Salam sahabat semua....bagaimana badan anda? Sihat ke, sakit? Harap kita terus sayangi badan kita, janganlah kita biarkan punca penyakit menyelubingi badan. Elakkan punca penyakit nescaya badan lebih sihat. Badan kita tanggungjawab kita.....nak pakai lama badan oooo...
Beberapa hari yang lalu, sedang saya memandu sambil layan radio. Ada satu berita amat menarik hati saya. Ada cadangan untuk membuat saringan kepada calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya. Ini berikutan terlalu banyak wakil rakyat yang meninggal akibat sakit. Yang terbaru YB Kerdau, Pahang. Pening kepala SPR. Ini dah 14 kali pilihanraya kecil yang berlaku pasca PRU 2008.
Saya amat menyokong cadangan itu. Baru mereka tahu betapa pentingnya jaga kesihatan badan ni. Bukan hanya kredibiliti, penampilan, karisma, duit...Tapi kesihatan adalah faktor yang terlepas pandang. Dah jadi begini baru nak sedar.
Sebab tu saya katakan sihat ni kita '
take for granted '. Tak pernah hargai kesihatan badan. Lebih parah kitalah yang memusnahkan badan sendiri tanpa rasa bersalah. Makan tak ikut keperluan badan, badan kata cukup dah, kita makan lagi. Badan kata lemas dengan rokok, kita sedut rokok lagi. Sekarang ni sibuk pulak dengan
shisha. Badan kata tak tahan dengan pencemaran makanan, bahan kimia kita sedap lagi makan. Tapi tidak ada siapa yang endah rintihan badan. Bila dah rosak badan baru nak kalut.
Apa pun saya amat gembira dengan cadangan tadi, baru orang ramai buka mata nak jaga badan. Harapan besar saya makin ramai yang sedar. Jagalah badan anda. Jaga badan sebelum sakit. Semasa sihatlah jaga badan betul-betul.