakan satu demi satu pesakit yang dalam rawatan. Aku pun mendengar dengan penuh khusyuk. “ Kena discharge dulu patient yang boleh discharge” getus hatiku. “ Kena clear dulu katil kalau tak pa nak jadi nanti” sambungku lagi.

Ada seorang budak lelaki berketurunan Cina yang dah plan nak discharge. Maka aku pun pergi melihat dia nak pastikan benar-benar sihat sebelum dihantar pulang. 

Pesakit ini terjatuh dari pokok kelmarin, jatuh terhempas dibahagian punggung. Tinggi jugak le pokok tu lebih dari 12 kaki. Kelmarin dah datang hospital sebab sakit perut, dah x ray tulang belakang dan pinggul, semuanya nampak tak dak masalah. Tetapi hari ini datang lagi sebab sakit perut tak hilang. Dah diberi ubat tahan sakit pun masih belum hilang, ada kurang sikit je. Tapi aku tengok doktor sebelum ni dah plan nak discharge.

Aku periksa dia, pegang saja perut dia, keras macam kayu. Kaki pun tak boleh lurus lagi sebab sakit. Dia nak kencing, bangun berjalan tak boleh lurus lagi, kena tunduk ke hadapan. Aku tak sedap hati. Naluriku kuat mengatakan ada sesuatu yang lebih serius berlaku kat budak ni.

Ayah dan ibunya datang bertanyakan keadaan dia” Apa macam dia?”,tanya ayahnya dalam pelat Cina. Keadaan dia tak begitu baiklahlah uncle, saya nak panggil doktor surgical datang tengok, balasku.
Kebetulan, rakan surgicalku ada disitu, nak periksa pesakit lain, aku terus dapatkannya. “Jasjit,boleh tengok pesakit ini, aku tak sedap hatilah. Dah ada doktor tengok, plan nak discharge, tapi I’m not happy. Dr Jasjit pun pergi periksa budak Cina tu. Sebentar kemudian dia datang kepadaku. “Need urgent laparotomy( pembedahan segera buka perut), ada kecederaan dalaman”.

Semua orang upset, baru semua orang kelam kabut atur budak itu dari kecemasan terus ke bilik bedah. Selepas itu aku sibuk dengan pesakit yang lain, aku serahkan kepada surgical team take over.
Keesokan harinya, houseman yang bekerja denganku datang kepaku, “Boss nak tahu, apa jadi budak Cina tu? Usus budak tu dah pecah dan ada cebisan kayu dalam perut dia.” MasyaALLAH, seriusnya keadaan dia. Syukur sebab dah selamat.

Terharu aku fikirkan , rasa puas pun ada, bangga pun ada sikit-sikit kat diriku sebab berjaya selamatkan seorang anak Cina yang dalam kesusahan dan kemungkinan boleh membawa maut.  Tak tahulah apa akan jadi kalau dia dihantar pulang ke rumah semalam. Tak tahulah. Tapi apa pun, aku dapat kepuasan dan berazam akan terus berbakti kepada semua manusia jika mereka datang meminta pertolongan daripadaku. Aku akan beri yang terbaik…Itu Azamku. Ya Allah jadikanlah semua itu sebahagian daripada amalan kebajikanku. Berilah aku kekuatan untuk terus berbakti………………….
  

Thursday, December 9, 2010

IMUNITI BADAN: JAGA BAIK-BAIK

Salam semua....apa khabar? Harap semuanya sihat. Mula-mula nak mohon maaf dulu sebab agak lama tak menulis. Ada masalah kerja sikit. Sekarang dah banyak selesai, saya akan cuba untuk mengaktifkan blog ini demi kesejahteraan bersama.Seperti yg dijanjikan, kali ini saya nak berbicara bagaimana dapat kita kuatkan imun badan.

