SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Tuesday, April 26, 2011

NASI LEMAK...OH NASI LEMAK!!!! KESIAN KAU


Salam semua....apa khabar? Lama rasanya tak menulis. Baru balik umrah ni. 2 minggu tak tau berita Malaysia.
Dalam dok belek2 paper tertarik tengok arahan terbaru kerajaan nak banned nasi lemak daripada dijual di kantin sekolah. Dalam usaha nak kurangkan obesiti dikalangan pelajar.

Saya pasti kalau tanya kat sapa pun orang Malaysia ni , makanan apa paling popular masa breakfast? Jawapannya sama saja, nasi lemak dan roti canai. Itulah penangan nasi lemak, dah jadi darah daging rakyat. Dah sebati dengan kehidupan kita. Saya pun membesar dengan makan nasi lemak.

Tiba-tiba ada arahan tak bagi jual nasi lemak. Apa salah nasi lemak? Betul ka nasi lemak punca masalah kesihatan pelajar? Ada satu hari, saya pergi teman anak makan kat kantin sekolah, sempat tinjau makanan yang dijual. Kesimulannya FAILED. Hampir semua makanan yang dijual tak bernutrisi dan berkalori tinggi. Nasi lemak dengan telur/ayam goreng, nugget, cucur bergoreng berminyak, air banyak pewarna, mee goreng tak dak langsung sayur. Gula-gula pelbagai jenis  Buah tak dijual.

Dalam hati saya kata, bagaimanalah anak-anak bangsa kita nak cerdik dan sihat. makan pun semua yg memusnah kesihatan. Kesimpuannya, yang mengendalikan kantin ni langsung tak dak kesedaran kesihatan. Memang saya marah, tapi nak buat apa.

Tapi saya tak setuju kalau nak banned nasi lemak. Bukan salah nasi lemak yang menyumbang kepada obesiti. Semua makanan lain juga mesti ditukar. Cara penyediaan makanan mesti diubah, pemilihan makanan mesti diubah, bahan pearna minuman kena banned terus. Sekarang ni dah banyak pilihan minuman yg lebih sihat.

Yang penting cari alternatif. Contoh nasi lemak...saya sendiri ada resepi nasi lemak diet. Tak percaya? Betul. Masih boleh makan nasi lemak tapi menyihatkan. Nak cuba, mailah rumah!!!! Banyak sangat alternatif sekarang ni.

Saranan saya sebagai ibu bapa, kita kena bagi tekanan kepada pihak sekolah dan kantin supaya lebih cakna sihat sikit. Kesian anak-anak kita. Kalau anda cadangan atau perlukan nasihat, saya sedia membantu. Kena lakukan sesuatu...........

Monday, March 14, 2011

Botol susu polikarbonat Bisphenol A: Ancaman Baru

Salam semua....

Saya baru lepas syif malam, tapi lega sebab pasakit tak ramai semalam. Lantas saya sempat beli paper Kosmo hari ni. Ada satu tajuk berita yg amat menarik minat saya "Kerajaan Haramkan botol susu Polikarbonat Bisphenol A". Bermula 1 Mac 2012 semua botol susu ini akan diharamkan.

Kalau anda semua baca tulisan saya terdahulu punca penyakit Imun Gila, saya ada sebut contoh ini, cuma lupa nama spesifik "Bisphenol A". Banda ni bukan baru, dikalangan saintis dah lama tahu cuma susah nak laksanakan diperingkat tertinggi.

Kenapa bahan ini bahaya sangat? Penyakit seperti Systemic Lupus Erythromatosus( SLE ) sampai sekarang masih belum diketahui secara pasti. Kenapa sistem imun badan yg sepatutnya lindungi badan kita, telah belot dan merosakkan sel-sel badan sendiri.

Saintis telah buat kaitan antara baham kimia daripada makanan telah menyebabkan imun badan jadi gila. Salah satunya ialah Bisphenol A.

Pada pandangan saya , amat setuju pengharaman ini, tetapi hairan jugak kenapa ambil masa lama sangat sampai setahun. Kalau racun yg bahaya, jangan tunggu lama-lama. Kena henti segera...

Saturday, February 26, 2011

DOA UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN DIRI

Salam semua....

Ada cadangan daripada sahabat emel supaya saya kongsikan doa dan amalan untuk kesejahteran dan kesihatan diri.

Manusia dijadikan daripada 2 unsur : 1) Jasad 2) Roh. kedua-duanya amat perlu kepada nutrisi yang berkualiti dan seimbang. Penyakit strok, gagal buah pinggang, kencing manis ialah penyakit jasad. Dengki, tamak, sombong ialah penyakt Roh.

Saya kongsikan doa amalan ini yg saya dapat daripada Dato Sheik Baderuddin b Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Kedah di dalam Kuliah Mingguan Yayasan Paksi- Kulim.

