SALAM SIHAT SEMUA....BLOG INI KU TULIS UNTUK BERKONGSI MAKLUMAT MENGENAI LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DARIPADA PENYAKIT. RAMAI DI ANTARA KITA YANG TIDAK ADA PANDUAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT. WALAUPUN RAMAI YANG SUDAH TAHU PENTINGNYA MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI. MAJORITI HANYA PEDULI TENTANG KESIHATAN BILA DAH SAKIT. SEBENARNYA KITA PERLU ATUR STRATEGI UNTUK SIHAT...MOGA BLOG INI BERMANFAAT UNTUK KITA BERSAMA......................

Monday, July 11, 2011

PENAWAR KEPADA HIV....TAK NAK KE

Semasa bercuti ke kampung tempohari, saya agak lapang. Saya terpandang sebuah majalah Reader’s Digest bertarikh Disember 2008. Menyelak helaian majalah pada mukasurat 144 , saya agak tertarik dengan satu artikel berbunyi “ Circumcision Protects Against HIV and Infection”. Di sini saya ringkaskan artikelnya.
Berkhatan akan menjadi popular dalam masa sekarang disebabkan oleh pelbagai kajian yang dijalankan berupaya membuktikan terlalu banyak faedah berkhatan kepada manusia.

Melindungi daripada HIV. Berkhatan mampu menurunkan risiko HIV serendah 60%. Ini disebabkan foreskin( lebihan kulit kemaluan adalah sasaran kepada kuman HIV. Juga mudah melecet semasa sek dan sekaligus membuka jalan kepada kuman HIV masuk ke badan. Kata Professor RogerShortdaripada Jabatan O&G Universiti Melbourne,” Membuang foreskin akan menutup pintu jalan kuman ke dalam badan. Berkhatan telah terbukti berkesan tanpa ragu dapat mencegah HIV.” 

Mengurangkan kadar kanser servik. Kanser ini disebabkan oleh Human Papillo Virus(HPV). Lelakiyang berkhatan 3 kali ganda kurang membawa kuman ini. Kajian Menunjukkan 58% penurunan kadar risiko dikalangan wanita yang pasangan mereka berkhatan.

Kurang prostat kanser. Lelaki yang berkhatan berisiko rendah untuk mendapat kanser prostat. Ada bukti yang menunjukkan bahawa jangkitan pada foreskin merebak pada urethra. Ini menjadi penyebab kepada prostat kanser.

Kurang mendapat jankitan kencing. Lelaki yang berkhatan berisiko lebih rendah untuk mendapat jangkitan kencing berbanding leaki yang tidak berkhatan.

Pointnya di sini, betapa besarnya hikmah yang dianjurkan oleh Islam. Kita diwajibkan untuk berkhatan atas dasar suruhan agama. Rupanya terdapat faedah dan hikmah yang amat besar kepada manusia.

  

Saturday, May 7, 2011

ISU :LAMBAKAN DOKTOR KELAS KE 3

" Langkah kerajaan menghentikan kursus baharu perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan mampu membendung masalah lambakan doktor yang tidak berkualiti di pasaran ketika ini."


Salam semua...terkejut juga bila baca artikel dalam paper harini, kerajaan menghentikan kursus baru perubatan dengan alasan lambakan doktor tidak berkualiti. Pada saya langkah yg baik. 


Ini kerana bidang kedoktoran ni bukan boleh main-main. Business doktor ialah nyawa manusia, kualiti hidup manusia, kegembiraan hidup manusia. Seingat saya, isu dah dibangkitkan banyak pihak sebelum dibenarkan tubuh Medical College. Prof-prof universiti dah banyak ingatkan hal ini. 


Dalam 5 tahun lepas, Medical School tumbuh macam cendawan. Tumbuh tu bukan sebab nak lahir doktor yg berkualiti, tapi lebih kepada bisnes. Fulus. Wang. Kualiti letak belakang. Memang permintaan untuk jadi doktor ni paling top. Tapi sekarang apa yg jadi? Yang jadi mangsa ialah rakyat bawahan,


Mungkin anda pernah berhadapan dengan doktor kelas ke 3 ni. Saya ada beberapa kes yg saya ingat. Saya pernah dapat rujukan kes dari pihak swasta. Dia diagnos Myocardial Infarction( serangan jantung ). So bila saya tanya pesakit, dia kata tak sakit dada pun,cuma lemah dan kebas sebelah badan, saya tengok pesakit tu cakap pun tak berapa jelas. So saya mint buat Ct scan kepala. Confirm ada strok.


 Bila tengok balik referal letter dari swasta tu, yg tengok pesakit bertaraf pakar. Sebab apa saya geram sangat, sebab rawatan strok dan serangan jantung ni amat jauh berbeza dan lebih menakutkan, rawatan serangan jantung akan menyebabkan strok jadi lebih parah. 