Imuniti ialah satu system yang Allah ciptakan untuk manusia sebagai pelindung badan. Imun diibaratkan seperti pasukan tentera yang melindungi negara BADAN.  Tanpa imun badan atau lemah imun , negara pasti ditawan musuh. Hari-hari badan kita diserang dari segenap penjuru oleh musuh-musuh .  Jika seseorang dijangkiti kuman maknanya pasukan tentera imun badan telah kalah.

Ada 2  jenis musuh paling utama yang imun badan lindungi 1) Kuman 2) Kanser. Kuman berada dimana-mana dan menyerang badan setiap masa. Kuman berada disekeliling kita. Di udara, tangn kita, badan kita, baju kita, sehingga didalam mulut pun kuman ada. Tetapi kenapa mereka tak dapat buat apa? Jawapannya ialah kerana pasukan imun badan kuat, dapat mengalahkan musuh. Pendek kata, jika kita dapat meningkatkan kekuatan imun badan kita, maknanya kita dapat cegah penyakit yang disebabkan oleh kuman.

Apa cara nak tingkat imun badan?

1)      Makanan ( imun booster )
        Di sini saya tuliskan makanan yang saya tahu dapat meningkatkan imun badan. Mungkin ada yang saya tak tahu, kita boleh kongsi bersama.

                              i.            Yogurt- ya yogurt yang dijual di pasaraya. Apa juga yogurt boleh meningkatkan imun badan. Kalau di ICU Hospital Alor Setar, pesakit dibnarkan makan yogurt kerana dapat membantu tubuh tingkatkan imun badan. So mula makan yogurt sekarang.

                            ii.            Madu- ini satu lagi supplemen yang amat powerful untuk tingkatkan imun badan.  Banyak pihak mengakui madu terlalu banyak manfaat kesihatan kepada manusia. Salah satunya dengan meningkatkan imun tubuh. Tapi syaratnya kena amalkan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Cubalah rasa dan amalkan pasti anda akan rasa perbezaannya. Mdu apa yang terbaik? Bagi saya semua madu asli adalah baik. Tetapi saya suka madu Tualang atau Gelam keluaran Agro. Sedap dan yakin.

                           iii.            Susu- ini juga dapat meningkatkkan imun badan. Susu kambing, lembu atau apa saja susu segar dapat kuatkan imun. Sekarang ni sibuk orang bercakap mengenai Colostrum( susu awal ) Kalau susu ibu juga ada Colostrum, cecair susu cair pada awalnya. Colostrum mengandungi antibody yang dapat membantu badan cegah penyakit.

                          iv.            Herba asli- banyak herba seperti Tongkat Ali, Mengkudu, Kacip Fatimah dan banyak lagi juga dapat tingkatkan imun.

                            v.            Habbatussauda’( biji hitam )- ini juga makanan yang dapat meningkatkna imun badan manusia. Jadi amalkanlah.

Satu peringatan, semua makan tambahan ini hanya dapat berkesan jika anda amalkan secara berterusan. Makan hari-hari dan anda pasti dapat melihat perbezaannya.

2)      Bersenam
           Terlalu banyak manfaat bersenam kepada kesihatan manusia. Masalahnya  nak atau tak je. Tepuk dada Tanya badan. Salah satu manfaat, bersenam dapat meningkatkan imun badan.
3)      Berpuasa

Banyak sangat saintis dan para doctor,tabib sepanjang zaman yang mengakui puasa dapat menyihatkan badan.Nabi Muhammad sendiri membenarkannya; “ Berpuasalah nescaya kamu akan sihat “. Sebenarnya puasa dapat meningkatkan daya imun badan. Apabila perut kosong maka badan ada banyak tenaga. Tenaga ini akan disalurkan untuk meningkatkan imun badan. So rain-rajinlah puasa

Ini adalah antara cara untuk tingktkan imun badan.  Kita akan dapat cegah banyak sangat pnyakit jika kita dapat kekalkan dan kuatkan imun badan melawan penyakit.

Jumpa lagi