Dalam dok belek2 paper tertarik tengok arahan terbaru kerajaan nak banned nasi lemak daripada dijual di kantin sekolah. Dalam usaha nak kurangkan obesiti dikalangan pelajar.
Saya pasti kalau tanya kat sapa pun orang Malaysia ni , makanan apa paling popular masa breakfast? Jawapannya sama saja, nasi lemak dan roti canai. Itulah penangan nasi lemak, dah jadi darah daging rakyat. Dah sebati dengan kehidupan kita. Saya pun membesar dengan makan nasi lemak.
Tiba-tiba ada arahan tak bagi jual nasi lemak. Apa salah nasi lemak? Betul ka nasi lemak punca masalah kesihatan pelajar? Ada satu hari, saya pergi teman anak makan kat kantin sekolah, sempat tinjau makanan yang dijual. Kesimulannya FAILED. Hampir semua makanan yang dijual tak bernutrisi dan berkalori tinggi. Nasi lemak dengan telur/ayam goreng, nugget, cucur bergoreng berminyak, air banyak pewarna, mee goreng tak dak langsung sayur. Gula-gula pelbagai jenis Buah tak dijual.
Dalam hati saya kata, bagaimanalah anak-anak bangsa kita nak cerdik dan sihat. makan pun semua yg memusnah kesihatan. Kesimpuannya, yang mengendalikan kantin ni langsung tak dak kesedaran kesihatan. Memang saya marah, tapi nak buat apa.
Tapi saya tak setuju kalau nak banned nasi lemak. Bukan salah nasi lemak yang menyumbang kepada obesiti. Semua makanan lain juga mesti ditukar. Cara penyediaan makanan mesti diubah, pemilihan makanan mesti diubah, bahan pearna minuman kena banned terus. Sekarang ni dah banyak pilihan minuman yg lebih sihat.
Yang penting cari alternatif. Contoh nasi lemak...saya sendiri ada resepi nasi lemak diet. Tak percaya? Betul. Masih boleh makan nasi lemak tapi menyihatkan. Nak cuba, mailah rumah!!!! Banyak sangat alternatif sekarang ni.
Saranan saya sebagai ibu bapa, kita kena bagi tekanan kepada pihak sekolah dan kantin supaya lebih cakna sihat sikit. Kesian anak-anak kita. Kalau anda cadangan atau perlukan nasihat, saya sedia membantu. Kena lakukan sesuatu...........