Mungkin itulah sedikit antara contoh doktor kelas ke 3. Bukanlah saya ni terlalu pandai tetapi asas perubatan tu kena kukuh....




Tuesday, April 26, 2011

NASI LEMAK...OH NASI LEMAK!!!! KESIAN KAU


Salam semua....apa khabar? Lama rasanya tak menulis. Baru balik umrah ni. 2 minggu tak tau berita Malaysia.
Dalam dok belek2 paper tertarik tengok arahan terbaru kerajaan nak banned nasi lemak daripada dijual di kantin sekolah. Dalam usaha nak kurangkan obesiti dikalangan pelajar.

Saya pasti kalau tanya kat sapa pun orang Malaysia ni , makanan apa paling popular masa breakfast? Jawapannya sama saja, nasi lemak dan roti canai. Itulah penangan nasi lemak, dah jadi darah daging rakyat. Dah sebati dengan kehidupan kita. Saya pun membesar dengan makan nasi lemak.

Tiba-tiba ada arahan tak bagi jual nasi lemak. Apa salah nasi lemak? Betul ka nasi lemak punca masalah kesihatan pelajar? Ada satu hari, saya pergi teman anak makan kat kantin sekolah, sempat tinjau makanan yang dijual. Kesimulannya FAILED. Hampir semua makanan yang dijual tak bernutrisi dan berkalori tinggi. Nasi lemak dengan telur/ayam goreng, nugget, cucur bergoreng berminyak, air banyak pewarna, mee goreng tak dak langsung sayur. Gula-gula pelbagai jenis  Buah tak dijual.

Dalam hati saya kata, bagaimanalah anak-anak bangsa kita nak cerdik dan sihat. makan pun semua yg memusnah kesihatan. Kesimpuannya, yang mengendalikan kantin ni langsung tak dak kesedaran kesihatan. Memang saya marah, tapi nak buat apa.

Tapi saya tak setuju kalau nak banned nasi lemak. Bukan salah nasi lemak yang menyumbang kepada obesiti. Semua makanan lain juga mesti ditukar. Cara penyediaan makanan mesti diubah, pemilihan makanan mesti diubah, bahan pearna minuman kena banned terus. Sekarang ni dah banyak pilihan minuman yg lebih sihat.

Yang penting cari alternatif. Contoh nasi lemak...saya sendiri ada resepi nasi lemak diet. Tak percaya? Betul. Masih boleh makan nasi lemak tapi menyihatkan. Nak cuba, mailah rumah!!!! Banyak sangat alternatif sekarang ni.

Saranan saya sebagai ibu bapa, kita kena bagi tekanan kepada pihak sekolah dan kantin supaya lebih cakna sihat sikit. Kesian anak-anak kita. Kalau anda cadangan atau perlukan nasihat, saya sedia membantu. Kena lakukan sesuatu...........

Monday, March 14, 2011

Botol susu polikarbonat Bisphenol A: Ancaman Baru

Salam semua....

Saya baru lepas syif malam, tapi lega sebab pasakit tak ramai semalam. Lantas saya sempat beli paper Kosmo hari ni. Ada satu tajuk berita yg amat menarik minat saya "Kerajaan Haramkan botol susu Polikarbonat Bisphenol A". Bermula 1 Mac 2012 semua botol susu ini akan diharamkan.

Kalau anda semua baca tulisan saya terdahulu punca penyakit Imun Gila, saya ada sebut contoh ini, cuma lupa nama spesifik "Bisphenol A". Banda ni bukan baru, dikalangan saintis dah lama tahu cuma susah nak laksanakan diperingkat tertinggi.

Kenapa bahan ini bahaya sangat? Penyakit seperti Systemic Lupus Erythromatosus( SLE ) sampai sekarang masih belum diketahui secara pasti. Kenapa sistem imun badan yg sepatutnya lindungi badan kita, telah belot dan merosakkan sel-sel badan sendiri.

Saintis telah buat kaitan antara baham kimia daripada makanan telah menyebabkan imun badan jadi gila. Salah satunya ialah Bisphenol A.

Pada pandangan saya , amat setuju pengharaman ini, tetapi hairan jugak kenapa ambil masa lama sangat sampai setahun. Kalau racun yg bahaya, jangan tunggu lama-lama. Kena henti segera...

Saturday, February 26, 2011

DOA UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN DIRI

Salam semua....

Ada cadangan daripada sahabat emel supaya saya kongsikan doa dan amalan untuk kesejahteran dan kesihatan diri.

Manusia dijadikan daripada 2 unsur : 1) Jasad 2) Roh. kedua-duanya amat perlu kepada nutrisi yang berkualiti dan seimbang. Penyakit strok, gagal buah pinggang, kencing manis ialah penyakit jasad. Dengki, tamak, sombong ialah penyakt Roh.

Saya kongsikan doa amalan ini yg saya dapat daripada Dato Sheik Baderuddin b Hj Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Kedah di dalam Kuliah Mingguan Yayasan Paksi- Kulim.