Sesiapa yang berminat boleh hantarkan emel kepada saya. Maaf saya tak dapat nak upload. Masih berusaha.

                                                    
   DOA NABI KHIDIR DAN ELIAS

Sila lihat disebelah

Tuesday, February 15, 2011

MINDA SIHAT : PILIHLAH TOK WAKIL SIHAT

Salam sahabat semua....bagaimana badan anda? Sihat ke, sakit? Harap kita terus sayangi badan kita, janganlah kita biarkan punca penyakit menyelubingi badan. Elakkan punca penyakit nescaya badan lebih sihat. Badan kita tanggungjawab kita.....nak pakai lama badan oooo...

Beberapa hari yang lalu, sedang saya memandu sambil layan radio. Ada satu berita amat menarik hati saya. Ada cadangan untuk membuat saringan kepada calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya. Ini berikutan terlalu banyak wakil rakyat yang meninggal akibat sakit. Yang terbaru YB Kerdau, Pahang. Pening kepala SPR. Ini dah 14 kali pilihanraya kecil yang berlaku pasca PRU 2008.

Saya amat menyokong cadangan itu. Baru mereka tahu betapa pentingnya jaga kesihatan badan ni. Bukan hanya kredibiliti, penampilan, karisma, duit...Tapi kesihatan adalah faktor yang terlepas pandang. Dah jadi begini baru nak sedar.

Sebab tu saya katakan sihat ni kita ' take for granted '. Tak pernah hargai kesihatan badan. Lebih parah kitalah yang memusnahkan badan sendiri tanpa rasa bersalah. Makan tak ikut keperluan badan, badan kata cukup dah, kita makan lagi. Badan kata lemas dengan rokok, kita sedut rokok lagi. Sekarang ni sibuk pulak dengan shisha. Badan kata tak tahan dengan pencemaran makanan, bahan kimia kita sedap lagi makan. Tapi tidak ada siapa yang endah rintihan badan. Bila dah rosak badan baru nak kalut.

Apa pun saya amat gembira dengan cadangan tadi, baru orang ramai buka mata nak jaga badan. Harapan besar saya makin ramai yang sedar. Jagalah badan anda. Jaga badan sebelum sakit. Semasa sihatlah jaga badan betul-betul.

Thursday, February 10, 2011

PAIN KILLER ; KAWAN ATAU LAWAN ?

Salam semua sahabat...

Kali ini saya nak kongsi maklumat mengenai pain killer. Semasa saya bekerja di Jabatan Gatroenterology( penyakit perut ) dan Nephrology( buah pinggang ) banyak sangat pesakit yang masuk sebab pendarahan dalam perut dan rosak buah pinggang. Apa puncanya? Banyak puncanya tetapi punca yang kita mampu cegah ialah pain killer.

Selalunya saya tengok menjadi trend dikalangan GP( klinik ) bagi pain killer kat orang tua, biasalah sakit urat. kalau tengok nama pain killer tu biasanya Voren( Diclofenic ) , Ponstan( Mfenemic ), Synflex( Neproxen ). Tu semua adalah pain killer kita panggil NSAIDS( non steroidal anti inflammatory drug ) yg biasa diberi kepada pesakit. Tak cukup dengan tu ada GP yg bagi steroid Prednisolon sebagai sakit urat.

Memang pesakit suka giler dengan combination NSAIDS dan steroid sebab kesannya serta merta boleh rasa. Sebab tu ada orang tua marah kalau tak bagi dia ubat sakit urat termasuklah saya pernah kena marah. Tapi mereka tak tahu kesan buruknya. Saya melihat saban hari pesakit datang dengan berak najis hitam macam rambut, atau muntah darah. Najis hitam tu sebab ada pendarahan. Biasanya pesakit akan pucat dan letih sebab kehilangan banyak darah. Yang lebih parah ada yang maut disebabkan kehilangan banyak darah.

Puncanya pain killer. pain killer akan menghakis dinding perut, lama-kelamaan akan tembus dan menghakis pembuluh darah. Itu yang jadi pendarahan. Selalunya orang tua.

Kalau orang muda pulak, kesnya datang dengan rosak buah pinggang. Uncle saya pun adalang mangsa kepada  pain killer. Dia ada gout so hari-hari maan pain killer. Sampailah suatu hari buah pinggang dia rosak dan perlu dialisis. Namun dia bernasib baik sebab berjaya buat Renal Transplant.

Nak cakapnya, hati-hati dengan pain killer. Dia boleh jadi kawan kalau guna dia dengan betul. pain killer bukan ubat untuk dimakan berpanjangan, macam darah tinggi, kencing manis. Makan bila sakit je. Kalau sakit berpanjangan cuba kurangkan dengan kaedah luaran, minyak panas ka, hot pack ka. lebih selamat.