Sesiapa yang berminat boleh hantarkan emel kepada saya. Maaf saya tak dapat nak upload. Masih berusaha.

                                                    
   DOA NABI KHIDIR DAN ELIAS

Sila lihat disebelah

Tuesday, February 15, 2011

MINDA SIHAT : PILIHLAH TOK WAKIL SIHAT

Salam sahabat semua....bagaimana badan anda? Sihat ke, sakit? Harap kita terus sayangi badan kita, janganlah kita biarkan punca penyakit menyelubingi badan. Elakkan punca penyakit nescaya badan lebih sihat. Badan kita tanggungjawab kita.....nak pakai lama badan oooo...

Beberapa hari yang lalu, sedang saya memandu sambil layan radio. Ada satu berita amat menarik hati saya. Ada cadangan untuk membuat saringan kepada calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya. Ini berikutan terlalu banyak wakil rakyat yang meninggal akibat sakit. Yang terbaru YB Kerdau, Pahang. Pening kepala SPR. Ini dah 14 kali pilihanraya kecil yang berlaku pasca PRU 2008.

Saya amat menyokong cadangan itu. Baru mereka tahu betapa pentingnya jaga kesihatan badan ni. Bukan hanya kredibiliti, penampilan, karisma, duit...Tapi kesihatan adalah faktor yang terlepas pandang. Dah jadi begini baru nak sedar.

Sebab tu saya katakan sihat ni kita ' take for granted '. Tak pernah hargai kesihatan badan. Lebih parah kitalah yang memusnahkan badan sendiri tanpa rasa bersalah. Makan tak ikut keperluan badan, badan kata cukup dah, kita makan lagi. Badan kata lemas dengan rokok, kita sedut rokok lagi. Sekarang ni sibuk pulak dengan shisha. Badan kata tak tahan dengan pencemaran makanan, bahan kimia kita sedap lagi makan. Tapi tidak ada siapa yang endah rintihan badan. Bila dah rosak badan baru nak kalut.

Apa pun saya amat gembira dengan cadangan tadi, baru orang ramai buka mata nak jaga badan. Harapan besar saya makin ramai yang sedar. Jagalah badan anda. Jaga badan sebelum sakit. Semasa sihatlah jaga badan betul-betul.

Thursday, February 10, 2011

PAIN KILLER ; KAWAN ATAU LAWAN ?

Salam semua sahabat...

Kali ini saya nak kongsi maklumat mengenai pain killer. Semasa saya bekerja di Jabatan Gatroenterology( penyakit perut ) dan Nephrology( buah pinggang ) banyak sangat pesakit yang masuk sebab pendarahan dalam perut dan rosak buah pinggang. Apa puncanya? Banyak puncanya tetapi punca yang kita mampu cegah ialah pain killer.

Selalunya saya tengok menjadi trend dikalangan GP( klinik ) bagi pain killer kat orang tua, biasalah sakit urat. kalau tengok nama pain killer tu biasanya Voren( Diclofenic ) , Ponstan( Mfenemic ), Synflex( Neproxen ). Tu semua adalah pain killer kita panggil NSAIDS( non steroidal anti inflammatory drug ) yg biasa diberi kepada pesakit. Tak cukup dengan tu ada GP yg bagi steroid Prednisolon sebagai sakit urat.

Memang pesakit suka giler dengan combination NSAIDS dan steroid sebab kesannya serta merta boleh rasa. Sebab tu ada orang tua marah kalau tak bagi dia ubat sakit urat termasuklah saya pernah kena marah. Tapi mereka tak tahu kesan buruknya. Saya melihat saban hari pesakit datang dengan berak najis hitam macam rambut, atau muntah darah. Najis hitam tu sebab ada pendarahan. Biasanya pesakit akan pucat dan letih sebab kehilangan banyak darah. Yang lebih parah ada yang maut disebabkan kehilangan banyak darah.

Puncanya pain killer. pain killer akan menghakis dinding perut, lama-kelamaan akan tembus dan menghakis pembuluh darah. Itu yang jadi pendarahan. Selalunya orang tua.

Kalau orang muda pulak, kesnya datang dengan rosak buah pinggang. Uncle saya pun adalang mangsa kepada  pain killer. Dia ada gout so hari-hari maan pain killer. Sampailah suatu hari buah pinggang dia rosak dan perlu dialisis. Namun dia bernasib baik sebab berjaya buat Renal Transplant.

Nak cakapnya, hati-hati dengan pain killer. Dia boleh jadi kawan kalau guna dia dengan betul. pain killer bukan ubat untuk dimakan berpanjangan, macam darah tinggi, kencing manis. Makan bila sakit je. Kalau sakit berpanjangan cuba kurangkan dengan kaedah luaran, minyak panas ka, hot pack ka. lebih selamat.