Saturday, February 5, 2011

CERPEN 7 : ULAR OH ULAR!!!....SAMPAI HATI

Aku melangkah masuk ke zon kuning kecemasan, seorang HO ku meluru kepadaku. "Bos ada satu kes baru, tapi pelik sikitlah"katanya. Apa yang peliknya getus hatiku. Maka dia pun teruskan lagi," Snake bite" katanya. "Biasalah" kataku.Tapi ini bite lain sikit bos, kena bite kat kemaluan.

Ha? Aku sedikit terkejut. Maka aku meluru mengikuti HO ku ke pesakit. Ku lihat seorang lelaki separuh umur berbaring atas katil. Dari raut mukanya nampak tidak ada riak dalam kesakitan. Lantas aku bertanya, " apa masalah uncle?" Dia pun menjawab, "ada binatang gigit saya punya barang, ular kot". Mana tempat uncle pergi?. Dia menjawab,," Saya duduk atas toilet bowl, itu binatang duduk dalam lubang toilet bowl. Saya tak nampak sebab saya tak pakai cermin mata." Cerita dia.

Kemudian aku pun minta izin untuk memeriksa kemaluannya. Ku lihat memang ada kesan taring semacam gigitan ular pada kemaluannya. Dua diatas an dua dibawah. Aduh!!! Sakitnya rasa.Ku dapat merasakan kesakitannya.

Selepas tu aku berasa nak terkencing, aku pun lantas pergi ke toilet. Sampai saja di depan toilet, aku rasa curiga. Mana tahu ada ular dalam toilet bowl. Ha..ha..ha...getus hatiku.

Aku terfikir, macam-macam benda terjadi. Tapi apa pun aku nak bagitau semua...hati-hati di mana saja kita berada, sentiasa mohon pertolongannya. Apa pun sampai hti kau ular, tak dak tempat lain ke nak gigit. Barang tu mana boleh ganti oooooooooooooooo..............................

Sunday, January 30, 2011

CERPEN SIHAT 6 : " LEBIH BAIK MATI....."


Malam ni aku kena syif malam. Walaupun mataku masih sakit disebabkan oleh 'conjuctivitis' tetapi aku gagahkan diriku jua.

Sedang aku berjalan melintasi hadapan pintu bilik rawatan, aku terpandang seorang lelaki, separuh abad umurnya, sedang menunggu rakanku untuk menerima rawatan. ku lihat tangannya bergoyang-goyang." Pak cik ni ada Parkinson ni," getus hatiku.

Lalu aku pun menyapa lelaki tersebut," Pak cik tunggu doktor ke?" " Lebih baik pak cik mati doktor" katanya tanpa menjawab soalan aku." Kalau doktor tak percaya, esok doktor akan dengar berita saya mati, kena langgar lori atau terjun bangunan" katanya lagi.

Aku pun pelik dan hairan apa masalah lelaki ni. Lalu dia terus bercerita, " Saya dah ada Darah tinggi, kencing manis. Dah tu kena strok pula sampai jadi Parkinson. Badan selalu kebas-kebas dan nak pegang apa pun susah. Nak minum air pun tak boleh sebab cawan jatuh. Saya juga ada sakit jantung, tersumbat tiga saluran 100%. Saya dah pergi jumpa doktor jantung, depa letak "spring" tapi fail. Depa kata nak buat by pass tapi senyap je.Tak cukup dengan tu saya pi sampai HKL jumpa pakar neurology, depa kata Parkinson saya tak boleh baik. Saya ada isteri dan 3 anak. Isteri minta cerai sebab saya sakit. Saya sayang anak saya tapi saya tak dapat nak jaga mereka. Saya dah tak nak hidup lagi dah, saya nak mati habis cerita, cerita lelaki tu panjang lebar tanpa dipinta.

Aku berjumpa HO ku, dia bagitau pak cik ni berjalan 2 jam ke hospital semata-mata nak minta tolong. Dulu dia seoarang body builder. Dia pernah cuba bunuh diri 2 kali, terjun bangunan dan feri. Tapi dua-dua ada orang selamatkan dia.

Tiba-tiba hatiku jadi sayu. Kesian pakcik ni. Betapa hebatnya ujiannya. Tiba-tiba dia menjerit' biar aku mati!!! sambil menghantuk kepala ke dinding. aku pun terus memegangnya dan minta MA sediakan ubat penenang. Terus dibenamkan jarum ke otot nya dan pak cik pun tertidur.

Aku terus terfikir betapa hebatnya cubaan dunia ini kepadanya. Kalau aku pun tak pasti dapat menanggungnya. Apa pun kita sebagai manusia mesti sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dia tidak akan menganiaya hambaNya. Yang penting terus mengharap pertolongan dan terus berusaha tanpa putus asa. Kerana Dialah yang memebri manfaat dan Mudarat.

Satu lagi yang bermain dibenakkau, kes-kes Depression sekarang makin menjadi-jadi di dalam masyarakat yang gilakan dunia dan material ini. Tidak nampak tanda-tanda pulih sakit mental melainkan makin merncing.